KUALA LUMPUR: Nama pelawak otai, Saiful Apek kembali hangat apabila gambar bersama bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang kelihatan cukup mesra menjadi bahan perdebatan warganet.
Dakwa warganet, foto yang dimuat naik Fiza di Instagram (IG) tidak sesuai dengan status dua selebriti yang sudah berkahwin. Lagi pun, ia tidak selari dengan imej Islamik Apek kerana jelas menunjukkan mereka saling bersentuhan.
ARTIKEL MENARIK:“Tkkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” Suhaimi Saad ‘backvp’ TokTi
Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusof berkata, gambar berkenaan dirakamkan ketika menjayakan program game show. “Kami tidak bersentuhan, tetapi persepsi nakal timbul disebabkan kedudukan sudut kamera ketika gambar dirakamkan. Sebenarnya, tangan saya diletakkan atas tempat pemegang kerusi, manakala tangan Fiza di bawah pemegang, tetapi nampak seperti kami bersentuhan, walhal ia tidak berlaku.
“Saya tidak berniat menimbulkan kontroversi dengan gambar ini. Seperti dinyatakan, provokasi timbul berikutan kedudukan kami ketika gambar dirakamkan hingga menimbulkan salah faham. “Saya tidak rasa perbuatan saya salah kerana gambar ini dirakamkan di tempat terbuka. Lainlah kalau saya rakam gambar di tempat tersorok, kemudian menyebarkannya dalam media sosial, itu tindakan bodoh namanya.
“Bagaimanapun, saya sedar, matlamat tidak menghalalkan cara. Jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dan berasakan perbuatan itu menjengkelkan, saya minta maaf. Memohon maaf adalah satu keberanian, memaafkan adalah satu kekuatan, manakala melupakan adalah kebahagiaan,” katanya kepada BH Online. Mengulas ada pihak memandang serong dan hilang hormat hanya kerana kejadian itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2003 berkata, perkara itu bukan kali pertama berlaku, tetapi sudah banyak kali.
“Sebelum ini, saya pernah dikaitkan dengan Fasha Sandha, Sabrina Ali dan terbaharu, Fiza. Jika hilang hormat terhadap saya hanya hanya kerana gambar ini, saya tidak boleh buat apa-apa. “Bagi saya, jika menghormati seseorang, bukanlah kerana kita kena hormat, tetapi kerana kita menghormati diri sendiri serta mengamalkan sikap berbaik sangka dengan semua orang.
“Tetapi, jika tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapan pasti, boleh mesej peribadi saya untuk bertanya dan saya akan menjawab segala kemusykilan,” katanya. Menjawab khabar angin yang mendakwa mengamalkan poligami, Apek berkata, dia sering dikaitkan dengan cerita panas seperti mempunyai orang lain, berpisah termasuk mengamalkan poligami.
“Sejak dahulu, apa sahaja berkaitan dengan soal peribadi saya lebih selesa untuk tidak menghebahkannya. Sejak 1994 hinggalah sekarang, rasanya tiada siapa pernah nampak wajah keluarga saya dipaparkan di dada akhbar. Ini berlaku kerana saya meletakkan batasan. “Jika perkara membabitkan kerja seperti kejadian gambar dengan Fiza, saya tiada masalah untuk menjawabnya.
Selagi atas nama kerjaya, nak geledah pun geledahlah. Saya tiada masalah. Tetapi, izinkan saya simpan kisah peribadi demi menghormati keluarga yang memang tidak mahu kehidupan didedahkan kepada khalayak. “Apapun jawapan yang diberikan, tetap tidak akan membawa perubahan apa-apa. Orang akan tetap menduh saya berbohong hanya kerana saya seorang pelakon.
Daripada membiarkan dosa bertambah, lebih baik saya tidak menjawab apa-apa. Lagipun, perkara ini tidak penting sebenarnya,” katanya yang baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem hantu Kuat Ketawa arahan Mawi. Filem bergenre komedi itu menggandingkannya semula dengan Syanie Hisyam, selain Along Cham dan Zarina Anjoulie.
Pemenang Anugerah Ikon Komedi Malaysia 2021 itu berkata, dia berbangga juga apabila masih menjadi bahan gosip dalam usia 52 tahun. “Rasa bangga kerana masih relevan (ketawa). Walaupun kelibat saya jarang kelihatan, tetapi orang masih bercakap pasal saya. “Saya tak pernah marah ataupun terkilan. Saya lebih selesa membiarkan masa menjawab segala-galanya. Jika berada di pihak yang benar, sampai masanya kebenaran akan terungkap juga,” katanya.
Sumber Bharian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://www.two.e-kesah.com/
Lama Menyepi Lepas Tular Foto Berpegangan Tangan Dengan Fiza Halim. Akhirnya Saiful Apek Tampil Jawab Persoalan Tentang Isu Tu.
Sebelum ini, tular sebuah foto ‘mesra’ pernah dikongsi melalui laman Instagram pelakon Fiza Halim yang dikatakan dia ‘berpegangan tangan’ dengan Saiful Apek. Foto tersebut secara tidak langsung mencetuskan persoalan ramai pihak mengenai hubungan antara kedua pelakon ini.
Terbaru, setelah sekian lama mendiamkan diri, akhrinya pelakon Saiful Apek tampil memberi respon berhubungan foto ‘mesra’ itu dan sekali gus memohon maaf atas kekhilafan yang telah mengundang spekulasi ramai. Pelakon Cicak Man itu mengakui menjalin hubungan rapat
dengan mana-mana pelakon yang telah menganggap dirinya sebagai ‘abang’. Dia turut memohon maaf kepada warganet dan berterima kasih kerana memberi teguran terhadap dia dan Fiza Halim di ruangan komen foto berkenaan.
Saya tidak menafikan benda itu memang berlaku. Saya juga tidak mengatakan yang perkara itu adalah sesuatu yang dibolehkan. Saya mohon maaf kepada mereka semua yang nampak dan tegur. Boleh dikatakan, saya memang rapat dengan ramai dan menganggap saya sebagai ‘abang’. Tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk sampai ke tahap macam tu kan.
Sementara itu, Saiful Apek turut menjelaskan mengenai foto yang kelihatan ‘berpegangan tangan’ bersama Fiza Halim. Katanya, mereka langsung tidak berpegang tangan malah, foto berkenaan di ambil dari sudut kamera yang menampakkan situasi tersebut berlaku.
Ada gambar tu yang nampak saya macam ‘berpegang tangan’ tapi sebenarnya tu memang angle. Tangan itu tidak bersentuhan langsung. Saya minta maaf kepada mereka yang salah taksif hubungan kami macam adik-beradik. Hubungan kami bukan satu rahsia pada suami beliau sendiri. Memang saya dah kenal dia dari mula saya bekerja dengan mereka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://ohbulan.com/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Fiza Halim Selamba Je Muat Naik Foto Mesra Dengan Saiful Apek Sampai Dikritik Teruk. Sekali Warganet Kantoikan Sesuatu Lepas Tengok Foto Dengan Suami Banyak Dah Padam.
Foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra telah mengundang pelbagai andaian warganet tentang status terkini bekas penyanyai kumpulan Elite itu. Fiza yang memuat naik foto tersebut ke akaun Instagram (IG) memberitahu, Saiful Apek merupakan pasangan kegemarannya dalam salah satu program televisyen.
“My forever couple seat… sifu Saiful Apek. Jangan hampakan hasrat pengurus kita,”katanya. Menerusi entri tersebut foto dilihat duduk rapat berlaga bahu dan bersentuhan tangan bersama Apek. Rata-rata mengkritik tindakan Fiza yang dilihat tidak sesuai dengan statusnya yang diketahui sudah berkahwin.
“Lain macam gambar ni, ada apa-apa ke?” tanya salah seorang pengikutnya. “Peliknya duduk rapat-rapat pegang tangan, suami fiza tak kisah ke? Jagalah batas isteri orang,” nasihat salah seorang warganet. “Allahuakbar, kalau dah suami isteri, tahniah ya Fiza, tak mungkin nak pegang-pegang tangan kalau bukan dengan yang dah halal..” kata salah seorang warga maya.
Bukan itu sahaja, warganet juga mula membuat spekulasi bahawa Fiza sudah kembali solo memandangkan foto bersama suaminya sudah pun dipadam dari laman sosial tersebut. “Rasa dah solo…tak kan lah dia ada suami dia berani pegang tangan macam tu,” teka salah seorang warganet.
“Macam dah single saja gambar suami pun dah tak ada, banyak dah padam,” speku salah seorang warganet. Pada tahun 2017, Fiza dilaporkan berkahwin kali ketiga dengan seorang juru terbang bernama Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata Aleena, 3 tahun.
Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan termasuk bersama penyanyi Adam AF. Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 12, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,11.
Sumber : Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.tehtarikkaw.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Gembira Bergelar Isteri Selepas Memegang Status Ibu Tunggal Selama Tujuh Tahun. Sabrina Ali Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Foto Perkahwinan Bersama Saiful Apek
Pelakon Sabrina Ali rasmi menjadi isteri sahabat baiknya sendiri selepas selamat bernikah dengan Wanji Aswandi, 42, pada Sabtu.Sabrina, 38, melahirkan rasa syukur dan berasa sangat gembira bergelar isteri Wanji selepas memegang status ibu tunggal selama tujuh tahun.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya gembira berkahwin dengannya
selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal,” kata Sabrina bahagia.
Sabrina
kemudian menceritakan detik awal perkenalan dengan Wanji yang terjadi
pada Ogos lalu, sebelum dilamar sebulan kemudian dan lamaran diterimanya
buat kali kedua pada bulan November.
“Kami berkenalan pada bulan Ogos lalu, sebelum ini saya memang anggap dia sebagai kawan baik kerana kami memang rapat dan saya banyak meluah dan berkongsi perkara dengannya.“Pertama kali Wanji melamar saya adalah pada bulan September, tapi ketika itu saya memberitahu saya perlukan masa untuk berfikir
“Kemudian dia melamar lagi saya pada bulan November, dan saya telah menerima lamarannya yang kedua ini.“Sebelum itu saya memang perlukan masa untuk berfikir, jadual penggambaran sebelum ini pun agak sibuk,” katanya lagi.Pada masa yang sama, Sabrina mengakui kes4l dengan artikel laporan Gempak sebelum ini yang memaparkan foto dia dan pelakon Saiful Apek memakai baju pengantin yang mencetuskan spekvlasi mereka ‘berkahwin’.
Menurutnya, ia bukanlah satu kebenaran (dia dan Saiful Apek berkahwin), sebaliknya ia hanya babak dalam lakonan mereka ketika itu.“Saya kes4l dengan artikel tersebut, saya dan Saiful Apek bukan berkahwin betul-betul, itu hanya babak untuk drama lakonan kami,” katanya.Apapun, Gempak mengucapkan tahniah kepada Sabrina dan suami, semoga rumah tangga sentiasa dikurniakan kebahagiaan oleh Allah SWT.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK
Selamat Bergelar Isteri Bekas Vokalis Handy Black Wanji Aswandi. Wanji Dedah Detik Perkenalannya Bersama Sabrina Ali Yang Ramai Tak Tahu
Pasangan ini mula rapat sejak empat bulan lalu.PELAKON Sabrina Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas vokalis kumpulan Handy Black, Wanji Aswandi pagi Sabtu lalu.Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.30 pagi.Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya pada sebelah petang dengan kehadiran 70 ahli keluarga dan teman rapat.
Wanji, 42, yang juga pengarah aksi lagk ngri filem Bunohan itu memberitahu, dia dan Sabrina sudah lama berkenalan mulai rapat sejak empat bulan lalu.”Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama.”Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin,” katanya kepada mStar.
Sabrina bersama tiga anaknya.Ini merupakan perkahwinan ketiga Sabrina atau nama sebenarnya, Sabrina Ali Dad Khan.Hasil perkahwinan terdahulu, Sabrina mempunyai tiga cahaya mata iaitu, Ariyana, 12, Syed Aryan Khan, 9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun.
Mengejutkan Bila Saiful Apek Dan Sabrina Muat Naik Foto Dengan Kapsyen Buat Warganet Tertanya. Akhirnya Saiful Apek Tampil Bersuara Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu.
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik foto berbaju Melayu putih bersama Sabrina Ali Khan. Malah, Saiful turut menulis kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai seakan-akan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon wanita itu.
“Syukur Alhamdulillah, selesai sudah,” tulisnya. Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi. “Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas. Sabrina yang pernah popular menerusi drama Gerak Khas itu turut berkongsi foto sama di Instagramnya. “Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Selesai sudah,” tulisnya.
Perkongsian foto-foto terbabit dihujani dengan ucapan tahniah selain ada yang turut berspekulasi pasangan itu hanya digandingkan untuk berlakon bersama. Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan rasmi dari Saiful dan Sabrina.Instagram: @saifulapek, @sabrina_ali_dad_khan.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: GEMPAK
Saiful Apek mahu cipta empayar seni keluarga
PELAWAK Saiful Apek, 50, mendedahkan pernah melarang dua anaknya Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 21, menceburi bidang seni sekiranya belum mempunyai ilmu dan persediaan secukupnya. “Suatu ketika dulu saya bercakap dengan mereka, kalau kamu belum cukup kenal diri sendiri, jangan duduk di barisan hadapan.
“Walau minat macam mana pun, kamu masih boleh duduk di barisan belakang tapi menghasilkan karya yang ‘sampai’ dan beroleh manfaatnya untuk diri sendiri. “Contohnya Datuk Ahmad Nawab, dia hanya main saksofon dan bukan penyanyi tapi semua orang kenal. Maksudnya sampaikan kreativiti seni itu tapi bukan di barisan hadapan,” katanya kepada Harian Metro.
Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff berkata, tanggungjawab berada di barisan hadapan sangat berat, namun dia tidak bertujuan menghalang anaknya meneruskan legasi seni apabila bersedia sepenuhnya. “Saya bukan menghalang tapi nak bagi mereka faham. Alhamdulillah, mereka dah bersedia dan akan masuk bidang seni selepas ini.
“Anak sulung sekarang belajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam. “Manakala yang kedua, akan dimasukkan dalam akademi muzik kerana dia meminati muzik. Dalam elemen ini juga sebenarnya tiada unsur paksaan. Saya tak nak anak buat sesuatu yang mereka tak faham,” katanya.
Pelawak yang popular menerusi sitkom Senario dan pelbagai filem komedi itu berkata, dia mahukan anaknya mempunyai ilmu sebelum melangkah masuk dalam bidang seni. “Seorang dalam filem dan animasi manakala seorang lagi dalam bidang muzik. Apabila mereka bergabung dengan saya nanti, tak perlu panggil orang lain lagi.
“Mereka akan menggerakkan syarikat keluarga kami. Contohnya seperti kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga beradik. Mana ada adik-beradik lain yang berjaya seperti mereka. “Begitu juga keluarga Bell Ngasri, Opie Zami serta Aziz M Osman di mana berjaya menguruskan syarikat keluarga dengan baik,” katanya.
Apek berkata, dia mahu mencipta empayarnya sendiri dalam bidang seni bersama keluarga. “Anak sulung bakal tamat belajar tahun depan dan saya akan mencarikan tempat untuknya menjalani latihan praktikal selama enam bulan. Dia bertanya saya mana organisasi yang paling bagus.
“Yang kedua pula, amat mengejutkan kerana berjaya menyiapkan dua lagu tanpa pengetahuan saya. “Daripada A hingga Z semuanya dia buat sendiri merangkumi buat lirik, susunan lagu, rakaman dram, gitar serta vokal. Saya terkejut apabila mendengar hasilnya,” katanya.
Dalam pada itu, Saiful Apek serta beberapa artis seperti Julia Farhana Marin dan Putra Amaris akan menjayakan Karnival Health Insurance Safety Conference & Expo 2019 (HISCE 2019) di Padang B, Plaza Angsana Johor Bahru pada 2 hingga 6 Oktober depan.
Program anjuran Klass Event Network itu menghimpunkan sektor keselamatan dan perlindungan di bawah satu bumbung untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat.
Kredit -
Post a Comment