Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
ARTIKEL MENARIK:Cara Mudah Untuk Wajah Berseri, Amalkan Berwuduk Sebelum Tidur.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
Mudahnya Tanam Taugeh, Tunggu Hasil 3-4 Hari
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Sumber: Nora Valo
Kredit -
Post a Comment