Muat naik gambar anak sempena hari jadi anaknya. Tapi wajah anak pulak jadi tumpuan warganet sampai petik nama bekas suami. Sekali ini respon Rita Rudaini.

Muat naik gambar anak sempena hari jadi anaknya. Tapi wajah anak pulak jadi tumpuan warganet sampai petik nama bekas suami. Sekali ini respon Rita Rudaini.

Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah. Pelakon Rita Rudaini telah membesarkan kedua-dua anaknya tanpa banyak perhatian oleh bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidl Zafuan.

Muat naik gambar anak sempena hari jadi anaknya. Tapi wajah anak pulak jadi tumpuan warganet sampai petik nama bekas suami. Sekali ini respon Rita Rudaini.



Pada 29 April 2021, pelakon tersebut telah memuat naik satu video di Instagramnya bersempena hari jadi anaknya yang kedua, Airit Qaqa Arjuna.

ARTIKEL MENARIK:Isteri sebak tengok berita tentang keluarga mereka yang terlibat dengan Kri Naggala. Akhirnya Ustaz Ebit nekad nak bagi bantuan. Terkejut besar jumlah yang Ustaz Ebit Lew bagi pada mereka.



Rita menulis pada ruangan caption:- “Tepat jam 1.26 tghari harini 29/4/2011…mommy lahirkan seorg bayi comell putih melepak mcm mommy dia n muka yg ke2 ni ALLAH bg pulak follow muka mommy..adil kan… Xde apa yg mommy harapkan…setiap hari,setiap tahun mommy brdoa supaya AIRIT QAQA ARJUNA BIN MOHAMAD AIDIL ZAFUAN di beri kesihatan yg baik, di kurniakan akhlak yg baik, bijak dlm ALQURAN, pelajaran dan hidup, jd seorg muslim yg taat pd perintah NYA…. Selamat hari lahir anakku @airitqaqa727″

Selain memberitahu tentang kelahiran anak keduanya pada 10 tahun lalu, Rita turut berkongsi bahawa wajah anaknya itu adalah iras dirinya dan bukan Aidil. Ini kerana anak sulung beliau dilihat mirip dengan pemain bola sepak tersebut. Sementara itu, Rita menuliskan ucapannya buat Airit Qaqa Arjuna bersempena ulangtahun kelahirannya. Pada ruangan komen pula, ramai yang tinggalkan pendapat mereka untuk perkongsian berkenaan.



Semoga Rita terus berbahagia bersama dua orang puteranya. dapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hebat Betul Semua Benda Dia Reti Buat. Rita Rudaini Muat Naik Gambar Siapkan Surau Sendiri. Ramai Yang Kagum Bila Tengok Kegigihan Rita Rudaini.

Bulan Ramadan ni sememangnya merupakan bulan bagi umat Islam mengejar mengerjakan amal ibadah. Waktu siang dipenuhi dengan jadual bekerja, manakala waktu malam dipenuhi dengan jadual mengerjakan ibadah sunat seperti solat tarawih dan juga membaca Al-Quran.

Tentunya kita mempunyai pilihan untuk melakukan ibadah-ibadah ini di masjid, surau atau di rumah. Terpulang kepada keselesaan masing-masing. Bagi mereka yang selesa untuk melangsungkan ibadah mereka di rumah, tentu terdetik harapan untuk menyediakan satu ruang khas seperti surau kecil di rumah.

Kalau hari tu kita lihat Dato’Sri Siti Nurhaliza punya surau di rumah yang sudah siap dibina, kali ini kita lihat pula bagaimana reka bentuk surau Rita Rudaini. Apa yang istimewanya, surau ini dihasilkan dan disiapkan sendiri oleh Rita Rudaini secara do it yourself atau disebut DIY. 

Mungkin apa yang ditunjukkan oleh Rita ini sama seperti perumpamaan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ Meninjau di ruangan komen pula, ramai yang memuji usaha Rita, atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar menyiapkan sendiri ruangan solat di rumahnya.

Dalam video pendek yang dikongsikannya itu, dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat itu dan menghiasinya dengan frame tertulis kalimat suci Al-Quran.  Sementara itu, rata-rata wargamaya termasuk rakan artis berasa kagum dengan kesungguhan Rita.



Tidak kurang juga ada yang terinspirasi dengan apa yang dilakukan oleh Rita dan merasakan surau mini di rumahnya itu cantik dilihat. Kalau Rita boleh lakukannya sendiri, mungkin kita juga boleh lakukannya. Tapi haruslah bersesuaian dengan bajet. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  :  https://www.koolfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Letak Gambar Bekas Suami Dalam Family Tree Anak. Ada Warganet Persoalkan Tindakan Rita Itu Dan Anggap Rita Masih Belum Move On

Macam yang kita semua sedia tahu, Rita Rudaini merupakan ibu tunggal yang kini membesarkan dua anak bersamanya. Baru baru ini, Rita berkongsi perkembangan anaknya di laman IG iaitu AIrit Rayyan Rizqin dan difahamkan Rayyan diberi homework oleh gurunya untuk lakukan carta keluarga atau family tree bersertakan dengan gambar. Oleh itu, perkara ini mungkin akan jadi janggal kerana Rita dan bekas suaminya , Aidil Zafuan sudah lama berpisah dan perhubugan mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.

Namun begitu, Rita Rudini nampaknya bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya itu dalam carta keluarga. Jika dilihat di ruangan kapsyen“Family tree lagi …mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy..tp mommy takut ticer adik pengsan pulak ”Perkara itu turut mendapat perhatian ramai warganet yang turut memberikan pendapat mereka, malah ada yang merasakan Rita berhak mendapat lelaki yang lebih baik.

Menerusi ruangan komen, ada juga yang mempersoalkan perbuatan Rita yang dianggap seolah-olah masih tidak boleh ‘move on’  dengan bekas suami, namun ramai yang menyokong beliau kerana pada pendapat mereka, bekas suami pelakon berkenaan tetap ayah kandung yang sah, jadi tidak salah untuk Rita meletakkan gambar beliau di carta keluarga tersebut. Buat mereka yang pernah mengalami perpisahan atau ibu bapa berpisah, pasti tahu betapa sakit untuk lalui perkara-perkara seperti ini.


Warganet Persoalkan Rita Rudaini Hantar Anak Anak Ke Sekolah Swasta. Sekali Ini Respon Rita Terhadap Isu Ini

Terdahulu, isu nafkah anak Rita rudaini pernah heboh di kalangan warganet . Dan baru baru ini, ada warganet yang mempersoalkam kenapa Rita Rudaini sanggup menghantar kedua dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna ke sekolah swasta sekiranya telah mengetahui wang nafkah dari suaminya tidak mencukupi.

Berdasarkan di IGnya “Ada pula yang kata. Duit RM3,000 ni cukup. Bagi yang cukup, cukuplah dia. Tapi betul ke cukup? Kira betul-betul. Walaupun ada yang mempertikai saya hantar anak bersekolah di sekolah swasta. Ada yang cadangkan saya hantar mereka ke sekolah kerajaan.”Apa ingat sekolah kerajaan seringgit je ke? Sekolah kerajaan sekarang tak macam zaman kita dulu.”Walaupun sekolah kerajaan, kerja sekolah kena print, kena ada printer dan juga laptop. Zaman kita dulu semua cikgu sediakan tapi sekarang semua kena buat sendiri,” 

Malahan, Rita memaklumkan tindakannya yang menghantar anaknya ke sekolah swasta kerana merasakan dirinya mampu dan bukan untuk berlagk. Jelasnya, “Saya pilih sekolah itu sebab ciri-ciri keselamatan dia memang kett. Bukanlah niat saya nak kata sekolah kerajaan ni tak ketat tapi kita pun nampak macam bila tamat sesi persekolahan, ramai yang duduk di luar pagar.”Macam di sekolah anak saya, tak boleh berada di luar pagar. Mereka kena ada di dalam kawasan sekolah. Ibu bapa datang ambil dan cikgu pula lepaskan sorang-sorang. Itu yang saya nak sebenarnya,”

Pada masa yang sama, Rita menjelaskan yang dia tak pernah terdetik di hatinya untuk ungkit kembali soal pemberian nafkah anaknya. Dia berkata dia dah lama berbuat sedemikian jika dia berniat begitu. Terakhir sekali, dia memaklumkan, “Saya pun tak pernah pergi ke mahkamah buka fail baru. Jadi tiada isu tetapi pihak di sana yang mulakan dulu. Masa tu dia tak sebut amaun berapa jadi saya pun sebutlah,”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Simplehijab dan Apam Pink Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ajak Ibu Tunggal Di Luar Sana Supaya Tidak Bersedih Dan Bangkit Bagi Meneruskan Kehidupan. Rita Rudaini Kongsi Kekuatannya

Baru baru ini, Rita Rudaini di IGnya berkongsi kekuatan kepada semua golongan ibu tunggal yang senasib dengan dirinya supaya terus kuat dan melihat apa yang belaku dari sudut positif. Berdasarkan perkongsian Rita, dia mengajak golongan ibu tunggal supaya menikmati apa yang ALlah swt berikan.



Loading...


Foto: IG “Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih. “Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah,” tulisnya. Tambahnya, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal.

So utk singlemom yg ada DM sisturr mintak kekuatan,tgh bersedih,tolong bangkit dan sedar ‘ia’ adalah 1 hadiah yg xternilai yg korang mmg xnmpk apa yg ada di dpn tp DIA lebih tau apa yg dia beri pd kita …percaya pd perancangan ALLAH…*hat ada laki xyh la galak nk jd singlemom pulak  masing2 ada bahagian masing2..tp kena ingat,suami n anak2 tu hanya pinjaman sj..xyh dok sombong sgt ‘aku berlaki,kau ade??’ ‘Laki aku syg aku’  mti nnti pon hang dlm kbuq sorg2 jugak bukan dok berketui dgn laki hang 


“Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa,” tulisnya.Dalam hantaran itu juga, pelakon filem Mami Jarm dan Mami Jarum Junior itu juga mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan.

“Jadi, kepada ibu tunggal yang menghantar mesej kepada saya minta berkongsi kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar bahawa ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai, yang anda memang tak nampak apa yang ada di depan, tapi Dia lebih tahu apa yang Dia beri kepada kita. “Percaya kepada perancangan Allah,” tulisnya. 

Akhir sekali Rita berpesan kepada wanita yang bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak itu hanya pinjaman di dunia. “Yang ada suami, tak payah ‘galak’ nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat, ‘Aku berlaki, kau ada?’, ‘Laki aku sayang aku’,”


Dikatakan Terhegeh Kan Bekas Suami. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Rita Rudaini Tampil Bersuara Lantang Beri Respon Padu Buat Warganet Terkedu.

KUALA LUMPUR: Aktres, Rita Rudaini menyngkal kata kata ‘gla talak’ dan ‘terhegeh-hegeh’ mahu kembali ke pangkuan bekas suami yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak selepas lapan tahun berpisah. Ini berikutan pertelghan antara Rita dan Aidil tidak pernah berpenghujung, sejak berpisah.

Malah, Rita kembali ‘berbunyi’ selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suami menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini. Sebelum ini, Rita juga dikatan tidak mengizinkan bekas suami bertemu anak-anak.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan ‘srngan’ diterima, Rita membongkar semula kisah bekas suami yang dikatakan tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu. Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat kritikan warganet.

Mereka menggelar Rita ‘gla meroyn’ dan ‘gla talak’ kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu. Katanya, dia langsung tidak mempunyai hati kepada Aidil, malah pintu hatinya juga tertutup untuk menerima cinta lelaki lain. Ini kerana, fokusnya terhadap dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10.

“Saya tak terhegeh-hegeh mahukan kembali Aidil. Ketika sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya mnyrngnya. “Usahlah takut, umur saya pun sudah 45 tahun. Perasaan nak kembali bercinta sudah lama pergi menghadap illahi. Nasihat saya, jagalah penampilan supaya suami tidak pandang wanita lain.

“Jauh di sudut hati, saya terfikir apa lagi mereka tak puas hati. Macam-macam cakap saya, kononnya saya bawa lari Aidil dan sebagainya. Sampai bila mahu berdendm, sedangkan saya tidak kacau hidup orang. Saya seorang diri membesarkan anak tanpa suami, jadi janganlah rasa ‘insecure’ dengan saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Cinta Gla dan Rahsia Hati itu berkata, dia bersyukur dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik, tanpa mengharapkan bekas suami. “Alhamdulillah, anak besar dalam keadaan elok. Soal saya menghantar anak ke sekolah mahal dan sebagainya, janganlah sibuk kerana ia duit hasil titik peluh saya.

“Hendak diikutkan nafkah RM3,000 diberikan tidaklah besar mana kerana RM1,500 untuk tempat perlindungan, selebihnya keperluan lain. “Jadi, fikirlah cukup atau tidak nafkah yang diberikan. Jangan persoalkan kehidupan saya dengan anak kerana saya tak pernah minta duit daripada sesiapa.

Untuk pengetahuan, duit nafkah adalah apa yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah,” kata Rita. Rita Rudaini dapat membesarkan dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna seorang diri tanpa bantuan bekas suami. Menjelaskan persoalan warganet terhadap tindakannya hanya membenarkan Aidil bertemu dengan anak dengan syarat dirinya ada bersama, Rita berkata, Aidil bersetuju dengan syarat yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah.

Ujar Rita, perintah mahkamah dikeluarkan ketika anaknya masih kecil. Justeru, dia perlu bersama anak kerana mereka belum pandai menguruskan diri, apatah lagi, tidak pernah keluar dengan orang tidak dikenali. Namun, kenyataan itu menyebabkannya dicrca.

“Anak masih kecil, takkan hendak keluar tanpa saya? Aidil pun sudah setuju depan hakim, syarat ini bukan saya yang tuntut. Lagipun, anak masih kecil, jadi mereka tidak dibenarkan bermalam. “Saya beritahu apabila anak sudah selesa bolehlah Aidil bawa mereka balik.

Saya perlu merapatkan anak dengan Aidil terlebih dahulu. Apabila sudah okay, mereka sendiri akan ikut Aidil tanpa paksaan,” katanya. Namun, sedihnya, kata Rita, hingga Rayyan berusia 12 tahun, hubungan antara anak dan bapa tidak berjaya dipupuk. Selepas berkahwin baru, bekas suami jarang bertanya khabar anak.

“Hanya sesekali Aidil menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza. Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. “Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Siap Dedahkan Jumlah Nafkah Ank Dari Bekas Suami. Lepas Aidil Zafuan Bersuara Kali Ni Giliran Rita Rudaini Pula Tampil Bersuara Sound Lagi Pedas Buat Warganet Terkedu.

NAMPAKNYA tuduhan demi tuduhhan antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Abdul Radzak terus berpanjangan apabila aktres itu sekali lagi mendedahkan mengenai sikap bekas suaminya itu. Ia selepas Aidil mengatakan tidak pernah gagal memberi nafkah bulanan kepada dua anaknya yang kini dipelihara oleh Rita sebagaimana diperintahkan oleh mahkamah.

Namun menurut Rita, dia tidak mempertikaikan nafkah bulanan diberi namun hanya terkejut apabila Aidil memasukkan nama dua anak bawah penjagaan Rita bagi mendapat pengecualian cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negrii (LHDN).

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia mempersoalkan tindakan Aidil itu memandangkan anak-anak mereka hanya diuruskan oleh dirinya tanpa bantuan orang lain. “Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak umur setahun dan tiga tahun.

Itulah duit pembelanjaan susu dan pampers. Sekarang dah 2021 tapi jumlah yang sama. “Aik hari ini (Ahad) berbunyi pula fasal kes LHDN ke… Kenapa pergi claim? Kesian saya sebab bela seorang, bukan saya nak claim tapi masa nak isi borang itu ada dinyatakan apa yang boleh.


Antara status terbaru yang dimuat naik Rita. “Rupa-rupanya dah ada orang claim. Saya tak bising pun masa dapat tahu empat tahun lalu. Nak beritahu warganet daripada takut Allah. Moga Allah beri kesedaran dan bersihkan hati,” kata Rita.

Pelakon drama siri Geng Mak Mak ini mendedahkan perkara tersebut dengan memuat naik beberapa status di laman Instastory miliknya sejak Ahad. ” Sedekah sana sini, tapi tanggunjawab pada yang utama iaitu ibu, bapa&anak kita abaikan, ZERO sedekah tu” – Rita

Bagaimanapun Aidil ketika dihubungi mStar pada Isnin memilih untuk mengunci mulut mengenai segala dakwaan yang dilontarkan terhadapnya. “Maaf ya… saya tak nak komen apa-apa,” kata Aidil secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Sebelum ini, Aidil menjelaskan dia menjalankan tanggungjawab terhadap dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, tanpa gagal pada setiap bulan seperti ditetapkan mahkamah. Aidil turut memberitahu dia menyimpan bukti pembayaran nafkah bulanan dan berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada LHDN malah Rita selaku bekas isterinya juga mengetahui perkara tersebut.

Pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu juga terkilan, apabila pihak Rita tidak menjelaskan perkara sebenar sehingga menimbulkan salah faham dan spekulasi burk yang menjejaskan nama dan kerjayanya. Dalam pada itu, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar ini berkata dia tidak pernah meminta dan menaikkan wang pembelanjaan anak-anak sejak 2015.

Malah, pelakon telefilem Milik Kita ini memberitahu pemain bola berusia 34 tahun itu sepatutnya berasa bersyukur kerana mempunyai bekas isteri yang telah mendidik anak-anak mereka dengan baik. “Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak minta naikkan belanja pun dari 2015 hingga sekarang. Saya tak kac4u pun duit awak anak beranak. Kenapa sentap? Patutnya hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ini jadi manusia.

Rita membesarkan dan menguruskan dua orang anaknya tanpa bantuan orang lain. “Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku. Pergi mana pun aku bawa, didik anak seorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang. Pengalaman dulu yang ajar aku jadi loud dan berani.

“Saya tak minta disokong mana-mana warganet sebab saya tak pernah takut jalan/ berjuang seorang diri sebab Allah sentiasa ada dengan kami. Alhamdulillah, kami elok-elok saja hingga sekarang sebab Allah jaga,” ujarnya.

Untuk rekod pada tahun 2017, Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015. Aidil berkahwin dengan Rita pada 2008 namun berpisah pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yangkini di bawah jagaan Rita. Aidil seterusnya berkahwin dengan Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Diharapakan kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam kekeluargaan dari terus membuat sindiri di media sosial. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://trendingsangat.pw/rita-aidill-nafk-anak/




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post