Hidangan pulut kuning dengan rendang memang kegemaran ramai. Makan dengan sambal pun best juga.
Jika berhajat nak buat pulut kuning termasuk ketika raya nanti boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Maz Samad ini.
ARTIKEL MENARIK:
Cara ini pulut kuning yang dimasak tahan lama dan tak mudah basi. Bagi yang kali pertama masak pulut kuning boleh gunakan cara ini juga kerana ia lengkap.
Tip agar pulut kuning tahan lama, tak mudah basi
Ikut langkah demi langkah ini ya;
1. Rendam 1 kg beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2-3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum rendam beras dibilas sehingga hilang air keruh. Apabila air sudah jernih baru direndam beras pulut.
6. Semasa rendam bubuh sekali 2 sudu kunyit serbuk.
Kaedah kukus beras pulut
1. Kukus pertama
– Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak.
– Masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air kukusan
-Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru d
-Letakkan pengukus beras pulut.
-Letakkan 3-4 helai Daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
– Kukusan Pertama 10 minit
– Rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
– Step kukusan Kedua 20 minit-Pulut dicampur bersama
1/2 cawan minyak atau marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Tip beras Pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin supaya pulut kuning berkilat.
Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut
tersebut. Pulut kuning akan nampak berbiji-biji bila dihias tapi jangan
risau, teksturnya sangat lembut.
Selamat mencuba.
Sumber: Maz Samad
Post a Comment