Dah Ada Salah Satu Ni Memang Anda Sah Ada Resdung, Pakar Ini Dedah Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

Dah Ada Salah Satu Ni Memang Anda Sah Ada Resdung, Pakar Ini Dedah Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

Baca perkongsian Dr Nimelesh tentang masalah resdung yang dihadapi kebanyakan rakyat Malaysia melalui akaun Twitternya @HausofHilton, simptom resdung, serta tips untuk mengawal masalah resdung yang anda hadapi.

Dah Ada Salah Satu Ni Memang Anda Sah Ada Resdung, Pakar Ini Dedah Perkara Yang Perlu Anda Lakukan



Dianggar sebanyak 60% rakyat Malaysia mengalami masalah resdung. Tapi ramai tak nak ke klinik sebab anggap ia hanyalah selsema biasa.

ARTIKEL MENARIK:Tip Simpan Bawang Kalau Beli Banyak Supaya Tahan Lama, Tak Cepat Busuk


Simptom-simptom resdung boleh dikawal dengan ubat yang Betul. Bukan sekadar ambil ubat biji setiap malam. Sebab itu penting untuk anda berjumpa doktor.

Simptom-simptom Resdung:

– Hidung tersumbat
– Batuk
– Sakit kepala atau muka
– Jerawat pada muka

– Selsema berpanjangan
– Hidung berbau busuk
– Demam
– Letih dan lesu
– Hilang deria rasa dan bau
– Batuk teruk pada waktu malam

Ia boleh disebabkan oleh virus, bakteria, kulat, alahan, iritasi kimia, ketumbuhan dalam hidung (polyp).

Biar kami tolong anda kenal pasti apa yang trigger resdung anda. Resdung ini sangat menganggu hidup kita, terutamanya pada waktu pagi.

Sekiranya anda ada masalah resdung, pergi la ke Klinik Kesihatan.



Loading...


Tips untuk kawal resdung:

– Elak memelihara binatang berbulu.
– Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat daripada bulu binatang.
– Bersihkan permaidani dengan penyedut hampa gas.
– Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah.
– Minum banyak air.

Jumpalah dengan doktor keluarga anda (GP / Doktor di Klinik Kesihatan). Mereka boleh tolong rujuk anda ke pakar ENT sekiranya perlu.

Saya pun ada resdung yang teruk sebelum ni. Sekarang dah berjaya kawal. 3-4 bulan symptom free dan ia akan muncul sekali sekala saja.

kredit gempak


Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post