Sarat hamil hampir 7 bulan. Terkejut bila Siti Sarah dedahkan sekeluarga disahkan positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi buat ramai tak senang duduk.

Sarat hamil hampir 7 bulan. Terkejut bila Siti Sarah dedahkan sekeluarga disahkan positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi buat ramai tak senang duduk.

SARAT hamil tujuh bulan, penyanyi Siti Sarah diuji dengan dugaan besar apabila dia sekeluarga disahkan positif Covid-19. Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 37, berkata dia dan suami, Shuib Sepahtu serta ketiga-tiga anak mereka baharu sahaja mendapat tahu tentang keputusan ujian calitan yang dilakukan pada Isnin.

Sarat hamil hampir 7 bulan. Terkejut bila Siti Sarah dedahkan sekeluarga disahkan positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi buat ramai tak senang duduk.



“Kami dah dapat keputusan swab test pagi ini (Selasa)… dukacita dimaklumkan, kami sekeluarga positif Covid-19. “Ini semua ketentuan Allah, kami menerima dengan hati terbuka dan berlapang dada. “Mohon semua doakan kami sekeluarga mengharungi 14 hari ni… kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Terdapat Cubaan Jatuhkan Ebit Lew?




Sarah memaklumkan perkara itu di Instagram pada Selasa.

Penyanyi lagu Kesetiaan ini menganggap semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan mahu terus kekal positif demi keluarganya. “Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh ya.

“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa, pihak admin akan post di IG ini bagi pihak saya,” ujarnya. Pada Isnin, Sarah memuat naik satu video menunjukkan mereka sekeluarga sedang melakukan ujian calitan di kediamannya di Puchong, Selangor.

Sarah sekeluarga membuat ujian tersebut selepas pembantu rumahnya terlebih dahulu dijangkiti virus berkenaan. “Jantung ni macam nak jatuh bila maid saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah, yang saya risau anak-anak dan baby dalam perut ni.

“Saya kena kuat, baby dah masuk tujuh bulan (usia kandungan),” katanya. Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 7, dan Ariq Matin, 5.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Lama Lagi Dah Nak Bersalin. Siti Sarah Minta Anak Teka Jantina Adik Baru Lepas Kongsi Gambar Ultrasound Dalam Kandungan.

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memanjatkan rasa syukur apabila dia bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi dengan izinNya. Menerusi satu video yang dikongsikan, Sarah dan suaminya, Shuib ada berkongsi foto terbaru ‘ultrasound’ bayi dalam kandungan lalu meminta anak-anaknya untuk meneka jantina adik baru mereka.

“Alhamdulillah dengan izinNya tak lama lagi akan bertambah family baru dalam keluarga kami. Sarah doakan yang masih menunggu cahaya mata akan dipermudahkan, diberikan rezeki anak pada masa dan waktu yang tepat. “InsyaAllah.. so yang keempat ni korang rasa lelaki ke perempuan? Budak-budak ni kemain seronok lah nak dapat adik. Saya doakan pada pasangan yg belum dapat baby, Allah kurniakan cahayamata yg soleh,” tulis Sarah di Instagram.



Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama meneka jantina anak keempat yang bakal lahir selain mendoakan agar urusan bersalin penyanyi Manis itu dipermudahkan. Terdahulu, Sarah dan Shuib berkahwin pada 26 Februari 2011 dan pasangan selebriti ini dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra dan Ariq.

Sumber : MH

Lama Menyepi Ramai Yang Teruja Bila Vivy Yusof Kongsikan Berita Gembira Di Lama Ig. Vivy Umumkan Kini Tengah Hamil Anak Keempat.

Usahawan dan ikon fesyen popular, Datin Vivy Yusof berkongsi berita gembira di laman Instagram miliknya apabila disahkan hamil cahaya mata keempat. Pengasas FashionValet and dUCK Group itu meluahkan rasa syukur dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan alat ujian kehamilan sehingga meraih 132,000 tanda suka.



Loading...


“Mungkin cahaya mata kali ini akan mirip wajah awak, @fadzaanuar. Katakan hello kepada bayi keempat kami,” tulis wanita berusia 34 tahun itu. Teruja dengan khabar itu, posting berkenaan dihujani lebih 3,000 komen daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar atas kurniaan rezeki itu selain mendoakan agar proses kehamilan berjalan dengan lancar.



Selain itu, Vivy atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof turut berkongsi sebuah lagi posting memaparkan reaksi suaminya mengenai kehamilan tersebut. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

Sumber: Instagram Vivy Yusof


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post