Pelbagai kelebihan yang dapat kita perolehi daripada berwuduk. Sebagai umat Islam, kita kita diwajibkan untuk mengambil wudhuk sebelum mengerjakan solat. Namun, apakah kebaikannya jika kita berwuduk sebelum tidur?
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
ARTIKEL MENARIK:Amalkan Membaca Doa Sebelum Tidur Supaya Kita Dipelihara Oleh Allah S.W.T.
Sumber gambar: Side Entrance
Setiap perintah Allah SWT itu pasti memiliki manfaatnya seperti mana kita mengambil wuduk. Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.
Antara kelebihan yang kita perolehi jika berwuduk sebelum tidur:
- Menenangkan otot-otot sebelum berehat.
Air wuduk itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
2. Wuduk dapat mencerahkan kulit wajah.
Air wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
3. Malaikat akan sentiasa berdoa.
Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Malaikat akan memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwuduk sebelum tidur. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah.
Justeru itu, kita sebagai umat Islam senantiasalah mengikut sunnah Rasulullah kerana pasti ia memberi banyak ganjaran pahala kepada kita semua. Selamat beramal!
Kredit -Hijabista.
Post a Comment