Polis Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI Bermula 18 Hingga 21 Julai Ini

Polis Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI Bermula 18 Hingga 21 Julai Ini

Semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan untuk merentas negeri tidak dibenarkan diguna pakai di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021.

Polis Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI Bermula 18 Hingga 21 Julai Ini



Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya dalam tempoh dua hari kebelakangan ini.

ARTIKEL MENARIK:Penganjur, Peserta Himpunan ‘#Kerajaan Gagal’ Akan Dikompaun-Polis


“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan hari raya Aidiladha, semua Sekatan Jalan Raya (SJR) sempadan-sempadan negeri telah diarah agar meningkatkan penguatkuasaan.

“Untuk tujuan itu, semua SJR di sempadan-sempadan negeri akan diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021 (Ahad – Rabu) bagi pergerakan rentas negeri.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa bagi urusan kecemasan serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi dikecualikan dengan kebenaran polis.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak yang melanggar larangan itu akan dikenakan tindakan tegas.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19,” ujarnya.



Loading...


KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

Larangan Pergerakan Merentas Negeri Dengan Menggunakan Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Bagi Tempoh 18-21 Julai 2021. pic.twitter.com/si8lJNIPfG

— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) July 17, 2021

Sumber: Polis Diraja Malaysia via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post