Ambil Keputusan Berhenti Sekolah, Nabila Huda Bangga Anaknya Kini Semakin Hebat?

Ambil Keputusan Berhenti Sekolah, Nabila Huda Bangga Anaknya Kini Semakin Hebat?

Terbaru Nabila Huda berkongsi bahawa anak perempuanya tidak lagi bersekolah dan melakukan ‘home school’ pada tahun 2020.

Ambil Keputusan Berhenti Sekolah, Nabila Huda Bangga Anaknya Kini Semakin Hebat?



Dan hasil dari bersekolah di rumah, menunjukan bahawa prestasi pembelajaran anaknya Keisha Laila lebih baik dari sebelum ini.

ARTIKEL MENARIK:7 Selebriti Korea Ini Ditemui Mati Akibat Depresi & Bunuh Diri


Keisha Kini Mahir Dalam Bahasa Mandarin

Dipetik dari Harian Metro, Nabila menyatakan bahawa banyak mata pelajaran seperti Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris yang dipelajari Keisha menunjukan prestasi yang bagus.

Malah Nabila juga berkongsi bahawa anak perempuannya yang kini berusia 11 tahun, sudah mahir bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin.


Foto – Instagram @lilkupukupu

“Selepas ambil keputusan berhentikan Keisha dari sekolah dan teruskan di rumah secara ‘home school’ dengan cikgu Lenny Rahman, kemudian tercetus idea saya nak lawan dengan Keisha untuk belajar bahasa Mandarin pula.

Pihak Fasih Mandarin menghubungi kami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu, tapi saya tidak dapat teruskan kerana terbabit dengan penggambaran.

Jadi, Keisha belajar sendiri sehinggalah dia pandai bercakap dan menulis. Kalau ikutkan dia baru belajar 14 jam dan dia sudah hebat.” Ujar Nabila kepada Harian Metro



Loading...


Walau Sekolah Tidak Sempurna, Namun Nabila Bangga Dengan Anaknya

Nabila Huda juga menyatakan walaupun anaknya tidak mengikuti persekolahan seperti biasa, dirinya tetap bangga dengan pencapaian puteri kesayangannya itu.


Foto – Instagram @lilkupukupu

“Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak perkara, tak dapat nak belajar dengan sempurna, tapi Keisha dah boleh cakap Mandarin. Saya bangga dengan dia.

Terima kasih cikgu Nadia dan Fasih Mandarin. Kepada ibu bapa lain, beri peluang anak anda belajar bahasa Mandarin dengan mereka. Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, sekurang-kurangnya boleh cakap Mandarin. jauh perjalanan hidup mereka nanti.” Tambah Nabila lagi

Skor Markah Mandarin Keisha Tinggi

Sebelum ini Nabila ada membuat hantaran di Instragram dan berkongsi keputusan peperiksaan bahasa mandarin Keisha, yang mana puteri kesayangannya itu mendapat 74 markah daripada 80 markah bagi ujian dalam talian dan 19 markah daripada 20 markah bagi ujian lisan.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post