Selebriti Indonesia, Lucinta Luna pernah mencetuskan kontroversi kerana Lucinta yang merupakan seorang transgender mendakwa dirinya hamil anak kembar.
Baru-baru ini, beliau membuat pendedahan bahawa beliau mengaku hamil supaya boleh kembali ke dalam dunia hiburan, dan meminta orang ramai supaya tidak mengambil serius terhadap hal tersebut.
ARTIKEL MENARIK:‘Tidak Pernah Kenal Anda Secara Berdepan’- Sharnaaz Ahmad Beri Pesanan Buat Elyana
Agar Kembali Famous
Lucinta Luna pernah mengaku hamil setelah menunjukkan keputusan ujian kehamilan yang digunakannya. Setelah mengaku hamil, dia turut memuat naik video sedang berkomunikasi dengan teman lelakinya.
Dipetik dari laporan IntipSeleb, Selepas video itu mengundang bualan ramai, Lucinta Luna akhirnya mengaku bahawa video itu dimuatnaik untuk membuatnya kembali terkenal. Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak mengambil serius terhadap hal tersebut.
“Ya, hanya untuk lebih terkenal. Jangan ambil serius, Tak perlu percaya.”-Lucinta Luna
Diinspirasi Dari Isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina Untuk Hamil
Lucinta Luna turut mengakui bahawa kehamilannya itu diinspirasi dari isteri Raffi Ahmad, Nagita Slavina. Dia juga mahu menghibur para pengikut Instagramnya yang kini mencecah 1.6 juta followers.
“Saya peminat Mama Gigi. Dia adalah Indonesian role model. Jadi, dari sudut mana pun, fotonya sangat cantik. Ya, hanya untuk buat saya gembira. Saya pernah bosan, jadi hanya untuk menghiburkan orang.”-Lucinta Luna
Teman Lelakinya Tidak Mengetahui Dirinya Transgender
via Instagram @lucintaluna_manjalita
Lucinta Luna turut mendedahkan bahawa teman lelakinya, Idris, tidak mengetahui dirinya seorang transgender. Dia menambah bahawa dia memang mencari teman lelaki yang tidak mengetahui latar belakangnya.
“Ya, saya mencari teman lelaki yang tidak mengetahui mengenai latar belakang saya. Idris tidak mengetahuinya. Selepas memperkenalkannya pada orang ramai, ramai wanita DM dia. Namun, dia tidak mengambil kisah mengenainya, kerana dia mencintai saya kerana diri saya.”-Lucinta Luna
Kredit -
Post a Comment