Seorang wanita yang berasal dari Blitar, Jawa Timur telah putus jari tangan kirinya akibat digigit oleh jiran yang juga rakan sekerjanya sendiri. Insiden itu berlaku hanya kerana dia ingin memberikan peringatan kepada rakan sekerjanya itu.
Mangsa merupakan Supangatin, 59 merupakan seorang petani telah putus jarinya dalam satu insiden yang berlaku di hadapan rumahnya pada isnin lalu.
ARTIKEL MENARIK:Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia
Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Cawangan Blitar, Ardyan Yudho berkata, suspek yang berusia 35 tahun berang selepas mangsa mengingatkannya memberitahu pemilik ladang cili jika mahu bekerja.
Semasa mangsa dan suspek sedang bekerja bersama dengan melakukan kerja memetik cili, tiba-tiba mangsa memberita kepada suspek untuk melaporkan kepada pemilik ladang itu bahawa suspek ingin bekerja disitu. Ini kerana mangsa risau sekiranya rakannya itu tidak menerima bayaran gaji kerana tidak memaklumkan bahawa dia bekerja disitu.
Namun begitu, suspek yang juga merupakan rakan mangsa itu tersinggung dengan kata-kata mangsa dan menjadi berang. Lalu dia meminta mangsa untuk diam dari terus berkata-kata. Reaksi yang ditunjukkan suspek ketika itu membuatkan mangsa menjadi tersentak dan merasakan bahawa rakannya itu tidak menghormatinya sebagai seorang yang lenih berusia.
Disebabkan itu, kedua mereka mula bertikam lidah sehingga tercetusnya pergaduhan di situ. Ibu suspek yang melihat kejadian itu berlaku cuba untuk meleraikan pergaduhan yang terjadi. Dengan itu dia mengajak anaknya untuk beredar dari tempat itu.
Walau bagaimanapun, ajakan si ibu itu tadi tidak dipeduli malahan suspek bertindak lebih agresif . Suspek telah menarik rambut dan menggigit jari kiri mangsa sehingga putus.
Jari itu tertinggal di dalam mulut suspek sebelum dia memuntahkannya keluar. Supangatin dikejarkan ke pusat kesihatan komuniti bagi mendapatkan rawatan dengan kadar segera.
Mangsa turut membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku itu.
Menurut Aydan, suspek sudah ditahan untuk siasatan dan boleh berdepan hukuman penjara lima tahun jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment