Nak dijadikan cerita seorang remaja perempuan di UK ini telah dibawa ke hospital selepas dia tidak sedarkan diri sebanyak dua kali sehingga muka da kepalanya tinggalkan kesan.
Dan lebih mengejutkan lagi apabila selepas pemeriksaan doktor menyedari perut gadis itu muka memberi eksan sekali gus membongkarkan emaja itu sebenarnya mempunyai keadaan aneh di mana dia memakan rambut
ARTIKEL MENARIK:Gatal, Perit , Pedih Kaki Ni Angkara “Ulat Air”, Ini Antara Cara Penyelesainya.. Hilangkan Sakit!!..
Berdasarkan laporan, Imbasan tomografi (CT) menunjukkan terdapat jisim besar di dalam perut remaja itu yang mengakibatkan perutnya menjadi buncit.Selepas satu prosedur dijalankan, jisim berkenaan akhirnya berjaya dikeluarkan dan dikenal pasti sebagai gumpalan rambut sepanjang 19 inci (48 sentimeter).Menurut remaja perempuan itu, dia sebenarnya sudah mengalami sakit perut semenjak lima bulan lalu dan rasa sakit itu semakin menjadi-jadi dalam masa dua minggu sebelum temu janjinya di hospital.
Susulan jurnal BMJ Case Reports, remaja perempuan berkenaan telah didiagnos dengan Sindrom Rapunzel.Menurut The Conversation, Sindrom Rapunzel yang mendapat namanya menerusi watak terkenal, Rapunzel, adalah satu ‘medical condition‘ yang teramat ‘rare’ dimana rambut yang dimakan akan berblit dan terprangkap di dalam perut.
Selain itu, remaja perempuan terbabit juga dilaporkan mempunyai sejarah trichotillomania iaitu keinginan untuk mencabut rambut seseorang dan trichopagia iaitu gemar memakan rambut.Selepas operasi, remaja perempuan berkenaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi makan melalui tiub yang disambung ke usus kecil sementara perutnya pulih.Tujuh hari selepas itu, remaja terbabit dibenarkan pulang ke rumah dan dilaporkan sedang berjumpa dengan pakar psikologi.
Jangan anggap perkara ini adalah sesuatu benda remeh. Ini 5 cara untuk cegah dan rawat sendiri jangkitan di saluran buang air kecil.
Antara gejala jangkitan saluran buang air kecil ini termasuklah sakit ketika membuang air kecil, kerap buang air kecil, warna air itu bertukar gelap dan berbau busuk serta banyak lagi. Bagaimanapun terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat jangkitan ini termasuklah :
1. Banyak minum air putih
Salah satu cara paling mudah dan berkesan mencegah dan merawat jangkitan saluran buang air kecil adalah dengan memperbanyakkan minum air putih. Apabila banyak minum air, kita akan sering membuang air, sekali gus membawa keluar bakteria yang ada. Kebiasaannya, individu yang kurang air dalam badan dan jarang membuang air kecil adalah golongan berisiko tinggi terkena jangkitan itu.
2. Vitamin C
Makanan yang kaya dengan vitamin C sangat memainkan peranan dalam menjaga tubuh badan untuk kekal sihat sekali gus memastikan tubuh tidak mudah diserang jangkitan kuman. Sebab itu, kita perlu konsisten mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C. Ia juga berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan manusia.
3. Antibiotik
Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik untuk dimakan bagi menghilangkan rasa sakit dan membunuh bakteria. Bagaimanapun, pengambilan antibiotik perlu dihabiskan mengikut preskripsi doktor agar pesakit dapat pulih sepenuhnya.
4. Minuman probiotik
Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kepada tubuh terutamanya pada saluran pencernaan manusia. Beberapa kajian mendapati, probiotik terbukti membantu merawat jangkitan saluran kencing.
5. Menjaga kebersihan alat sulit
Kawasan alat sulit sangat sensitif dan kebersihannya perlu dijaga agar tidak berlaku sebarang jangkitan. Elakkan daripada menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan terkena jangkitan. Cuci kawasan alat sulit selepas membuang air untuk mencegah perpindahan bakteria.
Kredit -apampink
Post a Comment