Aku musykil mak anggap aku menantu atau madu dia. Satu hari aku tak sihat, suami cakap tak perlu buat kerja rumah. Masa aku berehat, aku dengar bunyi hentakkan betul – betul depan pintu. Lepas 30 minit aku keluar. Terkejut aku dengan sikap mak, aku nekad keluar rumah..
ARTIKEL MENARIK:Gadis ni risau bila 4 bulan tak datang bulan. Kawan pula selamba je cakap dia mengandung. Terkejut bila jelaskan pada doktor ini alasan yang doktor bagi.
#Foto sekadar hiasan.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali, aku nak minta maaf andai cerita aku ni agak panjang. Aku tak pandai mengarang sebenarnya. Aku Nur. Berkahwin lambat dengan suami. Dah pegang status andartu, barulah darjat aku diangkat sebagai isteri. Bukan tak laku, bukan juga memilih. Tapi aku selalu jumpa dengan lelaki yang bukan – bukan. Alhamdulillah pilihan aku untuk berkahwin dengan suami adalah tepat kerana suami aku baik, beriman dan kelakar. Hari – hari sentiasa menceriakan aku. Syukur. Suami aku duda anak 1, (8 tahun berpisah takde pengganti).
Anak dia dah beIasan tahun tinggal dengan bekas isteri. Aku jarang jumpa anak dia sebab bekas isteri halang aku berbaik – baik dengan anak dia. Kesian si anak. Selalu je dia nak datang jumpa aku tapi mak dia tak bagi. Nak buat macam mana, dah budak tu anak dia. Aku tak boleh nak kata apa. Whatsapp menghubungkan kami. Bukan pasal bekas isteri yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita tentang mak mertua aku yang aku panggil dia sebagai Mak. Sepanjang 8 tahun menduda, suami tinggal berdua dengan mak di kampung walaupun suami ada rumah di bandar.
Sepanjang 8 tahun itulah perhatian suami memang 70% kepada mak, 30% lagi kat anak. Apa yang mak nak, semua suami turutkan. Mak dah menjanda lebih 30 tahun. Nak dijadikan jodoh, suami bertemu dengan aku. Kenal tak sampai 4 bulan, suami masuk meminang. Maka, bertunanglah kami walaupun pada masa tu Mama aku bantah habis – habisan hubungan aku dengan suami. Mujurlah papa sporting. Papa yang kuatkan semangat aku. Mama tak setuju sebab pendapatan suami jauh lebih rendah dari aku. Jadi mama takut suami amik kesempatan kat aku.
3 bulan bertunang, kami bernikah. Sepanjang bertunang, aku sering ke rumah Mak. Borak – borak, hantar makanan dan sebagainya. Mak memang baik di mata aku. Ramah. Suka bersembang dan bercerita. Masa dekat – dekat nak kahwin, aku beritahu suami yang aku setuju nak jaga mak di kampung lepas kahwin nanti. Minggu pertama lepas nikah, semuanya okay. Semuanya indah. Mama boleh terima suami dengan baik. Hubungan aku dengan mak pun ok. Masuk minggu kedua, aku dan suami dah mula bekerja. Bezanya suami kena bekerja di pejabat, aku pula bekerja dari rumah sebab PKP.
Kerjaya aku sebagai eksekutif di company besar memang sangat busy. Meeting hari – hari. Whatsapp memang aktif. Kadang – kadang aku buat kerja sampai malam. Tapi aku tetap jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Contohnya, pagi – pagi lepas solat subuh aku akan sediakan sarapan. Dah siap sarapan dan buatkan bekal untuk suami, aku akan mula kutip pakaian kotor aku, suami dan mak untuk dicuci dalam mesin basuh. Aku akan jemur semua pakaian sebaik saja matahari mula naik atau sebelum pukuI 8 pagi. Lepas tu aku akan menyapu dan mengemas rumah. PukuI 8:30 pagi, barulah aku fokus dengan kerja office.
Tengahari, aku rehat sekejap untuk masak tengahari. Tapi mak tak pernah sudi nak makan masakan aku. Nak kata tak sedap, elok je suami aku makan siap bertambah. Hari – hari mak akan masak lauk lain untuk diri sendiri. Selalu jugak dia akan paksa suami makan lauk yang dia masak dan dia akan mintak suami alihkan jauh – jauh masakan aku. Suami jadi serba salah nak makan masakan siapa. Aku malas jadikan benda ni isu besar. Aku suruh suami makan je masakan mak. Settle. Benda ni berlaku berulang2 kali sehinggalah aku jadi fed up nak masak sebab akhirnya lauk – lauk aku akan masuk ke dalam tong sampah dan akhirnya aku tak masak langsung untuk makan tengah hari. Membazir.
Meeting office. Memandangkan aku Work From Home (WFH), aku dan team selalu meeting online. Setiap kali meeting online, mak akan datang dekat dengan aku dan bersembang tentang diri dia dan mengumpat sana sini. Bila aku beritahu aku sedang meeting, mak tetap buat – buat tak faham dan terus bersembang dan tanya macam – macam dekat aku. Contohnya dia nampak gambar team – team aku dekat screen, dia sibuk tanya tu siapa ni siapa, mesyuarat apa, kenapa ada lelaki? Arghhhh.. aku stress! Jadi, lepas kejadian tu aku start buat kerja atas katil kat dalam bilik.
Sepanjang tinggal dengan mak, beberapa kali dia cuba tanya tentang gaji aku, komisen aku, hutang – hutang aku.. dia desak dan mendesak aku supaya aku beritahu. Lama – lama aku jadi rimas, mama dan papa aku sendiri pun tak pernah tanya pasal gaji aku. Aku rimas, jadi aku beritahu range gaji aku walaupun tak tepat. Lepas itu, dia start meminta macam – macam. Suruh aku belikan almari la, rak la.. Dijajanya gaji aku kepada anak – anak dia yang lain. Bila aku dan suami nak balik ke rumah mama dan papa sekejap, macam – macam yang mak akan tanya.
Kenapa nak pergi sana? Ada majlis ape? PukuI berapa nak balik semula? Ptfff…. Rumah mama dan papa tak jauh pun. Hanya sebeIah kampung je. Takkanlah aku nak balik 2 minggu sekali pun tak boleh? Itupun balik menyinggah, bukannya tidur. Pernah family beIah aku (mama, papa dan adik beradik) plan holiday, tiba – tiba mak nak ikut sekali. Sedangkan sebelum – sebelum tu mak pernah cakap dia tak suka holiday. Membazir duit katanya. Suami tak cakap banyak, dia hantar mak ke rumah kakak dia untuk jagakan mak sementara kami semua holiday.
Kami bukannya tak nak ajak tapi ni family trip sebeIah aku kot. Kami dah rancang lama dari sebelum aku kahwin lagi. Lagipun family aku bukannya rapat sangat dengan mak. Takkan tiba- tiba aku nak ajak mak? Ape pulak kata family aku nanti? Mak merajuk bukan main lagi. Bila dah balik dari holiday, aku ada plan nak bercuti lagi dan nak ajak mak, tapi mak tolak. Dia kata dia tak suka holiday. Habis tu yang merajuk sakan hari tu kenapa? Saja nak uji kami ke?? Saja nak rosakkan mood?
Ketika aku bekerja, mak suka mengarah – ngarah aku buat itu ini. Aku ni bekerja dari rumah. Bukannya bercuti di rumah! Kerja aku pulak memang perlu fokus 200%. Kalau tak fokus, habis lintang pukang jadinya. Sebab itulah aku start kunci pintu bilik setiap kali hari bekerja. Tapi, mak sering ketuk pintu bilik aku minta itu ini. Kesabaran aku start menipis bila mak ftnh aku tak solat. Aku dapat tahu bila suami beritahu aku. Aku benci bila aku diftnh sesuka hati. Suami tak marah tapi aku yang angin. Bilik aku dekat dengan bilik air.
Jadi setiap kali aku keluar masuk bilik air, mak takkan sedar / nampak melainkan kalau dia duduk di ruang tamu. Demi Allah aku tak pernah tinggal solat tapi mak sesuka hati tuduh aku macam tu. Siapa yang tak marah! Bila hujung minggu pula, kadang – kadang lepas solat subuh suami akan tidur balik dan bangun lewat. Aku pulak akan duduk dalam bilik selepas aku settlekan rutin setiap pagi aku. Kadang – kadang aku ambil peluang untuk kemas apa – apa yang patut kat dalam bilik tu memandangkan hari kerja aku dah busy. Mak seolah – olah skit hati kalau aku duduk berdua di dalam bilik.
Pernah sedang aku mengemas dalam bilik, aku terdengar mak menyapu di laman dengan sapuan yang kuat di tepi tingkap bilik aku. Bila aku intai, tiada 1 helai daun atau sampah pun di kawasan yang mak sapu tu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Mkin lama aku tinggal dengan mak, aku mkin tak faham dengan perngai mak. Berbeza sungguh dengan masa mula – mula kenal dulu. Cerita burk suami masa suami bujang dulu diungkit – ungkit banyak kali di depan aku. Dipujinya anak lelaki sulung yang lebih berjaya dari suami aku. Tapi bila time susah, dicarinya suami aku.
Dia tak pernah susahkan anak lelaki sulung tapi sentiasa memuji – muji. Sedangkan yang menjaga mak selama ni adalah suami tapi mak selalu memburk – burkkan suami. Mak turut memuji – muji ex- wife suami dulu. Katanya dia masih menganggap ex-wife suami dulu sebagai menantu dan masih sayangkan ex-wife tu. Motif? Sudahlah bila aku bersembang dengan suami di ruang tamu ketika menonton tv, mak akan menyampuk dengan menceritakan tentang hal sendiri dan mengumpat orang.
Cerita yang dia sampaikan tu adalah cerita yang sama berulang – ulang kali sampaikan kalau dikira, dah beratus kali dia ulang cerita yang sama. Tapi bila aku diam tak bersembang dengan suami, dia tak bercakap apa – apa pun. Depan suami jugak dia compare aku dengan dia. Dia kata dia kurus, rambut masih lebat macam anak dra (padahal rambut dia nipis dan beruban macam orang tua sebaya dia), ramping… sedangkan aku gemuk, tak lawa… #matakeatas
Apa motif mak nak compare aku dengan dia? Pernah dia ptong rambut pendek, lepas tu bila suami aku balik dari kerja, dia flip hair depan suami dan beritahu rambut aku panjang tak lawa tapi rambut dia pendek kemas… rambut aku rebonding kot. Cuma aku selalu sanggul dengan penyepit rambut sebab rumah tu jenis panas dan aku rimas nak lepaskan rambut panjang paras ketiak aku tu.. Yang buat aku musykil, mak ni anggap aku menantu ke atau madu dia? Buat apa nak compare – compare? Aku sikit pun tak hairan siapa lagi lawa, siapa lagi hebat.
Aku perasan mak akan buat macam – macam untuk tgih perhatian suami. Pernah suami amik aku dari office (masa ni waktu PKPP dan kami dah boleh work from office) dan lepas tu kami shopping barang – barang dapur. Mak jenis suka bung sampah merata – rata. Jadi aku ajak suami untuk belikan tong sampah baru dan beberapa peralatan rumah yang lain. Kisahnya hari tersebut kami balik lewat dan beberapa hari selepas itu pun, kami masih lagi balik lewat. Sebenarnya takdelah lewat sangat. Sebelum maghrib kami dah sampai rumah. Setiap kali balik rumah, mak merajuk tak bercakap dengan aku tapi dengan suami dia bercakap elok je.
Nak kata sebab tak ajak dia, kami dah ajak tapi dia sendiri yang tak nak. Jadi nak merajuk apanya? Kes bu4ng sampah merata – rata masih berlaku walaupun dah ada tong sampah baru. Jadi aku anggap tu memang perngai dan tabiat kekal mak. Cawan tak bercuci, tudung letak merata – rata. Aku yang jadi tukang kutip dan cuci. Angkat baju di ampaian, Iipat baju, susun baju dalam almari, ni semua tugas – tugas yang aku buat setiap hari. Tapi dengan ipar duai, mak katakan dia yang lakukan semua. Sigh ~
Bila orang datang rumah dan memuji rumah kemas bersih, mak katakan dia yang lakukan semua. Kalau dia tak buat, tak ada siapa nak buat. Orang mula menjeIing kat aku. Mungkin dalam hati orang tu marahkan aku sebab suruh orang tua jagakan rumah. Walhal.. Aku biarkan. Biarlah mak amik semua kredit. Ambillah segala pujian – pujian tu. Aku sikit pun tak hadap. Banyak yang aku nak ceritakan tentang perngai burvk mak tapi kang terlalu panjang pulak cerita aku ni. Dan apa yang mak lakukan kat aku adalah di belakang suami. Suami tak tahu menahu.
Aku tak faham kenapa mak skit hati sangat dengan aku sedangkan aku tak pernah skitkan hati dia dan tak pernah susahkan dia. Even sejak aku tinggal dengan dia, segala belanja dapur aku yang tanggung. Suami hanya bayar bil – bil sahaja. Bila di depan suami, mak berpura – pura baik dan bergelak tawa dengan aku. Bila di belakang suami, mak mencari salah aku dan cuba menykitkan hati aku dengan bermacam – macam cara. Kesabaran aku hilang 100% bila aku disrng pening kepala selama 1 minggu. Puas makan ubat, pegi kIinik. Doktor katakan aku strss. Aku minta cuti dengan bos dan cuti aku diluluskan.
Jadi suami mintak aku duduk diam – diam di rumah dan berehat. Tak perlu buat apa – apa kerja rumah. Tapi aku macam biasa. Jenis tak boleh duduk diam. Aku tetap kemas rumah, menyapu, cuci baju, jemur baju. Lepas tu aku berehat di dalam bilik. Sedang aku berehat, aku terdengar bunyi pintu dapur yang ditutup dengan kuat. Nak kata pintu dapur tu ditolak angin, musthil sebab pintu tu jenis kayu berat. Lepas tu aku dengar bunyi pintu di lock dengan laju seolah – olah ada yang sedang marah. Serentak dengan itu, aku dengar bunyi hentkan kaki melangkah kuat menuju ke bilik aku.
Rumah mak dah usang, jadi setiap langkah kaki boleh dengar dengan jelas tapi hentkan kaki yang aku dengar pada ketika sangatlah kuat. Tak lama lepas tu…. DANG!!! Aku dengar sesuatu dihentkkan betul – betul di hadapan pintu bilik aku dengan kuat dan aku tahu bunyi tu adalah bunyi bakul baju plastik yang berisi kain – kain. Lepas tu aku dengar tapak kaki itu semkin menjauhi bilik aku dan hilang entah ke mana. Aku tunggu selama hampir 30 minit, barulah aku buka pintu bilik. Betul sangkaan aku, sebkul plastik yang dipenuhi baju – baju yang aku cuci pagi tadi di letakkan di hadapan pintu bilik aku.
Tapi kenapa perlu nak hentk – hentk dengan kuat? Masih ada baju yang belum kering, kenapa dah diangkat dari jemuran? Marahkan aku sebab aku duduk dalam bilik ke? Aku terus call kawan aku untuk datang ambil aku di rumah. Aku dah tak boleh sabar dengan mak. Aku dah terlalu muak nak hadap dengan karenah – karenah mak. Bila kawan aku sampai depan rumah, aku cepat – cepat keluar. Tapi aku dengar, mak berlari dari bilik dia menuju ke pintu rumah. Sebaik saja kawan aku mengundurkan kereta, aku sempat tengok mak dah berdiri kat depan pintu rumah melihat aku dengan mata tjam. Aku biarkan. Aku dah malas. Aku bosan dengan mak!
Bila dah sampai kat kedai makan, aku call suami. Suami pelik kenapa aku keluar walaupun tak sihat. Aku hanya beritahu malam nanti ada benda aku nak bincang. Malam tu aku luahkan segala – galanya dengan suami tentang mak. Aku menangis semahu – mahunya. Awalnya suami tak percaya tapi aku beri 2 pilihan kepada suami sama ada pindah duduk sendiri atau hantar aku balik ke rumah mama dan papa dan kami berpisah. Aku tak nak hidup dalam keadaan strss. Aku tak nak hidup dengan mak yang bagi aku txic dalam hidup aku. Aku nak hidup bahagia.
Suami pilih pilihan pertama dan ketika itu barulah aku diberitahu yang dulu dia berpisah pun kerana bekas isteri tak tahan dengan perngai mak. Maka, 2 minggu selepas itu kami pun berpindah ke rumah suami di bandar. Mak? Dia frust bila dengar kami nak berpindah. Dia terpksa menumpang rumah anak – anak yang lain. Sekejap rumah orang tu, sekejap duduk rumah orang ni. Awalnya aku kasihan dengan mak sebab terpksa pindah randah sana sini tapi bila diingatkan apa yang pernah dia buat pada aku, jadi aku bung segala rasa kasihan. Korang rasa aku jahat ke?
Aku ingatkan aku yang busuk hati tak boleh terima pengai mak. Rupa – rupanya anak – anak mak pun mengaIami kejadian yang sama. Baru saja 4 bulan mak menumpang di rumah masing – masing tapi semuanya dah tak tahan dengan mak. Paling mendukcitakan, hubungan kakak ipar aku dan suami dia retk kerana mak. Sedangkan kakak ipar aku dan suami dia tu sebaik – baik manusia yang pernah aku kenal. Kesian kakak. Malah ada cucu – cucu mak yang dah tawar hati sampaikan sekarang ni ada yang tak menjenguk dan tak bertanya khabar langsung. Masing – masing geram kerana diftnh nenek sendiri.
Kerana masing – masing dah tak tahan, semua ipar duai aku buat keputsan untuk hantar mak di kampung seorang diri. Andai kata ada anak cucu yang ada kelapangan, bolehlah menjenguk mak sehari dua. Kaedah ini sangat effective dan rumahtangga ipar duai menjadi baik semula. Tetapi cucu – cucu yang dah tawar hati tu masih lagi tak datang bertanya khabar seolah – olah dia dah puts hubungan terus dengan nenek dia. Aku? Walaupun setiap kali menjenguk mak, aku tetap diftnh tak menjenguk. Setiap kali aku datang, pasti ada kata – kata sindiran. Lantak. Aku buat – buat tak dengar. Aku masih hormatkan dia kerana dia orang tua.
Aku tawar hati. Sungguh. Suami tahu apa yang aku rasa tentang mak. Dia dah mula nampak kesalahan mak bila dia tengok rumahtangga kakak dia mula retk kerana mak dan cucu – cucu mak marahkan mak. Malah, banyak kali mak cuba menggangu rumahtangga aku dan suami selepas kami berpindah tetapi suami berjaya menepis. Aku rasa mak tak sukakan aku sebab dia dah tak dapat perhatian sepenuhnya dari suami selepas suami berkahwin dengan aku. Sebab itulah mak lakukan macam – macam untuk skitkan hati aku dan dia compare diri dia dengan aku.
Mak juga tak suka aku bermesra – mesra dengan suami. Sebab itulah dia gnggu setiap kali aku bersembang dengan suami. Walaupun aku dan suami tinggal berjauhan dengan mak, mak tetap akan call suami untuk meminta tolong. Sedangkan ada je anak yang duduk dekat dengan dia tapi tak pulak dia call anak yang satu tu. Kalau siang hari tak apalah. Ini tengah – tengah malam call suruh baiki mesin basuh dan – dan tu jugak macam tak menyempat nak tunggu pagi esok. Entahlah. Orang tua. Macam tu gamaknya perngainya untuk raih perhatian anak.
Latest, aku dapat tahu biras aku dah bencikan mak kerana mak selalu mengarah – ngarah dia dan menftnh. Sampaikan masa perkahwinan anak saudara baru – baru ni, biras aku tak bersalam pun dengan mak. Kakak ipar pun ada mengadu tentang mak. Aku? Hanya mampu tersenyum dan mendoakan supaya mak berubah. Aku tahu aku bukan menantu yang baik tapi aku juga ada hati dan perasaan. Bila orang berkelakuan burvk kerap kali, lama – lama aku akan rasa tawar hati juga.
Mama dan papa melayan aku dan suami dengan baik. Tak pernah ftnh. Tak pernah menyusahkan. Siapa mak nak layan aku dengan burk? Moral of the story, elakkan tinggal dengan mertua bila dah kahwin kalau nak bahagia. Tak kiralah sebaik manapun mertua tu. Sebab mertua juga adalah manusia biasa dan bukannya maksum. Sekian. – Nur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ili Yani Ismail : “Aku rasa mak tak sukakan aku sebab dia dah tak dapat perhatian sepenuhnya dari suami selepas suami berkahwin dengan aku.” Bukan sebab dia tak dapat perhatian sejak anak dia kahwin lain, tapi rasanya start mak mertua awak hidup sendirian tanpa suami, dia rasa kosong dan takda tempat bermanja. Sebab dengan ex-wife suami awak pun mak mertua awak buat perngai kan?
Dengan anak menantu yang lain pun dia buat per4ngai. Lain macam betul mak mertua awak ni dan syukur awak seorang yang kuat, bertindak awal dengan berbincang dengan suami untuk pindah. Mak mertua awak lupa ka yang awak tu pun anak kesayangan mak ayah awak, suka hati nak ftnh nak skitkan hati anak orang. Kalau mak mertua anak saya nanti buat macam tu kat anak saya, memang saya gi simbah garam kat mak mertua tu! Amboiii, aku penat – penat mengandung, beranak, jaga anak aku smpai besaq, hang suka – suka nak anya ank aku.
Roshidah Nuruddin : Sebelum ni pun ada kes confessor mcm ni. Akak baca pun sedh, isteri akhirnya terpaksa minta untukm berpisah sebab si isteri tak mahu suami tersepit di antara kemahuan emak dan kebajikan isteri. Sekadar perkongsian. Akak pernah tengok di tv seorang peguam syariah menyatakan statistik perpisahan semakin meningkat disebabkan campur tangan orang ketiga iaitu mak mertua. Nauzubillahminzalik..
Shikin Ilyas : Hampir happy ending. Tahniah confessor sebab tegas dari awal, tak lembik dan tak mudah dipijak – pijak. Cuma kena bincang balik dengan suami bab suami cuma bayar bil, isteri bayar belanja rumah. Isteri digalakkan membantu suami. Besar pahalanya tapi jangan awal – awal terus ambil alih tugas suami. Biar suami rasa bermaruah sebagai suami yang tanggung makan minum isteri.
Nur Mustikarahman : Apa – apa pun anak – anak dah hantar mak duduk sorang – sorang dekat kampung tu. Selalu lah jenguk. Selalu bukan sebulan 4 kali. Kena selalu tengok. Dia sunyi. Cuba lah bertahan. Orang tua.. Berapa lama sangat lagi dia nak hidup. Dia lah juga berkrban menjaga suami korang tu. Sampai menjanda 30 tahun besarkan anak sorang – sorang. Takde ke plan lain nak bagi mak duduk dekat ke apa ke. Fikir – fikirkan lah ye.
Afida Alang : Dapat mertua yang baik adalah rezeki tapi dapat mertua yang sebaliknya. Hanya orang yang mengaIami sahaja yang tahu. Tentu ada sebab kenapa seniman P. Ramlee buat drama tajuk “ibu mertuaku”. Ketahuilah ibu mertua seperti itu masih wujud. Semoga kita nanti jadi mak mertua yang sayangkn menantu seperti anak sendiri. Pengalaman mengajar erti kehidupan.
Sumber KRT
Sumber : www.two.e-kesah.com via
Post a Comment