Memang Pedas Ayat Tun Mahathir Kepada PM Muhyiddin Pada Hari Pertama Parlimen Dibuka

Memang Pedas Ayat Tun Mahathir Kepada PM Muhyiddin Pada Hari Pertama Parlimen Dibuka

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung pada Isnin tidak tidak perlu kepada sesi penerangan sebaliknya apa yang diperlukan adalah perbahasan.

Memang Pedas Ayat Tun Mahathir Kepada PM Muhyiddin Pada Hari Pertama Parlimen Dibuka



Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesi penerangan sahaja tidak membantu mengatasi masalah Covid-19 di negara ini.

ARTIKEL MENARIK:Lelaki Meninggal Dunia Hadapan Rumah Disahkan Positif Covid-19.


“Selama lima hari (sidang Parlimen) kita akan dengar menteri menjelaskan pelan (Pelan Pemulihan Negara) mereka dan pelan mereka sudah tentu tidak berkesan.

“Sejak pelan ini diumumkan kes (Covid-19) meningkat.

“Saya berpendapat pandangan semua (ahli Parlimen) perlu diberi,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Jelasnya, dalam keadaan kes yang sudah mencecah lebih 17,000 sehari ketika ini sudah tiba masanya tindakan drastik diambil untuk mengekang penularan wabak yang membawa maut itu.

“Inilah yang dihadapi rakyat sekarang ini, setiap hari 200 orang akan meninggal.

“Tetapi ini tidak ditumpukan di sidang Dewan Rakyat adalah majlis penerangan. Kita tidak perlu sebab kita sudah baca pelan dan ia tidak akan berjaya,” katanya.

VIDEO:

Muhyiddin ajak pembangkang ganding bahu lawan Covid-19

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta pembangkang berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani krisis Covid-19.



Loading...


Berucap ketika membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin berkata kerajaan tidak berpeluk tubuh untuk membiarkan rakyat menderita.

“Benar, kerajaan ini tidak sempurna. Tetapi apa yang benar juga ialah kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

“Yang penting kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari,” katanya.

Justeru Muhyiddin meminta pembangkang berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani Covid-19 dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat.

“Kerana di sana ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita, manakala frontliners kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan.

“Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usahasama. Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas hampir sejam ahli-ahli parlimen pembangkang mendesak dia mengundurkan diri.

Bagaimanapun, Muhyiddin kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.

VIDEO:

SUMBER/KREDITAstro Awani via awatttsyeikhh via KL Viral




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post