Kesian dengan nasib rakyat yang terjejas. Individu ini lancarkan kempen bendera putih kalau ada rakyat yang perlukan bantuan.

Kesian dengan nasib rakyat yang terjejas. Individu ini lancarkan kempen bendera putih kalau ada rakyat yang perlukan bantuan.

Akhir-akhir ini, kes membahayakan diri akibat dihimpit kesempitan hidup gara-gara pandemik semakin membimbangkan. Bagaikan kesan ‘Domino effect’, pasti ada sahaja berita melaporkan kejadian-kejadian memilukan hati dari hari ke hari. Ini bukan petanda yang baik.

Kesian dengan nasib rakyat yang terjejas. Individu ini lancarkan kempen bendera putih kalau ada rakyat yang perlukan bantuan.



Ada yang terpaksa membahayakan diri, ada yang terpaksa kurung isteri dan anak, ada yang terpaksa begitu dan begini. Ya, segalanya adalah ‘terpaksa’, bukan ‘sengaja’. Keterpakasaan yang dibuat adalah jalan terakhir yang dipilih setelah ‘penat’ berharap tentang takdir yang belum pasti.

ARTIKEL MENARIK:Ramai YangMarah Dengan Menteri Ini Bila Dia Kata Kurang Setuju Dengan BenderaPutih. Dan Ini Penjelasan Beliau


Bimbang dengan masa depan mereka yang terkesan, warganet yang menggunakan akaun Facebook Jah melancarkan kempen bendera putih. Kempen ini membawa misi; jika sesiapa yang terdesak dan perlukan bantuan, jangan buat perkara tidak diingini dan sebaliknya, angkatlah bendera putih dan mohon bantuan awam. Di bawah ini adalah hebahan bagaimana Jah memulakan kempen ini.

“Naikkan bendera putih di rumah anda..”


Dalam hantaran tersebut, Jah menulis:- “Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang sekeliling pakat gi bantu, beri sedikit-sebanyak yang termampu. Jangan ambil tindakan yang merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stress, berkongsilah masalah dengan orang ramai.

Tidak perlu merayu, tidak perlu rasa malu, hanya kibarkan bendera putih. Semoga ada yang datang membantu,” katanya. Justeru, hebahannya itu mendapat kira-kira 3,000 ‘Likes’, 300 komentar serta turut dikongsikan lebih 17,000 perkongsian setakat hari ini. Ternyata ramai netizen yang cakna dengan kempen ini.

Ada yang sudah ‘menyerah’

Tidak sampai 24 jam kempen dilancarkan, terdapat beberapa warganet yang akhirnya terpaksa mengangkat bendera putih dan mengibarkannya di luar rumah sebagai tanda ‘menyerah’ dan meminta bantuan. Salah satu yang cukup menyentuh hati adalah seperti di bawah ini:-



Loading...



“Saya dah penat dah dan tak tahu nak buat apa, otak buntu. Tapi bukan cari jalan singkat hanya harapan ada manusia yang prihatin. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Anak-anak masih kecik lagi termasuk orang rumah mengandung,” tulisnya.

Warganet tunjuk solidariti di media sosial

Selain itu, kempen bendera putih ini berjaya mencipta gelombang yang sangat besar di media sosial. Usai ia bermula, ramai warganet telah berpakat untuk menyebarkan kempen ini menggunakan segala saluran media sosial yang ada. “Kempen ni sangat menyentuh hati. Jadi sesiapa yang sangat terdesak untuk ‘survive’ hanya kibarkan #benderaputih atau apa-apa sahaja benda warna putih supaya jiran-jiran boleh tolong apa yang patut.

Inilah masa untuk kita jaga diri kita dan komuniti kita. Mari teruskan #rakyatjagarakyat.” – Hana Suhana. “Kempen ini sangat cantik dan sekali lagi mengingatkan kita bagaimana kuatnya hubungan persaudaraan sesama rakyat Malaysia….InsyaAllah, kita tak boleh tolong semua orang, tapi semua orang boleh tolong seseorang.” – Nana

“Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit-sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.” – Hafizol


“Ada orang bagi cadangan untuk isi rumah yang dah putus bekalan makanan kibarkan bendera putih depan rumah. Ada yang dah buat dan ramai yang bagi bantuan makanan, digalakkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan. Idea yang baik untuk jiran sekeliling cakna keadaan jiran.” – Kiff

Dan ada puluhan atau ratusan lag ciapan mengenai kempen bendera putih ini ‘bersemarak’ di Twitter dan media sosial yang lain. Justeru, marilah sama-sama kita sebarkan kempen ini agar dapat membantu lebih ramai yang memerlukan. Kita tidak mahu dengar lagi ada kes mahu membahayakan diri kerana tekanan melampau. Semoga usaha ini mencapai matlamatnya.



Kredit -


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post