GAMBAR SEKADAR HIASAN BAGI individu yang sudah berumah tangga, pastinya mereka sedaya upaya meluangkan masa untuk makan bersama keluarga, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Ini kerana, amalan makan bersama merupakan salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Namun lain pula halnya dengan wanita ini yang memendam rasa kerana suaminya lebih gemar berbuka puasa dengan rakan-rakan di luar.
ARTIKEL MENARIK:Wanita ni pelik mak anggap dia menantu atau madu. Dapat mertua selalu bandingkan dia dengan menantu. Akhir sekali ini yang jadi buat wanita ni tak tahan.
Luahan tersebut dikongsikannya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT). “Bukan berbuka dekat-dekat, tapi jauh-jauh. Lepas tu kita ni dengan anak-anak tak nak bawa pula berbuka luar jauh-jauh macam tu. Tapi sibuk nak berbuka dengan member-member. “Kononnya, bulan puasa setahun sekali nak jugak rasa berbuka dengan member. Begitulah jawapan dia,” demikian coretan wanita berkenaan.
Bukan niatnya mahu mengongkong, namun wanita itu berkata dirinya lebih gembira sekiranya si suami mengajaknya dan anak-anak untuk turut serta. “Kita ni nak keluar untuk ‘me time’ pun tak ada, dia sibuk nak keluar dengan member. Kemudian dia menjawab pula, cakap isteri member dia okay je, saya je yang pelik. Dia tu tak tahu, yang isteri member-member dia tu pun tengah makan hati.
“Korang yang lelaki mana kisah pun hati si isteri, mentang-mentang korang ketua keluarga kan, kalau korang nak keluar, korang keluar je kan. Bukan aku nak kongkong sangat suami, tapi aku sakit hati, “Kita duduk rumah, layan anak dia, nak enjoy macam dia tak boleh. Member-member pun tak ada. Ehh kalau aku ada member-member, lama dah aku tinggal anak-anak dekat rumah suruh kau jaga sorang.
“Biar kau rasa betapa sakitnya hati bila kena tinggal jaga anak dekat umah,” luahnya lagi. Menjengah ke ruangan komen yang sehingga kini meraih sehingga lebih 700 komen, ternyata perkongsian wanita tersebut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya melontarkan kata-kata nasihat dan pandangan kepada wanita berkenaan.
“Sekali sekala bagi sajalah. Tapi suami pun kena main peranan. Sebelum keluar berbuka tu pastikan segala urusan rumah, basuh baju, mop vacum, makanan untuk isteri anak-anak dah tersedia. “Lelaki jenis ni berlambak. Selama berbelas tahun kawin dengan dia bila ajak berbuka banyak je alasan, susah nak solat la, nanti lambat tunggu makanan la, bersesak orang la… tapi bila bab kawan-kawan, walaupun baru kenal sehari dua, wahhh.
Antara pandangan yang dilontarkan warganet berhubung perkongsian wanita berkenaan.
“Saya senang je. Ada masa suami ‘me time’ dan ada masa saya ‘me time’. Puasa ni dua kali suami berbuka dengan kawan-kawan dia. Lepas dari berbuka dengan kawan-kawan, dia bawa kami berbuka dekat luar plak. Lepas tu bagi saya pula ‘me time’ berbuka dan shopping dengan kawan-kawan,” demikian antara komen warganet.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Terpaksa Jadi Ketua Keluarga Kerana Dapat Suami Yang Tak Bertanggungjawab. Boleh Pulak Isteri Susah Payah Bekerja Suami Selamba Je Duduk Rumah Goyang Kaki.
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau post ni diapprove. Ni luahan hati aku tentang abah aku. Aku nak cerita pasal abah aku. Dah lama dah pendam benda ni sorang-sorang, menangis sorang-sorang. Jadi aku nak share dekat sini.
Abah aku ni tak macam ayah orang lain tau. Aku boleh katakan dia ni zero knowledge pasal tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Abah aku ni dah berhenti kerja sbg bus driver sejak 2016 rasanya. Jadinya dia jadi penganggur yang berjaya kat rumah.
Dah dekat 3 tahun mak aku yang tanggung makan minum dia. Mak aku punya la susah payah cari kerja nak tanggung anak2 dia yang masih bersekolah ni. Dah reverse tau dia punya role. Mak aku jadi ketua keluarga cari nafkah, dia goyang kaki dekat rumah.
Satu benda pasal abah aku kan ,dia ego sangat-sangat. Pernah sekali mak aku tegur dia suruh cari kerja lepastu dia marah tengking mak aku, dia cakap tak ada kerja yang dia boleh buat. Kalau mak aku tegur, mulalah dia nak ungkit yang mak aku guna kereta buruk dia bawak pegi kerja (btw mak aku kerja dekat kantin sekolah).
Lepas tu dia cakap dia dah taknak bagi mak aku guna kereta tu. Padahal kalau setiap kali kereta tu rosak, duit mak aku jugak yang keluar untuk baiki. Lepastu dia ungkit jugak yang mak aku kerja ni takde hasil apa pon, padahal makanan yang masuk dalam perut dia tu hasil titik peluh mak aku kerja dekat kantin tu.
Tiap kali mak aku balik kerja, pandai pulak dia cari makanan (makanan dekat kantin yang tak habis, mak aku bawak balik). Abah aku kan dia tak pernah beli barang-barang kat rumah tak kira la barang dapur ke, toiletries ke, apa2 jelah yang digunapakai kat rumah aku ni. Semua mak aku beli guna duit mak aku. Tak pernah mintak dengan dia. Kalau mintak, ungkitan yang diterima.
Mak aku ni kerja kantin je. Kalau bulan puasa, memang tak ada pendapatan yang masuk. Abah aku tahun ni dia dapat duit KWSP sebanyak RM50,000. Mak aku mintak la sikit duit untuk beli barang2 dapur dan nak baiki sikit dapur sebab dapur kat rumah memang dah uzur. Tapi abah aku ni, setiap kali mak aku nak duit, mak aku kena pinjam.
Maksudnya bila mak aku dah ada duit, kena ganti balik duit yang dia bagi tu. Tapi kalau dia pinjam duit mak aku,dia tak pernah bayar balik walau sesen. Korang lelaki kena ingat tau, duit suami ada hak isteri, tapi kalau duit isteri hanya hak isteri je. Walau kau pinjam, kau kena ganti balik. Nafkah lain, duit pinjam lain. Abah aku tak pernah bagi nafkah dekat kitaorang sebagai anak dan isteri dia.
Adalah jugak lepas dia berhenti kerja, dia menoreh getah dan tanam padi, tapi duit hasil tu dia tak pernah kasi kitorang (selalunya dia sorok). Aku dengan kakak aku belajar lagi. Kitorang dua beradik je. Aku kesian dekat kakak aku. Masa dia mula-mula nak daftar universiti beberapa tahun lepas, tak cukup duit nak bayar yuran. Mak aku dah bagitahu awal-awal dekat abah aku suruh simpan duit untuk bayar yuran kakak aku (masa ni abah aku still kerja as bus driver).
Kakak aku dapat second intake universiti. Jadi abah aku ingat kakak aku tak dapat masuk U dah, jadi dia guna duit tu buat beli phone baru untuk dia. Jadi masa nak daftar kakak aku tu, kalut lah mak aku sebab duit tak cukup. Punyalah tebal muka mintak dalam group whatsapp family dana untuk kakak aku ni. Mak aku menangis. Dahlah untuk beli barang persiapan kakak aku pun kais-kais duit mak aku cari.
Kakak aku cakap, kalau dia tahu awal-awal yang duit tak cukup untuk bayar yuran, dia dah tolak awal-awal untuk masuk universiti. Abah aku tak pernah tanya kitorang duit cukup tak untuk makan ke apa. Pernah kakak aku mintak duit awal sem sebab duit dalam beg ada 2 3 ringgit jer. Tapi akhir sem baru dia bagi. Tu pon dia bagi sekali je. Last-last mak aku kena kerja keras cari duit bankin dekat kakak aku.
Kadang kalau abah aku dah kasi duit untuk bulan ni dlm RM200 ke 300 (ni jer paling banyak yang dia bagi), kalau aku mintak bulan depan, dia dah tak bagi dah sebab dia cakap dia dah bagi bulan lepas. Aku dengan kakak aku kadang berjimat nak makan. Aku dekat kolej tu sekali sehari je makan sebab tak nak bebankan mak aku. Aku dan kakak aku sampai dah hilang tau hormat dkt dia. Dia tak pernah tegur atau ajar kitorang bab agama. Semua tanggungjawab tu mak aku yang pikul.
Korang mesti cakap kenapa kitaorang tak buat part time ke apa ke untuk tambah duit. Jawapan dia, mak aku tak kasi. Mak aku cakap, kalau nak belajar, buat cara nak belajar. Duit mak boleh cari. Tapi time cuti sem, kitaorang tolong dia kat kantin sekolah sambil cari duit poket.
Sebelum mak aku dapat lesen kereta, mak aku berhujan berpanas bawa motor hantar aku dan kakak aku pergi sekolah. Lima tahun aku, lima tahun kakak aku. Dekat 10 tahun sorang-sorang dia hantar ambik kitorang. Tak termasuk hantar dan ambik aku pergi kolej. Semua mak aku.
Mak aku (doakan mak aku dapat syurga yang tertinggi) kerja bangun pukul 4 pagi, lepas subuh dah gerak pergi kerja, pukul 3@4 petang baru balik. Abah aku? Dia lepas mak aku balik terus tanya mana makanan. Pernah aku dan kakak aku suruh mak aku mintak fasakh. Tapi entah, mak aku yang tak nak.
Sepanjang 19 tahun aku hidup, dia tak pernah beli apa-apa untuk aku,kakak aku dan mak aku. Baju ke apa ke dia tak pernah beli. Baju raya pon kadang-kadang aku dengan kakak aku kena merayu dekat dia nak duit sebab nak beli baju raya. Tapi duit yang dia bagi tu tak cukup dan tak pernah cukup. Terpaksa guna duit kitorang menabung + duit mak aku.
Ada sekali aku suruh abah aku beli burger. Lepastu dia tanya aku,mana duit nak beli burger. Dia mintak dengan aku weyy duit nak beli burger tu. Aku termarah dia sebab tak tahan sangat dah. Kadang kalau mak aku kirim dekat dia suruh beli roti ke, ais batu ke, dia mintak duit mak aku (even abah aku makan jugak bendalah tu). Kalau duit mak aku bagi tu ada lebih, dia ambik tau duit tu.
Kesian mak aku, kadang menangis sorang-sorang. Semua benda tanggung sorang2. Hutang apa semua tu kena bayar sendiri. Baju untuk pakai harian pon boleh kira ada berapa helai je sebab mak lebih pentingkan anak-anak. Nak beli baju sehelai yang kat pasar tani tu pon kena fikir banyak kali. Emas tak ada seutas pon dekat tangan sebab setiap kali menabung nak beli, kena guna duit tu sebab tak cukup duit nak beli barang dapur.
Mesti korang tertanya-tanyakan takkan takde benda baik yang abah aku buat. Entah. Aku pon tak ingat ada ke tak sebab sikit sangat atau tak ada langsung. Setakat ni je kut aku cerita. Banyak lagi sebenarnya tapi tak pelah. Tapi sebelum tu aku nak bagi pesanan,
buat lelaki2 dekat luar sana, sebelum kau nak kahwin, kau hadam dulu betul2 tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga. Kalau tak ada ilmu, tak payah kahwin, nanti kesian anak bini jadi sasaran. Kau pon nanti dekat akhirat rebeh tau bahu kiri tu punyalah berat kalau abaikan kau punya tanggungjawab. Buat wanita pulak, pilih bakal suami elok2. Mak aku dah salah pilih suami. sakit. Tak ada tempat nak bergantung. Sekian.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Suami Bukan Orang Senang. Satu Hari Tu Kantoi Dia Keluar Dengan Perempuan Lain. Terkejut Bila Tiba Tiba Lepas Kantoi Isteri Pula Yang Kena Halau Keluar Dari Rumah.
Aktivis terkenal, Syed Azmi menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi luahan sedih seorang wanita apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain. Lebih menyedihkan, wanita tersebut turut diusir keluar dari rumah yang didiami bersama suami tercinta.
Dihalau oleh suami
“Baru-baru ni saya telah dihalau dari rumah oleh suami. Punca? suami saya kantoi keluar dengan perempuan lain. dan dah beberapa kali “perempuan” ni guna alasan bantu suami saya. Untuk pengetahuan tuan, suami saya orang miskin sebab hidup dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.”
Menurut wanita tersebut, dia boleh menerima suaminya meskipun hidup dalam keadaan miskin. Cuma, dia tidak boleh menerima sikap suami yang setiap hari ‘memki’ dirinya termasuk menyebut hal mengenai perpisahan. Angan-angan beliau tinggi. Macam-macam nak buat.
Saya support apa jua yang beliau nak buat. Tapi sebab maki hamun yang hampir setiap hari menjadi pelru hidup pada saya. Depan rezeki pun mki. pendek kata, mki tu memang zikir harian dia. Dia telefon dan hantar mesej halau dekat saya.
Masa itu saya berada di Kota Bharu manakala suami di Kuala Lumpur. Dia bagi alasan pergi tengok anak dengan bekas isteri sedangkan dia tengok anak tu 5 hingga 10 minit sahaja. Tambah wanita tersebut, suaminya sangat lembut tutur bicara jika bersembang dengan orang lain. Tapi jika dengannya semuanya berubah. Jelas wanita itu lagi, dia dihalau keluar dari rumah semasa si suami sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak-anak dengan bekas isterinya.
Tak boleh ada perasaan penat dan letih
Tahun lepas sebelum PKP pun dia buat saya sampai tak betul. Nak bincang elok-elok memang tak ada. Saya tak boleh ada perasaan penat atau sedih nak mengadu dekat dia. Saya bangun 5 pagi setiap hari, nak tidur awal 10 malam kena perli.
Saya makan ubat bp tinggi. Saya sangat tertekan. Dia balik rumah, saya menggigil tangan takut ada silap. Saya tak tahu apa silap saya. Anak dia pun dia boleh halau, inikan pula saya yang dia kutip di longkang. Wanita itu juga memberitahu bahawa dia sangat tertekan sehingga menghidap penyakit bp tinggi. Ujarnya lagi, perkongsian yang diluahkan ini sekadar pengajaran buat wanita di luar sana.
Kini, wanita tersebut sudah keluar dari rumah berkenaan dan mengikut segala arahan yang ditetapkan oleh pihak peguam. Jelas wanita itu lagi, dia tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan, tetapi dia yakin Allah akan memberikan rezeki selepas ini.
Berikut perkongsian penuh wanita tersebut
“baru-baru ni saya telah dihalau dari rumah oleh suami. punca? suami saya kantoi keluar dengan perempuan lain. dan dah beberapa kali “perempuan” ni guna alasan bantu suami saya. utk pengetahuan Tuan SA. suami saya orang MISKIN dan dia ada follow fb Tuan SA. kenapa saya kata miskin? sebab dia memang miskin. hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. maaf sebut.
hidup dalam keadaan miskin tu, saya boleh terima. kalau saya tak boleh terima, takkan saya sanggup menikah dengan dia. rezeki tak pernah putus. beras, ayam ikan sentiasa ada atas meja. saya tahu saya juga ada buat silap. TAPI kalau hampir setiap hari dimaki? hampir setiap hari ada je salah? dan hampir setiap hari sebut pasal pisah…
siapa tak GLA? angan2 beliau tinggi. macam-macam nak buat. saya support apa jua yang beliau nak buat. TAPI sebab mki hamun yang hampir setiap hari menjadi pelru hidup pada saya. depan rezeki pun MKI. pendek kata, mki tu memang zikir harian dia.
dengan orang lain memang lembut tutur bicara. TAPI dengan anak isteri segala perkataan keluar. itukah seorang suami? itukah seorang ayah? dia call & msg masa halau tu. saya berada di rumah kota bharu manakala suami di KL masa tu. alasan dia pergi tengok anak dengan bekas isteri sedangkan dia tengok anak tu 5-10min sahaja.
dah banyak kali sebenarnya dia cakap, nak pisah, nak pisah. dia dah bosan ada tanggungjawab. kena pergi market beli lauk, kena bayar bil api. tiada siap beri dorongan utk keluar sbb mkian dan hinaan beliau beri terlalu teruk. hampir setiap pgi bila dia bangun je, saya dah takut. sebab takut salah buat sarapan. takut salah buka air. kadang nak membuang air pun kena tahan tuan. kena bagi dia takda dekat rumah, baru selesa.
last year sebelum pkp pon dia buat yg sama. sampai tak betul saya dibuatnya. tak tahan kena torche. nak bincang elok2 memang takda. saya x boleh ada perasaan penat ke sedih ke nak mengadu2 kat dia apa2. nak nap kejap tenghari pon tak boleh. abis dia ungkit.
saya bangun dari jam 5pagi setiap hari, nak tidur awal 10malam kena perli. sudahla saya makan ubat bp tinggi. tertekan tuan sangat tertekan. dia balik rumah dari mengutip barang lusuh saya jadi gigil tangan, takut ada silap. lambat buka pagar pun macam tu…. abis segala perkataan keluar.
kdg sampi saya tak tahu apa silap saya. akhir2 sebelum keluar rumah, saya lwn juga. saya kata apalah salah saya lagi, sampai mki2 macam tu.. kadang2 luar rumah bising. motor rempit la, org welding la. dia tak boleh tido, terus la dia jadi moody crancky dan yanh jadi sasaran saya.
anak dia sendiri dengan isteri pertama pon dia boleh halau tuan. inikan pula saya yang dia kata bukan siapa2. yg saya duduk tu bukan rumah saya, saya ni menumpang sahaja. dia kutip saya dari longkang. apa saya tulis disini untuk pengajaran. saya memang dah keluar dari rumah. lepas ni, saya ikut arahan lawyer. yer saya takda kerja, saya takde pendapatan tapi saya kena percaya pd Allah.
pasal duit makan memang saya ade lagi. hasil niaga on9 sikit2 sebelum ni. rumah kawan saya bg tumpang kebetulan dia tidak bekerja di KL. dan rumah ni kosong. so dia minta saya duduk sahaja. bayr bil api air sahaja. bulan depan saya mula terapi kaunseling semula. sbb tekanan akibat dimki setiap hari. doakan saya kuat semula.
doakan saya mampu survive dalam kehidupan akan datang. *saya sertakan beberapa screensht dari suami saya. mohon tuan jangan publish ye. sekadar bacaan pihak tuan. Terima Kasih banyak2 sudi membaca msg saya.”
Berikut reaksi dari pembaca
‘Puan, tak dak benda paling nikmat melainkan kebahagiaan diri sendiri. Bahagia tak semestinya kena berpasangan. Dan saya percaya, puan buat keputusan yang bijak. Bila puan gembira, insyaallah anak anak pun akan gembira. Wish u all the best puan
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber: Syed Azmi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment