Dalam beberapa hari ini, Caprice mengambil langkah untuk tidak mengulas apa-apa mengenai skandal tentang Misi Bantuan di Gaza.
Namun terbaru menerusi muatnaik terbaru di Instagram, Caprice memuatnaik gambar wajah iblis dengan lidah terjelir yang cukup menakutkan.
ARTIKEL MENARIK:“Sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2..” – Eyra Hazali K0men Pasal Sejadah Neelofa
Dalam gambar itu, Caprice menulis kapsyen yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
“Bersedia untuk kebenaran Malaysia. Persiapkan diri anda. Ia akan datang. Iblis berbohong, berpura-pura, dan akan menjual gula-gula kepada anda. Tetapi Allah adalah perancang terbaik. Masanya sudah hampir.”- tulisnya.
Apakah yang cuba disampaikan Caprice dalam posting ini?
Seperti mana yang kita tahu, sebelum ini Caprice telah mencetuskan kontroversi dimana dia mahu ‘membongkarkan’ sebuah kisah benar yang telah terjadi semasa dalam misi kemanusiaan di Gaza yang membabitkan pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.
Apakah kesudahannya? Sama-sama kita nantikan.
Sementara itu, menerus IG Story-nya, Caprice menceritakan dia didatangi oleh seorang lelaki misteri ke bilik hotelnya. Caprice atau nama sebenrnya Ariz Ramli merasa hairan kerana kehadiran lelaki tersebut.
“Caprice tak sangka ada orang tiba-tiba kenalkan diri dia malam tadi. Datang Hotel Caprice. Dia bukan orang Malaysia, macam mana dia tahu Caprice? Misi Caprice? Masalah Caprice ? Entah lah, tapi A to Z dia tahu”- tulisnya.
Sementara itu, semalam, kali pertama Caprice menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 jauh dari keluarga dan rakannya.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment