Mexican bun atau roti Papa ini memang ramai peminat. Kalau lalu depan kiosk roti ini mesti terjebak beli sebab baunya yang harum.
Waktu PKP ini apa kata kita cuba buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amy Akim ini.
ARTIKEL MENARIK:Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka
Buat sendiri Mexican Bun/ Roti Boy
Bahan roti :
– 300gram @ 3 cawan tepung gandum
– 70gram gula
– 30gram marjerin
– Sebiji telur
– 1 sudu besar mauripan
– 150ml susu segar
– Esen vanila
– Secubit garam
– Salted Butter@buttercup (untuk inti)
Bahan topping :
– 50gram tepung gandum
– 40gram gula
– 60gram marjerin
– Sebiji telur
– 2 sudu besar nescafe + air suam (sekadar boleh larut)
– Esen vanila
Cara membuat:
1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar & gula. Biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen vanila.
3. Masukkan bancuhan yis/mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yg lembap. Saya guna napkin je. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Saya buat 50gram untuk setiap doh jadi boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yg disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara tu boleh sediakan topping. Blend marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Last sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.
9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
10. Panaskan oven dalam 10minit, baru bakar roti guna api atas & bawah dengan suhu 170°c selama 20minit bergantung pada suhu oven masing-masing.
Hasilnya
Selamat mencuba.
Kredit -Vanilla Kismis.
Post a Comment