Jangan simpan m.asalah dan kes.usahan dialami sendirian. Tiada s.alahnya berkongsi kep.eritan bersama keluarga, sahabat ataupun jiran tetangga.
Justeru, bagi mengelakkan masyarakat yang sedang berdepan dengan s.ituasi g.etir menanggung beban seorang diri, maka Kempen Kibarkan Bendera Putih dilaksanakan.
ARTIKEL MENARIK:Ini Yang Anda Perlu Tahu & Lakukan Sebagai Rakyat Malaysia #KempenBenderaPutih
Kempen tersebut tidak bermakna mengalah, sebaliknya difahamkan untuk membuka mata insan sekeliling peka dan hadir menghulurkan b.antuan kepada golongan yang terjejas dek p.andemik C0vid 19.
“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yang datang membantu,” tulis pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Jah.
Beliau dipercayai antara individu terawal memulakan Kempen Kibar Bendera Putih.
Sementara itu, seorang pemilik akaun Twitter myjassaramli berkata, beliau ternampak gambar dimuat naik di laman sosial Twitter memaparkan jiran keluarganya di Johor Bahru menggibarkan bendera putih di pagar rumah semalam.
“Saya bertanya kepada kakak adakah perkara itu benar. Katanya betul kerana keluarga tersebut terp.utus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin. Semoga dipermudahkan,” kongsinya.
Selain itu, carian di media sosial berhubung kempen bendera putih itu mendapat sambutan daripada warga maya.
Majoriti sedia maklum dan menguar-uarkan agar b.antuan segera dihulurkan kepada golongan yang mengibarkan bendera putih.
Rakaman yang tular
Angkat tangan berdoa, bukan angkat bendera putih
Rakyat tidak wajar diajar untuk mengangkat kek.alahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, mereka perlu mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.
“Angkat tangan berdoa kepadanya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu dipercayai merujuk kempen kibarkan bendera putih jika terpu.tus bekalan makanan yang digerakan oleh orang ramai yang si.mpati terhadap n.asib masyarakat terkesan p.andemik C0vid 19 dan sekatan penuh pergerakan (total l0ckdown).
Reaksi Orang Ramai
Jangan simpan sendirian kes.usahan. Beritahu orang sekeliling kita. Kibarkan bendera putih bukan bererti mengalah
Kepada semua yang s.usah dan tiada makanan naikkan bendera putih di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil t.indakan yang mere.mukkan hati orang yang tersayang. Tidak perlu mer.ayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera.
Aku nak seru kepada semua yang dah terp.utus bekalan makanan dengan keperluan asas. Pacaklah bendera putih ke kain putih ke dekat depan rumah untuk beritahu yang korang perlukan bantuan segera dalam tempoh pa.ndemik ini. Jangan malu untuk dapatkan ba.ntuan daripada orang sekeliling.
Tidak perlu mer.ayu, tidak perlu rasa m.alu, hanya perlu kibarkan bendera putih. Semoga ada yang datang ba.ntu Insya ALLAH jadikan tanggungjawab kita bersama untuk perhatikan persekitaran kita kalau ada bendera putih berkibar. Hulurkan b.antuan ikut kemampuan masing-masing.
Jika tuan puan ternampak ada BenderaPutih di pagar rumah seseorang, ketahuilah bahawa isi rumah tersebut mungkin sedang dalam kesem.pitan, kel.aparan atau terp.utus bekalan makanan. Pergilah si.asat dan kita b.antu bersama.
Kempen Bendera Putih, Saya sokong idea ini. Buat mereka yang memerlukan ba.ntuan makanan, pakaian, per.ubatan sila naikkan bendera putih di hadapan rumah. Buat mereka yang ingin membantu, jom peka dan lihat pada sekeliling kita. Mungkin ada diantara jiran kita yang menc.atu beras untuk bert.ahan atau dalam keadaan de.presi.
Sumber/Kredit : Utusan/SH via KL Viral
Post a Comment