Ada Yang Ditembak Jatuh Hingga Korbankan Ratusan Nyawa, Ini Insiden 4 Kes Pesawat Asing Didakwa ‘Ceroboh’ Ruang Udara Sesebuah Negara Hingga Menggemparkan Dunia

Ada Yang Ditembak Jatuh Hingga Korbankan Ratusan Nyawa, Ini Insiden 4 Kes Pesawat Asing Didakwa ‘Ceroboh’ Ruang Udara Sesebuah Negara Hingga Menggemparkan Dunia

Malaysia baru sahaja dikejutkan dengan berita kejadian pencerobohan 16 pesawat asing dari China di ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu, Sabah.

Ada Yang Ditembak Jatuh Hingga Korbankan Ratusan Nyawa, Ini Insiden 4 Kes Pesawat Asing Didakwa ‘Ceroboh’ Ruang Udara Sesebuah Negara Hingga Menggemparkan Dunia



Lebih mengejutkan lagi, kesemua 16 pesawat China terbabit dipercayai merupakan pesawat tentera udara China. Kehadiran mereka yang langsung tidak diundang itu menimbulkan pelbagai spekulasi serta kebimbangan awam.

ARTIKEL MENARIK:Malaysia Akan Panggil Duta China Beri Penjelasan – Hishammuddin


Bagaimanapun pencerobohan itu tidak ‘pergi jauh’ apabila pesawat milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dengan pantas memintas mereka, sekaligus berjaya ‘menyelamatkan’ ZMM daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Tahukah anda, insiden pencerobohan pesawat asing ke dalam ruang udara sesebuah negara bukanlah perkara baharu. Sejak dulu lagi terdapat banyak kes-kes seperti ini berlaku.

Sudah namanya pun pesawat asing, tidak dapat tidak, pemerintah wajib untuk berasa curiga. Jangankan langsung tidak kenal siapa mereka, lagikan pula bersikap ‘biadap’ menceroboh ruang udara negara tanpa ‘beri salam’.

Jangan buang masa, mari kita baca empat contoh kejadian pencerobohan ruang udara oleh pesawat asing di bawah ini.

1) Kapal terbang Korea ditembak jatuh Soviet


Kredit: Google

Ketika era Soviet Union dulu, sebuah kapal terbang milik Korea, Korean Airlines 007 dalam penerbangan dari New York ke Seoul dengan sekali perhentian di Anchorage, Alaska.

Bagaimanapun ketika sedang menghampiri Korea, kapal terbang itu telah ‘menempah maut’ apabila melalui sebahagian ruang udara Russia di sekitar Semenanjung Kamchatka; antara lokasi wilayah ketenteraan Soviet Union paling rahsia.

Menyedari kehadirannya, Soviet pantas mengarahkan dua jet tempurnya untuk memintas kapal terbang berkenaan. Ketika itu kru jet Soviet cuba menghubungi kapal terbang tersebut bagaimanapun tiada sebarang maklum balas diberikan.

Lantas salah sebuah jet itu membedil kapal terbang Korea tersebut dan mengakibatkannya terhempas di lautan Jepun. Akibat ‘tiada maklum balas’ komunikasi itu, kesemua 269 penumpang telah terkorban.



Loading...


2) Jet pejuang Indonesia pintas pesawat Singapura


Kredit: Pinterest/Google

Pada 28 Oktober 2014, pesawat C90GTi King Air (milik Singapura) melakukan penerbangan dari Sibu, Sarawak ke Lapangan Terbang Seletar, Singapura. Bagaimanapun laluan penerbangannya melalui ruang udara Indonesia.

Menyedari ruang udaranya diceroboh, kerajaan Indonesia pantas mengarahkan dua jet tempurnya, Sukhoi 27/30 Flanker TNI AU memintas pesawat berkenaan dan ‘memaksanya’ untuk mendarat di Pontianak, Kalimantan Barat.

Difahamkan, pesawat C90GTi King Air yang dipandu oleh pelatih latihan penerbangan itu telah melalui zon udara Indonesia secara ‘haram’ kerana didakwa tidak memohon sebarang permit.

Serangan udara libatkan konflik negara & proksi

Di atas tadi kita baca tentang kejadian kapal terbang yang ‘terceroboh’ masuk ke ruang udara sesebuah negara. Maka kali ini kita baca pula tentang insiden serangan ke atas kapal terbang & pesawat disebabkan faktor konflik dan peperangan.

Umumnya, mana-mana wilayah di bawah kawalan tentera pasti akan dikawal ketat baik di daratan, perairan mahupun ruang udara. Di medan peperangan pula misalnya, ruang udara sangat dikawal ketat bagi mengelakkan diceroboh musuh.

Berikut di bawah adalah contoh-contoh tragedi serangan udara ke atas pesawat dan kapal terbang yang disebabkan oleh faktor konflik peperangan.

1) Turki tembak jatuh jet Russia di sempadan Syria


Gambar: BBC

Pada November 2015, sebuah pesawat pejuang milik Russia yang menceroboh ruang udara sekitar sempadan Turki-Syria telah ditembak jatuh. Pesawat Russia berkenaan, SU-24 pada awalnya melalui sempadan Syria ketika pergolakan proksi di negara itu.

Bagaimanapun kehadirannya sejauh satu kilometer dari sempadan tersebut disedari Turki. Turki lantas menghantar jet tempurnya, F-16 bagi membedil pesawat Russia itu dengan peluru berpandu.

SU-24 dibedil dan akhirnya terhempas sejauh kira-kira empat kilometer dari sempadan Syria-Turki. Difahamkan, kru pesawat Russia sempat melakukan terjunan kecemasan, namun terdapat sumber tempatan mendakwa salah seorang daripada mereka terkorban.

Dalam konflik ini, Russia menyatakan bahawa pesawatnya itu ditembak jatuh di sempadan Syria. Manakala Turki menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa mereka menembak pesawat Russia kerana telah memasuki wilayahnya (Turki).

2) Iran tembak jatuh pesawat Ukraine


Gambar: NPR

Pada 8 Januari 2020, kapal terbang Ukraine International Airlines Flight 752 atau PS752 yang baru saja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran telah ditembak jatuh.

Menurut sumber laporan, kapal terbang tersebut ditembak sebelum terhempas dan mengorbankan kesemua 176 orang penumpang.

Kes ini sangat rumit kerana ia melibatkan beberapa pihak, juga turut berkaitan dengan konflik proksi negara. Dikatakan ianya berlaku beberapa jam selepas Iran membedil dua pangkalan tentera Amerika Syarikat (US) di Ain al-Assad dan Erbil.

Sumber: Straits Time / BBC / NPR / History via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post