Ada warganet yang persoalkan Sop masa Tokti bersalin. Siap boleh bawa jurugambar dan Ustaz lagi dekat hospital. Rupanya ini yang terjadi.

Ada warganet yang persoalkan Sop masa Tokti bersalin. Siap boleh bawa jurugambar dan Ustaz lagi dekat hospital. Rupanya ini yang terjadi.

Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga. Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melah1rkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah operasi.

Ada warganet yang persoalkan Sop masa Tokti bersalin. Siap boleh bawa jurugambar dan Ustaz lagi dekat hospital. Rupanya ini yang terjadi.



Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat. Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

ARTIKEL MENARIK:Fizo Omar dikatakan bepisah dengan bekas isteri gara gara isu ank mak. Tak boleh berdiam akhirnya Fizo tampil bersuara bongkarkan cerita sebenar.



Ini antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya? Meninjau di ruangan ciapan tersebut, ramai yang memberikan pendapat masing-masing :




Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandemik covid-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap teruk pesakit. Sementara hospital swasta pula lebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat swab test terlebih dahulu sebelum melawat pesakit dan sebagainya.

Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat. Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bay1 dan Tokti.

Sumber : Twitter

Sumber: HOTFM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selamat Lahirkan Anak Lelaki Seberat 3.84kg. Pengurus DS Siti Nurhaliza Tampil Beritahu Perkembangan Tokti

Dilaporkan Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor. Terbaru, pengurus Siti berkata dalam satu kenyataan media, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Ini antara kenyataan yang dibuat oleh pengurus Dato Seri Siti Nurhaliza sendiri untuk makluman.

Pihak pengurusan di IG menjelaskan”Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.”Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”Dalam kesempatan itu, Siti dan suaminya turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Manis Sangat Layanan Datuk K Semasa DS Siti Nurhaliza Hamil Anak Pertama. Kali Ni Perkongsian Pasangan Ini Raih Perhatian Orang Ramai

DIkhabarkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi nombor satu negara sedang hamil anak keduanya selepas menimang cahaya mata pertama iaitu Siti Aafiyah. Dan terkini Siti Aafiyah sudah berumur dua tahun akan menerima kehadiaran adiknya tak lama lagi.

Namun begitu, mungkin ada yang masih ingat dengan gelagat manis di saat Tokti hamil anak pertamanya ditolak Datuk Seri Khalid atau Datuk K dengan menggunakan kerusi roda.

Berdasarkan video yang dimuat naik ini kelihatan Datuk K menolak Tokti menggunakan kerusi roda dan kedua-dua momen anak pertama dan anak keduanya itu meraih tumpuan peminat dan pengikut diruangan Instagram terbabit.“So sweet Dk & Dssn. 1st video, Tokti pregnant Aaisyah. 2nd video, Tokti pregn4nt second baby…”

Gelagat sweet yang diterima penyanyi popular itu bagaimanapun dikatakan peminat bahawa dia memang layak disamping peminat juga tidak ketinggalan untuk mendoakan yang terbaik terhadap keluarga bahagia itu.“Selayak…”“Semoga dipermudahkan”“…nampak Datuk K dah mahir menolak wheelchair”

Ada Orang Buat Live Seolah Olah DS Siti Nurhaliza Benar Benar Sedang Membuat Sesi Siaran Langsung. Ini Satu Permintaan Dari DS Siti Nurhaliza

Satu sahaja pesanan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza “Tolong jangan percaya!”. Menerusi hantaran di IG, DS Siti Nurhaliza minta para peminat dan oranga ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan pembohongan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan kepada mereka yang menonton.

tegas Siti bahawa semua itu adalah scmmer yang berniat tidak elok bagi kepentingan peribadi dan berbohong kepada masyarakat. Makin rancak aktiviti dengan agenda mereka. Mohon tolong jangan percaya,mereka siarkan video siaran langsung seolah olah saya benar benar sedang membuat sesi siaran langsung ketika itu dan menganjurkan peraduan serta pelbagai ganjaran.

“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda telah terkena! Ini scmmer!” katanya.Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal.“Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah ‘live’ waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.


“Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai kes ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terkena,” katanya.Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.

“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta berbohong kepada orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.“Hari ini kita seronok bohong kat orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan jangan terpdaya!” katanya.Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya.



Loading...


Nama Dato Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Terpengaruh Kat Dunia. Sekali Ramai Terkedu Dapat Tahu Siapa Menduduki Tempat Pertama

Buat makluman semua, Dato Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi tersohor negara tersenarai buat kali keenam berturut turut sebagai salah seorang muslim yang paling berpengaruh di dunia. Buat julung kalinya, Siri pernah dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut dan kali ini terus mengungguli kategori terbabit pada tahun 2021.

Untuk tahun 2021,penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pun tersenari dalam kategori yang sama. Manakala usahawan popular iaitu Datin Vivy Yusof menjadi satu staunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan. Menerusi IG, Siti mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.

Manakala di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.

Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.

Seterusnya di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.

Ada Individu Tak Bertanggungjawab Buat Akaun Palsu DS Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Dedahkan Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Individu Terbabit

Sebelum ini,banyak artis Malaysia tampil dedahkan akaun palsu yang sanggup menggunakan identiti mereka untuk lariskan sesuatu mahupun kegiatan yang tidak berfaedah. Terbaru,penyanyi tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila mengetahui wujud akaun palsu menggunakan namanya untuk memprdaya orang ramai. Siti menerusi kemaskini terbaru di IG pagi tadi turut memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadamkan akaun tersebut. Kata Siti,belaiu difahamkan akaun tersebut cuba memprdaya orang ramai dengan menawarkan wang tunai.

Penyanyi yang sedang hamil anak kedua itu turut menyeru orang ramai melakukan ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan.“Akaun ini cuba scm orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terkena dengan scmmer seperti ini.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpdaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, berbohong dan memprdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai,” katanya.


Dalam pada itu Siti meluahkan rasa kecewa kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut merupakan ftnah dan menjejaskan reputasi beliau.“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan ftnah tetapi reputasi saya juga,” tegas Siti.Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Siti bersetuju tindakan tegas diambil terhadap scmmer terbabit.

Dijangka Bersalin Anak Kedua Pada April Tahun Hadapan. DS Siti Nurhaliza Dedah Sesuatu Berkenaan Persiapan Selepas Dikatakan Bakal Menerima Bayi Lelaki

Siti Nurhaliza dijangka bersalin anak kedua pada April tahun hadapan.BAKAL melahirkan cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya.

Menurut Siti, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang tidak sesuai untuk bayi lelaki.Kata penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, dia hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.

Siti buat persiapan selepas cecah tujuh bulan.“Persiapan kalau soal barang-barang baby… masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.“Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya,” kata Siti Nurhaliza kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki ketika ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee baru-baru ini.Menerusi laporan mStar pada 12 Disember lalu, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya huruf A.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mengakui dia berasa gementar untuk melahirkan bayi kedua biarpun pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap berbeza.Bagaimanapun, Siti berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.

“Dari segi mental dan fizikal… saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.Siti bersama suaminya, Datuk K dan Aafiyah.“Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik… Insya-Allah,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami kehilangan kandungan pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aayah yang kini berusia dua tahun.

Ramai Yang Berteka Teki Akhirnya Siti Nurhaliza Dedahkan Jantina Ank Kedua Dia. Rupanya Dalam Diam Ini Jantina Ank TokTi

IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad. Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti. Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya. Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama

dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu. Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk. Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya. “Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.

“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya. Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.


Kredit -


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post