KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 39, tidak menolak ada pihak cuba mengambil kesempatan menjatuhkan nama baik dalam kemelt rumah tangga dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid. Belum reda kontrversi pernikahannya, Serina dikatakan terbabit dengan sndkt, baru-baru ini.
Serina sudah membuat laporan polis menganggap fitnh dikaitkan dengannya tidak masuk akal, selain cubaan menjejaskan kerjaya dan perniagaan telekung, Serina Inspire yang dibina sejak dua tahun lalu. “Apa yang keluar dalam laman web dan media sosial semuanya tak betul. Saya anggap cubaan menjatuhkan nama baik dan reputasi perniagaan yang dimiliki.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik gambar anak sempena hari jadi anaknya. Tapi wajah anak pulak jadi tumpuan warganet sampai petik nama bekas suami. Sekali ini respon Rita Rudaini.
“warganet pula tidak berhenti melemparkan pelbagai kata nista, seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di sebalik kehidupan saya selama ini. “Namun, apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran. Saya perlu bangkit meneruskan perjuangan kerana ini jalan yang saya pilih. Tidak mengapalah, ini dugaan besar saya,” katanya kepada BH Online.
Serina berkata, apa yang berlaku biarlah berlalu, dirinya juga enggan larut dengan kata kata yang dilemparkan. “Saya tidak mahu bisnes dibina daripada kosong musnah begitu sahaja. Tambahan pula, banyak mulut perlu disuap terutama aspek kebajikan ejen dan pekerja.
“Saya memang menaruh harapan tinggi untuk menjadikan dunia perniagaan sebagai periuk nasi utama selepas peralihan daripada dunia seni yang sekian lama diceburi. “Ada yang menganggap saya mengambil kesempatan menerusi kontroversi berlaku untuk melariskan bisnes. Sedangkan, bukan setahun dua saya menceburi bidang perniagaan. Saya langsung tiada niat seperti yang disangka,” katanya.
Katanya, dia memilih bisnes telekung kerana ia boleh mengingatkan dirinya menjaga solat dan terus beristiqamah mendekatkan diri dengan Allah. “Pembabitan saya dalam bisnes telekung ini bukan dibuat secara tergesa-gesa dan ingin mengambil kesempatan atas kerjaya sebagai selebriti.
“Selain berdakwah secara halus, sedikit sebanyak bisnes telekung memberi peringatan kepada saya mengenai kepentingan menjaga solat. Kita semua tahu solat adalah tiang agama,” katanya. Terdahulu, Serina mencetuskan kontrversi apabila didkwa berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan bapanya, chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Keadaan semakin panas apabila bekas isteri Meor Mohammad Aidid mengatakan belum berpisah ketika Serina dan suaminya berkahwin di Perlis, selain tidak mendapat kebenarannya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : BH
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Syukur Sebab Dah Keluar Dari Hidup Dia. Terkedu Bila Tiba Tiba Suami Serina Luahkan Kata Kata Ni Buat Warganet Tertanya Tanya.
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai penikahan pelakon Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin. Menafikan Serina punca keretakan rumahtangganya dengan Nur Hamizah Shaffee, Aidid berkata hubungannya bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.
“Serina bukan punca keruntuhan rumahtangga kami kerana terus terang, hati saya ini sudah lama tertutup buatnya (Hamizah). “Satu fakta yang saya tak boleh nafikan, sewaktu bernikah dengan Serina, Hamizah masih lagi isteri saya. Namun tidak timbul soal bermadu kerana kami berpisah secara sah pada 9 Mac lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Aidid turut meminta bekas isterinya itu berhenti menyalahkan Serina. Aidid berkata dia berhak untuk bahagia dan meluahkan rasa syukur sudah bebas daripada bekas isterinya. “Saya kenal Serina sekitar setahun lalu. Saya berhak untuk bahagia dan ada masa depan yang lebih baik dan bersyukur kerana sudah keluar dari hidupnya dan bekas keluarga mentua yang sering mempergunakan saya untuk kepentingan perniagaan kolej mereka.
“Jadi berhentilh berpura2 jadi sasaran. Tak perlulah sampai tahap nak buka cerita lama dan mencari perhatian media. Hentikan segala tohmahan dan hormati kerjaya saya sebagai polis,” katanya. Jumaat lalu, Serina mengumumkan perkahwinannya menerusi Instagram. Bagaimanapun, bapanya Chef Wan berkata pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya dan mendakwa Serina berkahwin di Thailand.
Sumber : utusan online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://sinetronmalaya.com/
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Berbulan Bulan Bekas Isteri Tak Pedulikan. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Suami Serina Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Dia Berpisah Dengan Bekas Isteri
K0NTROVERSI perkahwinan Serina Redzuawan dengan pegawai polis bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin memasuki episod baharu apabila suami kepada aktres itu tampil membuka mulut mengenai situasi sebenar.
Biarpun mengakui berkahwin dengan aktres tersebut ketika masih bergelar suami orang, namun Aidid menafikan dkwaan bahawa Serina menjadi punca perpisahan dengan bekas isteri Nur Hamizah Shaffee, 34.
Sebaliknya, kata Aidid hubungan perkahwinan yang dibina dengan wanita itu sudah lama reTak menunggu blah dan dia juga sudah tawar hati dengan bekas isterinya itu. “Hubungan saya dan dia (Nur Hamizah) sudah bertahun lama bermasalah dan hambar. Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina bulan Februari lalu.
“Tapi Serina bukan punca kami berantakan. Benar ketika berkahwin kali kedua, dia masih isteri saya. Itu fakta yang saya tak boleh nafikan. Lagipun pada masa sama proses tuntutan pisahdi mahkamah memakan masa.
“Kami hanya berpisah secara sah pada 9 Mac lalu. Kini hanya Serina isteri saya, tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu itu,” kata Aidid menerusi satu kenyataan kepada media pada Isnin. Menerusi laporan eksklusif mStar pada Ahad, Hamizah mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Menurut Hamizah, dia dilepaskan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu. Pada Isnin, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis sudah membuka kertas siasatan yang diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan Aidid sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.
Berikutan isu tersebut, Aidid memberitahu dia sudah bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan dia berkahwin kali kedua tanpa kebenaran. “Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab!” ujarnya.
Sementara itu, Aidid juga berkata dia berasa kecewa dan ralat dengan d4kwaan bekas isteri pertamanya mengenai hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah. “Kami menjalinkan hubungan rumah tangga secara jarak jauh atas tuntutan kerja. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab.
“Selain rumah tangga bermasalah, perkahwinan saya dan dia juga ada campur tangan keluarganya. Hati suami mana yang boleh tahan sabar apabila isteri tidak menghormatinya “Balik jenguk saya pun susah. Berbulan-bulan saya terbiar tanpa dipedulikan perasaan dan kebajikan diri. Makan pakai saya pun tak terjaga. Ibu bapa dan kawan saya jadi s.aksi hidup ini macam orang bujang,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Serina, 38, menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan sudah bernikah dengan Aidid, 34, namun pengumuman tersebut mengejutkan bapanya, Chef Wan yang tidak mengetahui perkara itu. Untuk rekod, Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Ketua Polis Perak mula bersuara
IPOH: Pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dalam kontroversi perkahwinannya bersama pelakon, Serina Redzuawan tidak bertugas di Kontinjen Perak. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pegawai berkenaan telah bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2019 sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan S.iasatan (JSJ).
“Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019. “Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah terima tugas Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan S.iasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di sini hari ini.
Menurut beliau, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit sekiranya siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran berkahwin dua daripada pasukan. Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, difahamkan perkahwinan pasangan itu didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
“Bergantung kepada siasatan (bentuk hkman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis,” katanya. Semalam, menerusi laporan sebuah portal, seorang wanita mendakwa dia masih bergelar isteri kepada pegawai polis terbabit semasa bekas suaminya melangsungkan perkahwinan dengan Serina.
Dkwa wanita itu, pasangan berkenaan dipercayai bernikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari lalu sebelum dia pula dilepaskan pada 9 Mac lalu. Sehubungan itu, wanita berusia 34 tahun yang merupakan pensyarah sebuah kolej di Kampar membuat aduan kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu kerana mendkwa perkahwinan itu berlangsung tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.
Sumber: Chef Wan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Perkahwinan Semakin Panas. Lepas Chef Wan Kali Ni Giliran Bekas Isteri Inspektor Pula Bongkarkan Cerita Sebenar Buat Mereka Terkedu.
EPISOD kontroversi pernikahan Serina Redzuawan dengan lelaki bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin nampaknya semakin rumit apabila ia didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama. Tampil menjelaskan situasi sebenar, wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.
Malah Hamizah juga menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis. “Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menpu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.
“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah kepada mStar. Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun menurut Hamizah dia dilepaskan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan p0lis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat p0lis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.
“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syk mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari. “Pada 9 Mac lalu, saya dilepaskan dengan talak satu. Cukup sebulan kami berpisah, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.
Bagi mengukuhkan lagi dakwaan, Hamizah turut berkongsi salinan aduannya kepada mStar yang dibuat terhadap Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak pada 2 Mac lalu. Menerusi aduannya, Hamizah berkata pada 18 Februari lalu dia dimaklumkan oleh Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina.
Hamizah turut menyatakan di dalam aduannya bahawa perkahwinan itu berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama. Untuk rekod JIPS PDRM berfungsi bagi memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Hamizah memberitahu dia juga cuba menghubungi bapa Serina iaitu cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bagi menjelaskan perkara sebenar namun usahanya tidak berjaya. “Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.
“Chef Wan langsung tidak bersalah dalam hal ini… saya harap warganet pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ujarnya. Sebelum ini Chef Wan meluahkan rasa kesal apabila mendakwa Serina sudah menikah di negara jiran tanpa pengetahuannya.
Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram pada Jumaat lalu. Serina bagaimanapun tampil memberitahu bahawa kenyataan bapanya itu adalah tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan Aidid diadakan di Malaysia.
Aktres berusia 38 tahun itu juga berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga. Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan berpisah talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: mstar
Dikatakan Memburukkan Ahli Keluarga Sendiri. Chef Wan Tampil Mohon Maaf Dan Dedah Perkara Sebenar Yang Terjadi
Datuk Redzuwan yang merupakan cef selebriti terkenal atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan telah meminta maaf sekiranya belai dianggap seperti mahu mengaibkan ahli keluarga sendiri selepas membongkarkan pelbagai isu berkaitan pernikahan anaknya iaitu Serina. Jelas Chef Wan, dia bertindak sedemikian selepas Serian sendiri umumkan pernikahnnya tanpa pengetahuannya dan ia sebagai penjelasan kepada semua sebagai bapa kepada Serina.
“Ucapan terima kasih tidak terhingga to all my fans for all their encouraging words asking me to be strong.“My apology juga to those who think saya aibkan anak sendiri.“For me as her nikah was already announced on the IG naturally I had to explain the truth,” ujarnya. Difahamkan Chef Wan membuat permohonan maaf itu di akaun Instagram miliknya.Tambahnya apa proses pernikahan sekalipun, Chef Wan agak kecewa apabila mendakwa Serina dan suaminya pegawai polis, Meor Mohammad Aidid cuba berbohong atau menyembunyikan sesuatu.“Nikah sempadan tak berdaftar ke nikah di Siam ke the honest truth is already done probaby months ago while he is still married to the first wife.
“Depan saya dua-dua bohong saya hidup-hidup berlakon minta restu konon. Dah Nikah tu mengaku aja lah kan.“Tuduh orang fitnah nak rosak keluarga dan sebagainya to cover their asses for what? Bangkai gajah tu lama-lama pun bau busuk.“As a celebrity my life is like an open book these days. Buat perkara itu semua hanya malu kan saya,” jelasnya lagi.Tegas Chef Wan lagi, urusan pernikahan itu sepatutnya tidak membelakangkan ibu bapa.“Jangan membelakangkan emak bapak dengan urusan nikah dan kahwin ini.
Nasihatnya lagi, Banyak betul cerita yang kita dengar di akhirnya hidup mereka tak selamat.“Be respectful of Ibu dan bapa kita,” Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand. Ini kerana susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.
Serina turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.Bagaimanapun, mereka berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.
Serina terangkan situasi sebenar
Melalui satu lagi perkongsian daripada Serina, katanya dia tidak bernikah di Siam seperti diperkatakan ramai. Mereka bernikah di dalam negara secara tertutup.
Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta warganet jangan mudah nak hkm orang lain dengan menambah fitnh kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
*Jadi berhentilah buat tudhan serta fitnh , besar dsa nya nak menjawab di akhrat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentm org lain. Secara jujur papa dah tau kami nikah i dah maklum kan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.
Also i nak jelaskan Suami i bukan suami orang duda , sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menudh Suami i yang tak benar. I pun terkejvt papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak,
Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengmpat, ftnah dan mki hamn org lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis. Memang I akui ramai yg hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur.
I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat.
Apa pun i maafkan org yang ftnah dan cuba hncurkan keluarga kami moga Allah beri org ini hidayah. Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.
Moga ada jalan penyelesaian di antara Serina dan ayahnya. Apa pun, tahniah diucapkan buat Serina dan suami atas pernikahan ya! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: KOOLFM
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Kredit -
Post a Comment