PADA tahun 2016, harga minyak masak Malaysia pernah naik buat kali pertama dalam tempoh sedekad apabila harga minyak sawit dunia melonjak dan kerajaan BN mengambil langkah untuk hadkan subsidi kepada paket 1kg untuk melawan dan
membanteras penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran yang semakin rancak masa itu akibat perbezaan harga yang amat tinggi yang amat merugikan negara
ARTIKEL MENARIK:Video tular individu keluar lepas 6 petang ditahan palsu - Polis
Oleh itu, harga minyak masak yang tidak diberi subsidi pada masa itu naik kerana mengikut harga pasaran.
Langkah itu telah membangkitkan kemarahan ramai pada masa itu dan PH (termasuk mereka yang dalam kerajaan PN sekarang) mengambil kesempatan penuh untuk mempergunakan isu ini untuk kecam saya dan salahkan GST.
Demi melindungi Rakyat masa itu, kerajaan BN mengambil langkah untuk menambah jumlah bekalan dan memperluaskan penjualan minyak sawit paket 1kg bersubsidi ke lebih banyak kedai runcit dan pasar raya.
Sekarang harga minyak masak naik lagi dahsyat berbanding tahun 2016, peluang bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat akibat pandemik dan GST sudah dimansuhkan lebih 3 tahun.
Jadi, apakah langkah kerajaan PN untuk melindungi dan meringkan beban Rakyat?
Jangan berdiam diri sahaja. Ambil lah langkah yang sewajarnya.
Ataupun dulu korang hanya tahu kecam dan salahkan saya dengan air liur sahaja?
Kredit -mynewshub
Post a Comment