Pemuda mati mengejut, pernah tular ramai ahli keluarga positif Covid

Pemuda mati mengejut, pernah tular ramai ahli keluarga positif Covid

PETALING JAYA – Media sosial dikejutkan dengan pemergian seorang lelaki yang bernama Amirul Aqmal yang pernah menularkan tentang ahli keluarganya yang positif Covid-19 pada Januari lalu tular di laman Twitter sejak semalam.

Pemuda mati mengejut, pernah tular ramai ahli keluarga positif Covid

 


Menurut ciapan yang dimuat naik oleh kakaknya semalam, dengan nama @ulttlemoron berkata, arwah adiknya itu mengadu sakit kepala dan sesak nafas namun tidak lama selepas itu, adiknya meninggal dunia begitu sahaja.

ARTIKEL MENARIK:Buat Hal Lagi! Adik Ipar VVIP Kahwin Sejenis Dakwa Umat Islam Solat Sebab Terpaksa?


“Arwah mengadu dekat ibu bahawa dia sedang sakit kepala dan sesak nafas. Tidak lama selepas itu, dia pergi tinggalkan kami buat selamanya. Dia sepanjang hayatnya tidak ada penyakit apa-apa dan meninggal dunia bukan kerana Covid-19. Buat masa ini kami tidak dapat sahkan puncanya kenapa.

“Kami baru sahaja mendapat panggilan daripada pihak hospital dan mereka sahkan bahawa arwah tidak dijangkiti wabak Covid-19, alhamdulillah. Semoga kau tenang di sana ya,” ciapnya.

Rata-rata pengguna laman Twitter turut terkejut atas pemergian adik lelakinya itu dan turut bersedih akan kehilangan individu tersebut.



Loading...


Menurut seorang pengguna dengan nama @amjarss berkata, dia terkejut atas pemergian rakannya itu dan memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga arwah.

“Kenapa kau pergi dulu? Semoga tabah Anim dan keluarga. Kami, kawan-kawannya pun tidak dapat tahan air mata lagi-lagi darah dagingnya. Semoga Allah kuatkan semangat umi dan abah,” katanya.

Menurut pengguna lain dengan nama @NajahTakaful berkata, dia banyak kali membaca ciapan yang dimuat naik oleh arwah dan tidak menjangkakan bahawa arwah pergi pada waktu yang sama.

“Saya sudah membaca ciapannya yang tular terlalu banyak. Tidak sangka dia turut pergi juga. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan saya doakan keluarga awak akan berkumpul di syurga bersamanya nanti, aamiin,” ujarnya. – K! ONLINE.


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post