Ramai orang yang memang pantang apabila jumpa bunga, pasti benda pertama yang mereka lakukan adalah untuk cuba menghidu jika bunga tersebut mempunyai bau yang wangi walaupun mereka sedar bunga yang mereka hidu hanyalah bunga hiasan plastik.
Namun bagi seorang wanita itu, dia bertuah apabila menemui sekuntum bunga yang bukan sahaja cantik tetapi juga mempunyai bau yang sangat wangi, atau mungkin tidak begitu bertuah apabila dia mendapati bau bunga itu adalah sejenis narkotik yang menakutkan.
ARTIKEL MENARIK:Doktor palsu suntik 812 orang guna air
Raffaela Weyman, seorang penyanyi dan penulis lagu dari Toronto, Kanada sedang berjalan dengan seorang rakan apabila mereka menemui sekumtum bunga kuning besar dengan bau yang harum dalam video yang dikongsikannya di Instagram.
Weyman berkongsikan video dan gambar dia dan rakannya menghidu bunga tersebut berulang kali, namun dia menyatakan bahawa mereka berdua mula rasa tidak sihat sebaik tiba di majlis hari jadi seorang rakan sehingga mereka terpaksa pulang ke rumah dengan segera.
Rupa-rupanya bunga yang dihidu Weyman dan rakannya adalah bunga bernama Brugmansia atau lebih dikenali sebagai trompet malaikat. Mereka dilaporkan telah tidak sengaja meracuni diri mereka dengan narkotik yang dikatakan paling menakutkan di dunia.
Ini kerana bunga itu mengandungi scopolamine yang boleh menyebabkan khayal, namun rasa khayal yang dialami bukanlah khayal yang menyeronokkan tetapi khayal yang menakutkan.
Menurut Weyman dalam video TikToknya, pada malam itu dia mengalami sleep paralysis atau kelumpuhan tidur di mana dia melihat ada lembaga hitam yang masuk ke dalam biliknya dan memberikannya suntikan sehingga dia tidak dapat menjerit atau bergerak.
Kredit -himpunanceritalawak
Post a Comment