Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri jadi perhatian wargamaya apabila berkongsi teaser lagu raya nyanyiannya yang akan dikeluarkan jika ia mendapat permintaan yang tinggi.
Menerusi laman sosial Instagram, Aliff berkongsi sedutan nyanyian tersebut dan mengharapkan komen jujur daripada para pengikutnya.
ARTIKEL MENARIK:Ada warganet yang persoalkan Sop masa Tokti bersalin. Siap boleh bawa jurugambar dan Ustaz lagi dekat hospital. Rupanya ini yang terjadi.
“Yes or no? Patut ke saya keluarkan lagu raya tahun ni? Kalau ramai yang komen yes saya akan keluarkan. Saya harap korang komen jujur ya komen anda penentu lagu raya tahun ini saya keluarkan ataupun tidak. “Insya-Allah malam ni kalau ramai beri sokongan, saya akan ke bilik recording,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit 30 saat itu lagi, Aliff dilihat berusaha untuk menggembirakan hati mereka yang tidak dapat menyambut lebaran di kampung halaman dengan lagu raya nyanyiannya. Sementara itu di ruangan komen, nyanyian Aliff tersebut mengundang pelbagai komen daripada wargamaya.
VIDEO:
Ada yang memberikan komen jujur dan ada juga yang memberikan maklum balas berbentuk sindiran. “Diam datuk, diam,” kata seorang wargamaya. “Datuk memang tengah gembirakan saya. Sebab saya tak boleh balik kampung, dari menangis terus tergelak lepas dengar datuk nyanyi,” komen seorang wargamaya.
“Datuk maaf cakap, datuk nyanyi sedap dah tapi kalau tak nyanyi lagi sedap. Datuk berlakon drama dah la, lama tak berlakon kan,” tulis seorang wargamaya. “Wow, boleh buat alarm,” ujar seorang wargamaya. “Tak sabarnya. Please datuk buat full album macam Tokti. Mesti best platinum setanding artis artis legend dulu.
Sekali datuk bukak mulut, tercampak BBNU di luar sana,” sokong seorang wargamaya lagi. Sehinga kini, perkongsian Aliff tersebut telah mendapat hampir 230,000 tontonan daripada pengikutnya. Imbas kembali, Aliff pernah mengeluarkan lagu raya berjudul Jom Raya hasil duet bersama Zizi Kirana dan Bella Astilah pada tahun 2019.
Sumber: GEMPAK
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Patutlah Tak Nampak Pure Melayu. Bonda Rozita Dedahkan Dato Aliff Syukri Ada Mix Sebab Itu Dalam Adik Beradik Dia Yang Paling Tinggi
Patut lah sekali pandang je pada usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri ni handsome semacam je! Rupa-rupanya beliau memang ada campuran antara Melayu-Iran, sebab itu lah dalam adik-beradiknya beliau lah yang paling kacak dan tinggi.
Mungkin baka itu jatuh kepada Dato’ Aliff sahaja, tak kena pada kakak sulungnya yang juga seorang usahawan iaitu Noorhayati Kamarzaman. Menurut posting yang dibuat oleh ibu mereka iaitu Bonda Rozita, beliau memaklumkan bahawa Dato’ Aliff sememangnya mempunyai campur dan disebabkan itu wajahnya tidak nampak pure Melayu.
Dalam masa yang sama, ada juga yang tinggalkan komen memberitahu bahawa mereka pernah berjumpa dengan bapa kepada lima orang cahaya mata itu dah turut mengakui bahawa beliau sangat tinggi. Patut lah anak-anak Dato’ Aliff semuanya kacak dan cantik, ikut baka bapa ya!
Tapi kalau nak ikutkan Datin Sri Shahida pun apa kurangnya, mesti ada mix juga kan? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotviral-patut-tak-nampak
Aliff Syukri Hadiahkan Bonda Rozita Kereta Baru. Sekali Bonda Rozita Dedahkan Yang Dato Aliff Syukri Dalam Kesusahan. Ini Nasihat Bonda Pada Aliff Syukri Buat Warganet Terkedu.
Sepanjang tahun 2020, kita berdepan dengan situasi sukar gara-gara penularan Covid-19. Di Malaysia, ramai yang hilang pekerjaan dan tak kurang juga yang mengalami kerugian yang besar dalam perniagaan. Tak terkecuali, usahawan Dato Seri Aliff Syukri yang juga meneruskan perniagaannya ketika pandemik.
Ibu Akui Aliff Syukri Dalam Kesusahan
Hal ini telah diakui oleh ibunya sendiri, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita menerusi sebuah komen di Instagram. Komen itu dibuat sebagai tanda terima kasih beliau kepada Aliff kerana membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah.
“Mak tak sanggup tengok hadiah ini. Ujian berniaga teruk, Kri (Aliff Syukri) banyak masalah, bertrung kita laluinya. Mak malu nak ambil sebab Kri dalam susah, berniaga selepas Covid-19 teruk. Mak tiada apa boleh balas, tapi nanti mak tiada, mak akan tinggalkan sesuatu dari tangan dan idea mak khas untuk Kri.”
Rata-rata warganet dilihat kagum dengan apa yang ditunjukkan Aliff. Menurut Bonda Rozita, dia bangga kerana Aliff banyak berubah menjadi seorang anak yang baik. Malah dia menasihati Aliff supaya tidak lemah semangat dalam memajukan perniagaan.
“Kri sangat berubah menjadi anak impian mak, sebelum mak pergi ya Kri, sempat mak lihat Kri hijrah yang lebih baik” “Kri jangan lemah semangat sebab kejatuhan Kri merupakan kerugian besar penyumbang ekonomi negara. Kri banyak jasa pada negara dengan negara dengan cukai zakat bagi orang kerja” “Umur masih muda Kri, jaga adab, jaga agama, jaga keluarga, lebih-lebih lagi anak perempuan ya Kri”
Nasihat dari Bonda Rozita ini cukup menyentuh hati warganet. Sokongan moral daripada keluarga amat penting pada saat ini. Memang tidak dapat dinafikan, masyarakat pada hari terpaksa menjalani kehidupan normal baharu dalam kehidupan susulan pandemik Covid-19 dan tidak cepat mengalah dengan situasi ketika ini. Semoga tahun 2021, kehidupan kita semua bertambah baik dan lebih positif.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Murai.my
Dato Aliff Syukri Cakap Nak Tinggalkan Malaysia Dan Tinggal Di Australia. Dato ALiff Syukri Akhirnya Dedahkan Sebab Dia Nak Pergi Dan Ini Reaksi Warganet Tentang Berita Tersebut
Yang Berhormat Datuk Seri Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP (lahir 3 April 1987) merupakan salah seorang anak kepada pengasas pr0duk k0smetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.Beliau dilahirkan di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang pada 3 April 1987 dan mula terlibat dalam dunia pernlagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bermula sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan, akhirnya berjaya membina perniagaan yang dikenali ramai.
Berasal dari keluarga yang sederhana membuatkan beliau menghargai setiap sen yang diperolehi.Sebelum ini, nama Aliff Syukri tidak pernah sunyl daripada kontr0versi dan pelbagai lsu hangat.Terbaharu, seorang gadis dikenali sebagai Wani Comel yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kil0gram menuntut pam.pasan sebagai ganti rugl kerana mend.akwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta pr0duk pelansingan badan.
Dalam sidang media pada Jumaat, Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harlan selepas menandatangi k0ntrak sebagai duta pr0duk keluaran usahawan itu.Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui media sosial menganggap tudhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk mer0sakkan nama baiknya.
Yang terbaru pula, Aliff Syukri berkata ingin tinggalkan Malaysia untuk menetap di Australia.
Yes.. itu yg terbaik.. Pernlagaan di malaysia, teruskan shj. Tapi bermastautln la di negara luar supaya kamu buka mlnda.Jom kita nyanyi, Bertemu & perpsahanan, Adt Manusia Biasa, Hilangg di mata tapi dihati tidak lupa, berdoalah kita agar aman dan sentosa, Semoga panjang umur kita akan jumpa lagi. Jika salahh dan silap harap dima.afkan. Moga berkat aman dapat diabadlkan. Segala kenangan tidak akan dilupakan. Terslmpul erat dalam ingatan berkekalan.
Bertemu & perpisahanan Adat Manusia Biasa, Hilaang di mata tapi dihati tidak lupa, Berdoalah kita agar aman dan sent0sa, semoga panjang umur kita akan jumpa lagi.Dia kayaa..xde apa yg pelikk..yg pelik kalau gelan.dangan nak merantav ke australia..baru lah sy amik perhatlan..apa pun selamat maju jaya lah ya.
Nlkmat dok msia ni, ada fmly, rezki murah, mashyvr, saudara seislam pun rmai.kalu ikut hawa napsu ni mmg sampai bila2 tk tenteram.jgn ku.fur nlkmat yg pnting.1 th dok sana.. Lepas tu.. Jadi.. Hujan emas negara orang, hujan batu di negeri sendiri, walupun cantik negeri orang, cantikkk lagi bumi M’sia.
Dikritik Gara Gara Tak Jaga Makan Masa Dalam Jagaan Dato Aliff Syukri. Sekali Wani Tampil Berauara Buat Ramai Yang Terkedu.
Gadis obesiti, Wani Comel tampil menjelaskan selepas terdapat segelintir warganet mempertikaikan tindakannya menikmati makanan yang tidak sesuai dengan keadaan kesihatannya. Jelas Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, dia hanya memakan sekadar untuk merasa.
“Saya jaga makanan yang saya makan. Saya tak makan yang bukan bukan. Doktor pun cakap saya boleh makan dalam kuantiti yang sikit.“Bukan banyak. Jangan terus menilai saya ya,” jawabnya di ruangan mesej yang dihantar.
Tambah Wani lagi, dia tidak pernah merasa ayam cheese sebelum ini. “Tak baik cakap macam ni pada kak Bella, dia datang lawat saya dan kak Bella bawa saya makanan yang saya tak pernah makan dan saya pun makan sikit saja.
“Salahkan saya orang kampung yang tak pernah merasa makan makanan macam ni?” tulisnya lagi. Tindakan Wani memuat naik foto ayam cheese dan lauk set kenduri telah menimbulkan rasa kurang senang hati dalam kalangan pengikutnya.
“Doktor selalunya tak bagi makan walaupun rasa makanan yang tak sihat macam ni. Lagipun adik Wani kan tak sihat. Macam-macam penyakit ada. “Tolong Wani jaga pemakanan ayam tu tak sesuai untuk kesihatan Wani. Akak tau Wani kuat lwn penyakit. “Adik Wani kalau boleh jangan makan makanan yang berminyak. Makan yang rebus, sayur dan buah,” antara nasihat yang dihantar.
Sebelum ini, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah kesukaran bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, Wani mendapati dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak. “Nanti jangan raih siimpati derma masyarakat..”
Terdahulu, Wani bertandang ke ibu kota bagi mengadakan sidang media susulan konflik dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Gempak
Wani Tuntut Janji Dato Aliff Nak Bagi Kereta Dan Rumah. Sekali Dato Aliff Minta Bukti Dekat Wani. Setakat Cakap Je Kuda Pun Boleh Terbang. Memang Win Habis Bila Dato Aliff Mula Bersuara Bagi Respon.
” Kalau setakat cakap je, kuda pun boleh terbang..semua orang boleh cakap” Itu kata-kata Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menafikan yang dibuat oleh seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel terhadapnya.
Menurut Aliff, 33, dia tidak pernah menabur janji manis kepada Wani dan segala tuntutan gadis itu pada dasarnya tidak pernah dinyatakan dalam kontrak yang ditandatangani kedua-dua pihak. ”Kalau saya kata nak buat perjanjian, mesti ada ‘agreement’. Ada tak saya tulis nak bagi kereta, rumah dan nak bantu keluarga dia.
”Saya cuma cakap nak membantu dia boleh berjalan. Zaman tengah COViD ni orang tengah takde duit dikk.. ”kalau ada tangan boleh meniaga, meniagalah..kalau boleh bekerja, bekerjalah..Tak payah nak meminta-minta. ”Kalau rasa saya tak tunaikan janji, mudah saja..saman.
Tunjuk bukti saya nak bagi kereta, rumah
”Saya memang tunggu saman daripada Wani dan tunjukkan bukti yang mengatakan saya nak bagi kereta, nak bagi rumah dan nak anya mereka. ”Saya minta maaf kerana benda ini berunsurkan permintaan yang di luar jangkauan.
”Sebelum saya kenal Wani saya sendiri sudah berniaga dan saya malas nak cakap lebih-lebih, saya rasa tindakan meminta itu tak manis lah.. Tambah Aliff lagi beliau tidak tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang dan tujuannya hanya untuk membantu dirinya (Wani) berjalan semula yang sekali gus dapat membantu dia untuk menjaga ibunya yang sakit.
Penyanyi lagu Cuba Bahagia ini mengadakan sidang media di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Selangor pada Isnin. Sementara itu, Aliff tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan dia dan perniagaannya dengan membangkitkan isu tersebut.
Enggan isu ini terus memburukkan nama dan jenama perniagaannya, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan. ”Saya akan membawa perkara ini ke saluran undng-undng, cuma apa tindakan yang akan dibuat, ketika ini belum boleh saya kongsi.
” Sementara itu berkenaan sman yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu sman anda,” ujarnya. Wani kcewa nasib sebagai duta produk kurus tidak terbela.Pada Jumaat lalu, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendkwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pInsingan badan.
Wani mendkwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu. Menerusi kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram, Aliff menganggap tuduhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk merosakkan nama baiknya.
Dari Semalam Mengadu Sakit Perut. Wani Chomel Kini Ditahan Di Hospital. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Masuk Hospital.
Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Chomel dimasukkan ke hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas. Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.
Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jngkitan kuman di paru-paru. “Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hspital. Wani mengadu skit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.
“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hspital. Saya teman Wani di sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani. “Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.
“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas operasi dilakukan,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.
“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat,” katanya. Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik. Wani mendakwa berasa ter-tipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: gempak
Wani Comel Dikatakan Ada Individu Yang Dorong Dia Untuk Jatuhkan Dato Aliff Syukri. Dato Aliff Tampil Bersuara Bongkarkan Benda Buat Ramai Yang Tergamam.
SUSULAN pendedahan Wani Comel yang mendakwa diperdya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan, individu yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan menganggap tdhn wanita itu berniat jahat.
Datuk Seri Aliff Syukri dalam kenyataan balas yang dibuat melalui Instagram miliknya menganggap tdhan Wani atau nama sebenar Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, adalah untuk mersakkan nama baiknya. Pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd ini turut mempersoalkan tindakan Wani yang mengungkit semula isu yang sudah setahun berlalu.
“Saya dah lama beritahu yang saya buat bariatic pada Wani atas nasihat doktor dan saya post di Facebook pada tarikh 19 Ogos 2019. “Benda dah lama kenapa baru nak cerita, ketinggalan ke awak? Lain kali nak kenakan orang research habis-habis dahulu.
Wani mendakwa dirinya diperdya oleh usahawan kosmetik.
“Nak tahu detail tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang saya ambil pada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan untuk jatuhkan saya. Saya nak berniaga tak kacau orang, ” katanya. Terdahulu pada petang Jumaat, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan.
Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani. Wani mendakwa usahawan berkenaan gagal melaksanakan janji untuk memberikannya rumah, kereta dan belanja harian selepas menandatangi kontrak sebagai duta produk keluaran usahawan itu.
Dalam pada itu, Aliff turut meminta Wani untuk bekerja berikutan keadaan kesihatannya yang kini sudah mampu untuk berjalan. Tambah Aliff, dia sudah menanggung segala kos termasuk terapi kaki, makan dan tempat tinggal sepanjang melakukan operasi pintasan usus itu.
Aliff tanggung kos operasi pintasan usus Wani pada tahun 2019.
“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak, awak nak sman saya? Kerjalah adik Wani sayang oi, dah boleh jalan carilah rezeki, orang lain kerja siang malam, pagi petang dik… untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?
“Sepanjang rawatan kos semua saya tanggung, satu sen pun tak minta duit awak adik Wani, jadi jangan menangguk di air yang keruh, ” sindirnya. Aliff juga tidak menolak tindakan Wani itu didorong oleh individu lain yang cuba menjatuhkan dirinya atas sebab tertentu.
Dato Aliff juga memuat naik satu lagi status berkenaan “Melayu jatuhkan Melayu” “Good morning smua ramai betul melayu nak jatuhkan melayu..korang rasa siapa ekk org tuu.seronok sy baca komen warganet bkn apa warganet sekrang bijak2.. siapa yg bijak cer komen di bawah”
Tidak dipastikan siapakah individu yang di maksudkan oleh Dato Aliff yang di lihat cuba menjatuhkan beliau. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.
Dalam pada itu, seorang pendakwah kontroversi di kenali sebagai Abu Syafiq turut memuat naik isu yang sama di IG beliau. Dia di lihat cuba membela Wani Chomel dengan menawarkan khidmat peguam “Saya difahamkan Wani Chomel mungkin akan disaman. Saya tidak pasti apakah sebabnya. Namun saya mahu ingatkan pihak yang mahu menyaman Wani agar muhasabah diri sendiri dahulu.
“Wani bukan orang senang. Kamu mungkin kaya. Boleh guna duit dan segala kemudahan. Tapi ingat Allah Ada. Tu jek. Ingat ye. Allah ada. “Jika Wani disman kerana hanya meluahkan kesedihan diri kerana merasakan dirinya diperguna insya Allah pihak saya akan turut bantu beliau atas dasar hamba yang susah. Cukup-cukup kenakan orang. Bertaubatlah!” tulis Abu Syafiq lagi
Apa kah Abu Syafiq yang di maksdukan oleh Dato Aliff? Sama-sama kita nantikan episode kisah ini pada isnin nanti, kerana menurut Dato Aliff dia akan mengdakan sidang media khas untuk memberi penjelasan lanjut mengenai kes yang melibatkan beliau dan Wani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : trendingsangat via Slamber Media
Lepas Je Adik Wanie Buat Sidang Media Bongkarkan Sesuatu. Kali Ni Dato Aliff Pula Tampil Bagi Respon Padu. Sampai Macam Ni Sekali Respon Dato Aliff Buat Ramai Yang Tergamam.
PETALING JAYA – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan mencecah hampir 300 kil0gram (kg) tampil membuat pendedahan dan tuntutan terhadap seorang jutawan kosmetik atas tudhan teranya dan dimanlpulasi.
Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah prroduk pelangsingan badan tetapi saya perlu menjalani operasi pada bahagian perut terlebih dahulu.
“Selepas menjalani operasi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Ogos 2019, saya telah didatangi pihak usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak. “Bagaimanapun saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan k0ntrak tersebut tanpa mengetahui isi kandungannya,” katanya ketika ditemui pada satu sidang akhbar sebentar tadi.
Ujarnya lagi, selepas selesai menjalani operasi bariatrik tersebut, segala urusan melibatkan rawatan susulan dilakukan sendiri olehnya tanpa diberikan wang pembayaan yang dijanjikan. Tambah gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu, segala rekod kesihatan selepas dia menjalani operasi bagaimanapun dipegang pihak usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui statvs serta tindakan lanjut yang perlu dilakukan.
“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan itu telah berjanji akan membantu saya dari segi kewangan. “Bagaimanapun saya tidak menerima sebarang bentuk bantuan seperti yang telah dijanjikan. Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima ‘upah’ kurang daripada RM 1,000 selepas terlbat dengan penghasilan kandungan video tentang produk pelangsingan badan,” katanya.
Pada sidang akhbar tersebut, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan itu dalam keadaan marah dan telah mengoyakkan kontrak yang telah ditandatangani.
“Saya telah dimarahi hanya kerana telah menerima bantvan daripada pihak lain,” ujarnya
Tampil membuka mulut, Wani yang turut ditemani peguam, Haziq Aizuddin Subhi berkata, dia ingin menu.ntut pampasan dan habvan yang telah dijanjikan selain ingin memb.atalkan k0ntrak yang telah ditandatangani.
“Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikritik dan dicaci warganet dengan tuduhan tidak berasas. “Ada yang menggelar saya sebagai tidak kenang budi, pemalas dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata,” katanya. Selain menuntut hak, Wani berharap pendedahan ini mampu membersihkan namanya yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Respon Pertama Dari Datuk Aliff Syukri
Sumber : Kosmo/IGDatoAliff
Kena Selalu Berbuat Baik Dengan Mertua Sebab Ini. Aliff Syukri Buat Kejutan Hadiahkan Mak Mertua Dengan Kereta Impian. Sampai Macam Ni Sekali Dia Bagi Kejutan.
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). Menurut Aliff, kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman mudanya.
“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. “Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Shahida turut mendedahkan bahawa Aliff juga adalah menantu kesayangan ibunya kerana merupakan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya. Pada masa sama, Aliff turut menasihati orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.
“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang. “Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji sifat pemurah yang ada pada Aliff. “Rasa terharu masa mak mentua peluk Datuk, mengalir air mata teman. “Terbaiklah Datuk, memang manantu yang baik. “Alhamdulillah, semoga bertambah rezeki datuk bahagiakan mak mentua,” komen sebahagian warganet.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
Muat Naik Gambar Lama Tapi Hidung Yang Dipertikai. Sekali Dato Aliff Syukri Tampil Bagi Respon Memang Win. Sampai Macam Ni Sekali Dia Respon.
PERKONGSIAN foto usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ketika dia masih remaja mengundang pertanyaan warganet mengenai perbezaan pada bahagian wajahnya. Menyedari komen yang ditinggalkan itu, Aliff berkata dia sudah bosan untuk menjawab soalan sama mengenai hal itu.
Dia turut berasa hairan kerana orang ramai hanya gemar mencari kesilapan pada dirinya. “Saya tidak larat untuk mengulas benda yang sama… penat manusia sentiasa cari salah saya sahaja. “Kenapa dan sebab apa saya tidak pasti… baiklah, muka awak yang lawa, muka awak yang sempurna sebab tu dalam gambar ni tak ada muka awak,” katanya. Aliff menjawab beberapa soalan yang ditinggalkan oleh pengikut di laman Instagram pada Ahad.
Kebanyakan komen yang ditulis ialah mengenai perubahan pada bahagian wajah terutamanya hidung Aliff yang dikatakan semakin mancung. “Hidung lain… Datuk buat hidung ke? “Lainnya muka ingat siapalah tadi. Banyak beza muka, sekarang hidung dah mancung, masa ni belum buat lagi.
“Yang tanya fasal hidung tu, rasanya ada kaitan dengan operasi Datuk buat, dia pernah kemal4ngan dan alami keced3raan teruk pada muka!” komen pengikut. Sebelum itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini berkongsi foto lama yang disimpan ketika dia berusia 16 tahun.
“Terjumpa gambar lama… ini zaman aplikasi Friendster dan MySpace saya guna nama glamor masa tu Putra Aqashi133… masa ni umur saya 16 tahun saya duduk kat Club Golf Monterez Subang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Terpaksa Jalan Guna Tongkat Disebabkan Ini. Akhirnya Ibu Aliff Syukri Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Terpaksa Jalan Guna Tongkat.
Ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim mengalami kelukaan pada ligamen di buku lali akibat terlalu aktif seperti melakukan hiking dengan cara tidak betul. Tambah Bonda Rozita, kelukaan lama pada buku lali sewaktu remaja memberi kesan yang lebih buruk kepada kakinya.
“kelukaan buku lali masa muda bawa kesan buruk. Saya sangka aktif bersenam masa berusia akan jadikan saya sihat organ dan hormon, tapi saya lupa perlu menjaga ligemen dan ankle.“Saya berselipar, hiking meloncat-loncat aktif di atas batu jeram sungai tu sangat merbahaya dan beri kesan buruk pada buku lali.
“Lepas ni Bonda kena cermat jaga kaki, tak boleh jalan laju,”katanya. Bonda Rozita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya berada di hospital dan sedang menjalani rawatan.
Menceritakan kembali bagaimana pada mulanya dia menyedari kelukaa itu, Bonda Rozita beritahu buku lalinya membengkak. “Saya tak rasa sakit sedikit pun sebenarnya , tapi rasa ada benda tak kena sebab buku lali saya bengkak.
“Puas saya cari punca dan jumpa kawan-kawan dalam kalangan doktor. Saya mulakan rawatan holistic dan cek cairan merah. Saya risau biasanya bengkak kaki ni sakit buah pinggang atau kesan water retention, atau lebih estrogen.
“Namun saya tetap nak tahu apa sakit sebenar, kemudian saya ke hospital buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Keputusannya nampak kesan teruk cedera yang lama ada dua kali di dalam penyambung kaki ligament buku lali.
“Saya ingat masa umur 20 tahun saya termasuk dalam telaga buta dan pernah terseliuh teruk pada umur 28 tahun,” ceritanya lagi. Bonda Rozita berkata apa yang berlaku menjadi iktibar pada dirinya supaya lebih berhati-hati.
“Apa yang jadi pada saya adalah iktibar pada semua orang terutama warga emas. Doktor kata hiking tak bagus kalau buat dengan postur badan yang tak betul dan jangan berselipar. “Orang tua jangan aktif melompat-lompat kesan buruk ligamen dalam buku lali akan cedera,” katanya lagi. Bonda Rozita kini mengusahakan penginapan Rumah Hutan Terapi Alam yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Kredit -
Post a Comment