Pelakon Rita Rudaini tampil menegur Michael Ang apabila melihat pengarah terkenal itu sering masuk campur dalam setiap perkara yang hangat diperkatakan dalam negara.
ARTIKEL MENARIK:Sarat hamil hampir 7 bulan. Terkejut bila Siti Sarah dedahkan sekeluarga disahkan positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi buat ramai tak senang duduk.
Tindakan Michael Seperti Menghasut
Menyiarkan semula tangkap layar status Michael di laman Insta story nya, Rita menyifatkan tindakan pengarah Marry Me Senorita itu seperti menghasut umat Islam dan membuatkan penggiat industri seperti selebriti tanah air bertelagah sesama sendiri.
“Semua isu hang nak masuk..semua isu hang nak cakap.Hang dah cukup sempurna ka Mikel(Michael)? Hang ini suka menghasut umat Islam, rakan industri dan sesama artis bertelagah..hang ini ada masalah mental or kemurungan kah?” tegur Rita
Seolah-olah kecewa dengan sikap Michael, Rita turut beranggapan bahawa sikap pengarah itu masih tidak berubah biarpun telah memeluk agama Islam. Di kesempatan itu, Rita mengingatkan Michael untuk tahu akan kedudukan dan menyedari doa orang yang disindirnya itu pasti ada balasan dari Allah.
“Perangai hang ini tak berubah ye sampai masuk Islam. Hang jangan ingat hang selalu di atas ya. Hang ingat doa-doa orang yang hang nganjing(perli) kan..Hang nak tau Allah itu Maha Kaya? Insyallah…” tulisnya lagi
Rita membidas kenyataan Michael selepas pengarah itu menyelar tindakan individu yang suka menyebarkan aura negatif sehingga menunjukkan kebodohan sendiri. Biarpun tidak menyebut mana-mana nama individu yang digelarkannya sebagai ‘Bimbo’, namun rata-rata netizen dapat meneka status berkenaan ditujukan kepada seorang pelakon wanita.
Rita Pertahan Lana
Sementara itu, dalam beberapa hantaran lain Rita tampil mempertahankan pendapat rakannya yang juga pelakon, Lana Nordin yang berpendapat bahawa Ketua Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham harus meletak jawatan selepas negara mencatatkan kes tertinggi jangkitan wabak COVID-19 baru-baru ini.
Jelas Rita, Lana mempunyai hak sama seperti orang lain untuk menyatakan pendapatnya mengenai isu dalam negara. Malah, Rita sendiri berpendapat bahawa Hisham sememangnya harus meletak jawatan.
Terdahulu, Murai.my melaporkan Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, berkongsi pendapatnya mengenai situasi getir di dalam negara selain menyifatkan tindakan Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment