Pasangan selebriti yang juga usahawan, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah meminta jasa baik orang ramai untuk mencari kenderaan jenis Myvi berwarna hijau berikutan terlibat dalam kejadian langgar lari seorang pekerja mereka yang cedera parah pada petang Ahad.
ARTIKEL MENARIK:Ambil Keputusan Berhenti Sekolah, Nabila Huda Bangga Anaknya Kini Semakin Hebat?
Pemandu Myvi Hijau Dicari
Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib berkata pekerja syarikat mereka telah dilanggar oleh kereta berkenaan dipercayai di hadapan Econsave Jalan Pesta,Muar. Lebih menyedihkan, pekerja tersebut bukan sahaja patah kedua-dua belah tangan malah pipinya turut terkoyak.
“Salah seorang staff @bubblebeemalaysia_hq cawangan Muar iaitu Muhammad Afiq Hidayat Mohd Fauzi terlibat dalam satu kemalangan berdepan Econsave Jalan Pesta,Muar”
“Malangnya, kereta yang melanggar budak ni boleh lari! Tolong viralkan sebab sampai sekarang pemilik kereta yang langgar masih tak serah diri! Detail kereta: JKF 9590 MYVI HIJAU,” tulis Shuib
Siti Sarah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang
Kecewa dengan sikap pemandu kereta tersebut, Sarah bertegas akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut nasib pekerjanya.
“Silap besar lari dik! Saya akan cari peguam! Mungkin budak ni bukan darah daging saya tapi dia keluarga @bubblebeemalaysia_hq kita mesti tuntut,” tegas Sarah
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut kedua-dua selebriti ini bersepakat untuk mencari pemandu tersebut malah turut memuji sikap pasangan ini yang begitu prihatin akan nasib pekerja mereka.
Kredit -
Post a Comment