Tular sebuah video di media sosial hari ini, di mana di dalam video tersebut kelihatan seorang pakcik tua berusia 64 tahun dimalukan dikhalayak ramai oleh suami yang juga merupakan pengasas butik terkenal tempatan.
Netizen Marah Pengasas Butik Malukan Warga Emas
ARTIKEL MENARIK:Beberapa Syarikat Ambil Kesempatan, Kenakan Caj Mahal Urus Mayat Covid-19 Bukan Islam
Berikutan video yang tular itu, orang ramai masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap lelaki yang di lihat cuba memalukan warga emas berkenaan dengan cara yang kelihatan agak riak dan berlagak.
Foto – Twitter
“Umur berapa, 64.Saya tanya betul-betul.
Masa muda dulu menyesal tak, tak buat betul-betul. Masa muda menyesal tak banyak main, banyak tak buat betul-betul, malas. Menyesal tak.
Dia cakap menyesal.
Saya tanya kau orang, kau orang nak nanti masa tua baru nak menyesal ke.
Hari ini tuhan hantar saya untuk tolong kamu semua.” Ucapnya
Rata-rata berasa tergamam mendengar ayat biadap dan riak, yang dilontarkan oleh lelaki tersebut kepada warga emas itu dihadapan orang ramai.
Foto – Twitter
“Oh tuhan ku! Kalau mangkuk ini memalukan ayah aku macam ini dekat tempat awam. Kau siap lelaki tak guna. Pergi tanya ayah atau mak kau soalan yang sama di hadapan umum dan lihat apa jawapan mereka. Bodoh tak bertempat.” Ciap pengguna Twitter pertama
“Kalau ayah aku kena malukan macam ini lepas itu kena rakam, aku sumpah kepada tuhan neraka jahanam tempat kau bodoh sial biadap nak mampos.” Ciap pengguna Twitter kedua
“Nauzubillahminzalik menggeletar aku tengok ini, ya Allah.” Ciap pengguna Twitter ketiga
Warga Gelandangan Dimalukan
Foto – Twitter
Melihat video yang tular ini, Murai MY perhatikan terdapat banner yang menyatakan lokasi di dalam video viral ini adalah di Pusat Transit Gelandang Kuala Lumpur.
Warga emas yang dimalukan ini merupakan salah seorang individu gelandangan yang berada di pusat transit tersebut.
Netizen Kenal Identiti ‘Individu’ Tersebut
Berikutan itu, ramai yang mula bertanya siapakah identiti lelaki yang bersikap biadap terhadap warga emas itu dan ramai yang mengecam wajah lelaki tersebut dan segera menyatakan bahawa dia adalah suami dan pengasas butik terkenal Bella Ammara iaitu Carl Samsudin.
Foto – Twitter
“Ini bukan suami Bella Al-Yahya, pengasas Bella Ammara itu? Kan?” Ciap pengguna Twitter pertama
“Aah ini Carl Samsudin itu lah. Yang Jofliam itu suami Cik Epal. Jofliam pun dah sound si Carl ini.” Ciap pengguna Twitter kedua
“Ini suami Bella Ammara. Aku dah lama tak sokong Bella Ammara.” Ciap pengguna Twitter ketiga
Influencer Dedah Sikap Carl Samsudin
Foto – Instagram @jofliam
Video yang tular ini dikongsikan oleh influencer tempatan yang dikenali sebagai Jofliam, dan perkongsian ini dibuat di Instagram usahawan ini yang kemudiannya tular di Twitter.
Jofliam dedahkan Carl Samsudim beri warga emas tersebut wang bernilai RM50 atas ‘keberanian’ warga emas tersebut tampil ke depan.
Foto – Twitter/Instagram @carlsamsudin
Disebabkan sikap Carl yang biadap terhadap warga emas itu, orang ramai mula mencari Instagram milik pengasas butik terkenal ini dan orang ramai mendapati akaun Instagram tersebut ditutup untuk ikutan awam.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment