Menikmati set roti bakar di restoran kopitiam memang tidak dinafikan sungguh enak rasanya. Terasa roti yang dimakan begitu garing di luar dan lembut di dalamnya.
Manakala salutan kaya dan mentega yang ada pada bahagian lapisan roti melengkapkan lagi rasa hidangan hingga ingin makan berkali-kali.
ARTIKEL MENARIK:Resepi Ayam Madu Spicy
Jadi pada anda yang teringin untuk menikmati keenakan rasa roti bakar seperti ini daripada hasil air tangan sendiri, ikuti perkongsian daripada Ziera Xiera ini. Menurutnya untuk hasilkan roti bakar yang enak hanya memerlukan bahan-bahan yang cukup asas, hanya 3 bahan sahaja roti putih, sekaya dan buttercup.
Nak tahu lanjut ini langkah demi langkah penyediaannya;
Langkah 1:Potong bahagian sekeliling roti
Langkah 2 : Potong mentega kepada kepingan seperti di dalam gambar dan kemudian setiap keping tersebut dipotong lagi kepada 3 atau 4 bahagian. (Pastikan mentega keras)
Langkah 3 : Sapukan sekaya (lebihkan untuk rasa yang lebih enak) dan kemudian letakkan potongan mentega tadi di atasnya.
Langkah 4 : Lapiskan dua roti tersebut dan kemudian potong dua sebelum dibakar dalam oven pada suhu 180c, 8-10 minit. Nak lagi garing boleh tambah masa lagi.
Langkah 5 : Siap untuk dinikmati
Sumber : Ziera Xiera
Kredit -KELUARGA
Post a Comment