Pengguna TikTok Fikir Cameron Herrin Beragama Islam? Ini Pendedahan Sebenar Latar Belakang Keluarganya

Pengguna TikTok Fikir Cameron Herrin Beragama Islam? Ini Pendedahan Sebenar Latar Belakang Keluarganya

Tular lagi sekali mengenai pembunuh kacak, Cameron Herrin yang didakwa merupakan seorang penganut agama Islam. Melihatkan perkara ini menjadi perdebatan di antara warganet, ini pendedahan sebenar agama Herrin dan latar belakang keluarganya.

Pengguna TikTok Fikir Cameron Herrin Beragama Islam? Ini Pendedahan Sebenar Latar Belakang Keluarganya





ARTIKEL MENARIK:Siapakah Cameron Herrin, Pembunuh Yang Menjadi Tular Di TikTok Kerana Miliki Sepasang Mata Yang Cantik


Seriouslah Beragama Islam?

Menurut News Finale, Herrin bukanlah seorang penganut agama Islam seperti yang dibincangkan oleh warganet. Agama sebenarnya adalah Kristian. Dia dan keluarga menjadi penyumbang tetap terhadap gereja keluarganya.


Foto – Sentinel Tribune

Perbincangan agama Herrin tercetus apabila kebanyakan peminatnya berasal dari Indonesia dan Arab. Secara tidak langsung ramai menyalah anggap bahawa jejaka ini beragama Islam.



Loading...


Pendedahan Sebenar Latar Belakang Keluarga

Herrin berasal daripada keluarga yang berada. Ahli keluarganya terdiri daripada ibu, bapa dan abang, Tristan. Bapanya, Chris merupakan seorang bekas videographer yang kini menjadi seorang suri rumah. Manakala ibunya pula, Cheryl adalah seorang eksekutif insurans yang telah bersara.


Foto – Tampa Bay Times

Abangnya, Tristan merupakan penumpang Ford Mustang yang dibawa oleh Cameron ketika kejadian kemalangan itu berlaku. Pada tahun 2021, keluarganya telah menjual rumah mereka dan menggunakan dana pengganti untuk membayar kes Cameron.

Warganegara & Etnik Sebenar Cameron Herrin

Cameron Herrin mempunyai kewarganegaraan Amerika dan berketurunan Amerika berkulit putih. Dia dilahirkan di Texas dan berpindah ke Tampa disebabkan perpindahan pekerjaan ibunya.


Foto – Kapan Lagi

Sekadar info tambahan, Cameron telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun tetapi keluarga mangsa meminta mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum iaitu 30 tahun.


Kredit -Hangat.com



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post