Seorang wanita yang dipercayai adik ipar kepada seorang ahli politik sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa umat Islam terutamanya di Malaysia melakukan tuntutan wajib agama seperti menunaikan solat dan berpuasa adalah disebabkan faktor terpaksa.
ARTIKEL MENARIK:Walaupun terpaksa batalkan kenduri kahwin tapi pasangan ini masih seronok. Tak sangka sampai boleh jimat sebanyak ini.
Berasa Terkongkong
Menerusi laman YouTube, wanita Melayu itu yang didakwa telah berkahwin dengan golongan sejenis diluar negara tampil membuat video berkenaan selepas kecewa dengan pendedahan sebuah akaun Instagram di Malaysia sehingga membuatkan dirinya dikecam. Dalam video tersebut, wanita itu akui selama ini tidak pernah solat mahupun berpuasa kerana berasa terkongkong dengan faktor agama yang tidak membenarkan kahwin sesama jenis.
“Jujur saya cakap, saya okay dan terima kasih. Saya memilih jalan ini kerana ia membuatkan saya gembira, inilah diri saya. Menetap di Malaysia, apabila lahir dalam sesebuah agama ia seperti tiada jalan keluar, anda seperti dipaksa untuk menganut agama itu kerana tiada pilihan”
“Bagi saya, hak asas sebagai manusia anda sepatutnya dibenarkan memilih untuk menganut agama pilihan. Sebagai contoh, agama ini(Islam) tidak sesuai dengan saya kerana homoseksual adalah berdosa akan masuk neraka. Kenapa saya perlu mengamalkan agama ini?”
Apa pun,selain LGBT, saya tidak mengamalkan ajaran agama Islam. Saya tidak solat 5 waktu, saya tidak berpuasa dan saya tidak buat semua ini. Saya akan beritahu anda satu perkara, mungkin 80 peratus Melayu di Malaysia yang mendakwa diri mereka muslim sebenarnya tidak mengamalkan pun ajaran agama. Kebanyakannya buat sebab tiada pilihan, semua Melayu ini terperangkap. Sistem pendidikan pula teruk dan dibentuk sejak lahir. Kita buat sebab tiada pilihan. Saya tahu ramai yang ingin kehidupan mereka berbeza tetapi tidak boleh berbuat apa kerana terikat dengan undang-undang, masyarakat dan negara” jelasnya
Mahu Rakyat Malaysia Hormati Keputusannya
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai komen telah diberikan oleh pengguna warganet. Namun, bagi komen segelintir pengguna yang mendoakan wanita ini kembali ke pangkal jalan telah disangkal kembali olehnya. Dedahnya, dia tidak percaya pada syurga dan neraka serta mengharapkan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia menghormati pendiriannya.
“I didn’t judge sbb I mmg kenal ramai sgt yg Malay tak practice islam . That’s just the truth la. Ramai je malay yg depan “assalamualaikum” belakang hisap rokok time ramadhan. So don’t act surprised la.
Kenapa religion tu government yg kena set and approve ?
Bukan ke religion tu hubungan seseorang dengan tuhan dia ?
It’s a private matter. Between me and god. So you tu, tak payah, nak jaga, tepi kain org lain.
You takde hak nak kata I Islam. Sbb I mmg tak percaya dalam islam. So, let me be. Thanks” komennya lagi
Terdahulu, Murai.my melaporkan wanita yang dikatakan ibu saudara tiri kepada seorang pelakon terkenal ini mengejutkan ramai apabila berkongsi videonya bercumbu dengan seorang wanita lain di laman Instagram.Rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita itu kerana menyifatkannya ia seperti perkara memalukan termasuklah agama Islam.
Kredit -Hangat.com
Post a Comment