Kes kategori 4 dan 5 makin meningkat. Kini penggunaan katil Unit Rawatan Rapi cecah nilai ini.

Kes kategori 4 dan 5 makin meningkat. Kini penggunaan katil Unit Rawatan Rapi cecah nilai ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi di hospital seluruh negara bagi pesakit Covid-19 meningkat kepada 104 peratus sehingga 6 Jun.

Kes kategori 4 dan 5 makin meningkat. Kini penggunaan katil Unit Rawatan Rapi cecah nilai ini.



Menurut Bernama, jumlah itu meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei lepas di mana kadar ini sangat membimbangkan dan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

ARTIKEL MENARIK:PKP 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun


Bagaimanapun kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan Unit Rawatan Rapi di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus.” Begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus.”


Beliau turut berkata, hospital seluruh negara kini turut berdepan peningkatan kes Covid-19 bergejala serisu kategori 4 dan 5 di mana pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan. Kebanyakan daripada mereka adalah golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain sakit. 



Loading...


Menurutnya, pesakit dalam kategori itu memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan Covid-19. Berdasarkan statistik daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), berikut adalah purata tempoh rawatan bagi dua kategori terbabit: Kategori 4: Antara 14 hingga 16 hari. Kategori 5: Antara 19 hingga 26 hari Situasi ini tidak boleh diambil ringan terutamanya sekiranya ada pihak menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini.”

Kredit -


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post