Tular tentang notis rentas negeri diperketatkan gara gara selebriti dan instafamous. Tak boleh berdiam sekali Sharnaaz Ahmad bersuara buat warganet terkedu.

Tular tentang notis rentas negeri diperketatkan gara gara selebriti dan instafamous. Tak boleh berdiam sekali Sharnaaz Ahmad bersuara buat warganet terkedu.

Susulan tindakan tidak bertanggungjawab golongan selebriti, instafamous dan malaun-walaun yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri semakin kerap berlaku, polis telah mengeluarkan peraturan baru bagi mereka yang memohon kebenaran merentas negeri.

Tular tentang notis rentas negeri diperketatkan gara gara selebriti dan instafamous. Tak boleh berdiam sekali Sharnaaz Ahmad bersuara buat warganet terkedu.



Berdasarkan gambar notis di sebuah balai polis yang tersebar di media sosial baru-baru ini, pemohon perlu menunjukkan bukti aktiviti setiap hari, selain menyertakan dokumen-dokumen lain seperti kad pengenalan dan dokumen sokongan.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh pasal majlis nikah Neelofa tak patuh Sop. Lepas Neelofa dan suami rupanya Menteri Agama pun dipanggil untuk ambil keterangan tentang isu ini.


“Ekoran isu instafamous, selebriti dan artis yang salahguna kebenaran merentas yang diberi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemohon wajib menunjukkan bukti aktiviti setiap hari dalam permohonan. “Sebagai contoh, jika tiga hari, nyatakan aktiviti dalam tiga hari tersebut,” kata kenyataan dari notis itu.

“Permohonan hanya membawa salinan kad pengenalan sahaja semata-mata tidak dibenarkan, wajib mempunyai dokumen sokongan,” kata kenyataan itu lagi. Sementara itu, pegawai polis yang bertugas diarahkan perlu lebih teliti semasa mengeluarkan borang rentas negeri.

Sejak kerajaan mula melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menetapkan perjalanan merentas negeri memerlukan kebenaran dari pihak berkuasa, ramai yang mula mengambil kesempatan untuk merentas negeri dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Terutamanya di kalangan individu popular, instafamous, selebriti, orang ternama dan yang sewaktu dengannya dalam kategori ‘orang kayangan’ yang merasakan diri mereka kebal dari tindakan undang-undang. Dalam pada itu, Pelakon Sharnaaz telah memuat naik IG sory 

seolah tidak berpuas hati kerana artis dan instafamous ditiduh menjadi punca prosuder rentas negeri di perketatkan. “Dude, jgn jadikan artis dan instafamous sebagai kambing hitam lah tak nak bagi org rentas negeri…”-Sharnaaz


KETUA POLIS CHERAS JELASKAN NOTIS TENTANG RENTAS NEGERI DIPERKETATKAN KERANA SELEBRITI DAN INSTAFAMOUS TELAH DITURUNKAN

KUALA LUMPUR – Notis ditampal di sebuah balai polis di sini yang menuntut alasan serta bukti kukuh diperlukan untuk permohonan rentas negeri selain bukti aktiviti setiap hari dipohon berikutan kejadian melibatkan instafamous telah diturunkan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bagaimanapun tidak menyatakan sebab notis itu diturunkan, namun menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

“Semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan harus menunjukkan bukti, baik untuk pekerjaan atau hal-hal lain. “Pegawai saya telah diingatkan bahawa mereka yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak hanya mengeluarkan izin sesuka mereka,” katanya pada Selasa.

Sebelum ini, selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pada 12 Mac lalu juga, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri instafamous (pensohor media sosial) yang didapati menyalahgunakan permit rentas negeri untuk tujuan berbulan madu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sharnaaz Muat Naik Gambar Dan Ucap Tahniah Pada Bekas Isteri Sekali Tiba Tiba Atisha Khan Masuk Komen. Terkedu Sampai Ada Warganet Suruh Dia Kahwin Dengan Sharnaaz.

Noor Nabila selamat bernikah dengan pasangannya, Engku Emran pagi tadi selepas pelbagai khabar angin melanda sebelum ini. Majlis yang cukup sederhana itu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja memandangkan negeri Selangor masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Pesanan’ khas Sharnaaz buat NabiIa dan suami baru

Dalam pada itu, antara yang jadi perhatian adalah status terbaru yang dimuatnaik oleh Sharnaaz Ahmad. Menerusi satu entri di Instagram, Sharnaaz telag mengucapkan tahniah kepada NabiIa dan Engku Emran. ” Selamat pengantin baru NabiIa dan Emran .. semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naa” tulis Sharnaaz.


Status dimuatnaik Sharnaaz itu lantas menjadi perhatian peminat-peminat beliau yang menganggapnya sebagai seorang yang sangat profesional.Tidak kurang juga yang merasakan Sharnaaz memberi ‘ingatan’ kepada NabiIa dan bapa tiri kepada anaknya, Jebat Jayden agar menyayangi anaknya itu dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu Neelofa melahirkan rasa bersyukur selepas kakaknya, Noor NabiIa selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin ,46, pagi tadi. Neelofa menerusi kenyataan kepada media memberitahu, dia gembira dengan pernikahan kakaknya dan mendoakan mereka dikurniakan kebahagiaan selamanya.

” Hari ini merupakah hari bahagia kakak saya, Noor NabiIa. Saya berasa sangat gembira melihat NabiIa meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila. ” Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga NabiIa dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya.

Dalam pada itu rata-rata follower Sharnaaz memberi kata-kata semnagat dan memuji ketampanan gambar yang di kongsi. Namun begitu, adik kepada Noor Nabila yang sebelum ini pernah menjadi adik ipar kepada Sharnaaz  iaitu Athisha Khan telah tinggalkan emoji bebentuk tiga hati berwarna merah sehingga mendapat 1290 tanda suka

Tapi apa yang menjadi perhatian, terdapat beberapa komen dari waranet yang cuba mengysik Athisah dan ada yang di antara mereka mencadangkan supaya beliau kahwin dengan Sharnaaz Sejak semalam, desas-desus mengenai pernikahan pasangan ini hangat diperkatakan dalam laman sosial, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Samsonstudios, Rojak Daily, Ig Sharnaaz Ahmad

Selesai Je Majlis Kahwin Noor Nabila Dan Engku Emran Sekali Nabila Tampil Bersuara Bongkarkan Cerita Sebenar Dia Kenal Dengan Engku Emran.

Kuala Lumpur: Noor Nabila Mohd Noor, 36, men.afikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, mengikat tali pertunangan seperti didakwa sebelum ini. Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

“Kami tak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu. Waktu itu kami hanya berkawan. “Hanya sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Kami juga berkongsi minat sama termasuk dalam aktiviti berbasikal,” katanya yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa.

Terdahulu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 10.02 pagi. Mereka berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor.Noor dan Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Bagaimanapun, tiada dulang hantaran diberi dan dibalas pasangan pengantin. Jumlah wang hantaran juga tidak dimaklumkan. Nabila berkata, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan serba ringkas kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Majlis kami hanya dihadiri ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang saja. Kami buat yang wajib dan mahu diadakan secara sederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,” katanya.

Nabila berkata, dia percaya Engku Emran mampu membimbing dan menjaga dirinya selepas masing-masing pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. “Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini. Jadi, masing-masing sudah matang dan sudah tahu apa yang diinginkan dalam membina mahligai ini. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” katanya.

Walaupun tidak pernah mengesahkan mengenai hubungannya dengan Engku Emran yang diperkatakan ramai sejak awal bulan ini, namun bayangan Nabila sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu cukup kuat. Sejak awal bulan ini, gosip mereka hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun berpisah Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia tiga tahun. Dalam pada itu, ini perkahwinan ketiga bagi Engku Emran selepas dua perkahwinan terdahulu bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella berakhir dengan perpisahan.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, 12, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak. Engku Emran berpisah dengan Laudya, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : HMetro



Loading...


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Sharnaaz Ahmad Tampil Bersuara Luahkan Sesuatu Lepas Tular Tentang Khabar Angin Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah. Dalam Diam Rupanya Sampai Macam Ni Luahan Sharnaz Ahmad.

KHABAR angin bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd Noor bakal diijabkabulkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Jumaat semakin bertiup kencang. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut bagaimanapun berkata dia tidak berhak untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Fasal Nabila nak kahwin esok ka, apa ka… Saya rasa wartawan zaman sekarang memang 90 peratus tepat (khabar angin Nabila bakal kahwin). “Tapi saya tak boleh nak komen lebih fasal benda ini sebab saya bukan dalam position untuk bercakap atau memberi sebarang komen.

“Tetapi jika betul benda itu (Nabila bakal kahwin) itu dikeluarkan secara rasmi pada satu hari nanti, InsyaAllah saya sendiri akan keluarkan kenyataan sebab itu berkait juga dengan (individu yang) bakal jadi bapa tiri Jebat juga,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Sharnaaz berkata, jika perkara tersebut benar, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Nabila, 37, yang juga merupakan kakak kepada pengacara dan usahawan, Neelofa. Selain itu tambah Sharnaaz, dia menyokong apa juga keputusan yang terbaik untuk bekas isteri dan anaknya itu.

“Saya hanya mendoakan kebahagiaan semua orang. Nabila ada hak untuk bahagia, so why not… semoga dia bahagia. “Kalau mereka gembira, gembiralah saya. Happy anak saya, happy juga saya,” katanya. Sharnaaz berkahwin dengan Nabila pada 30 Mac 2017 dan mereka disahkan berpisah pada 9 Julai tahun lalu secara hakam.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun setengah. Engku Emran, 46, pula berpisah dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 11 tahun.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Tentang Noor Nabila Dan Engku Emran Akan Nikah Esok. Tak Boleh Berdiam Sekali Tuan Badan Sendiri Tampil Bersuara Komen Pasal Isu Ini. Sampai Macam Ni Sekali Respon Noor Nabila.

Kontroversi hubungan Noor Nabila, kakak kepada selebriti popular, Neelofa semakin panas apabila ada yang mengatakan dia bakal dinikahkan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin esok.Wow, adakah ini benar? Sejak awal bulan ini, gosip Nabila dan Engku Emran hangat diperkatakan dalam laman sembang, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia. Hubungan Nabila menjadi rapat dengan Engku Emran apabila masing-masing berkongsi minat sukan berbasikal melalui paparan foto dalam laman sosial.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen..” Demikian jawapan ringkas kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor mengulas desas-desus dipercayai diperkatakan warganet mendakwanya dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal diijabkabulkan, esok.

“Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. “Saya harap semua memahami, terima kasih,” katanya kepada BH Online. Sebelum ini foto Engku Emran yang dikatakan menyertai majlis usrah bersama Ustaz Wadi di kediaman Nabila, tular.

Mereka juga dikatakan keluar bersama apabila Engku Emran sendiri berkongsi gambar yang menunjukkan bayangan wajah Nabila di dalam kereta bersamanya. Well, tiada kata putus daripada kedua pihak, sama-sama kita nantikan! Apa pun moga yang terbaik buat kedua mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Bharian

Ramai Yang Terkejut Bila Engku Emran Muat Naik Foto Dalam Kereta Dan Nampak Noor Nabila Ada Sekali. Warganet Nak Komen Tapi Ini Yang Enku Emran Buat.

Khabar angin tentang hubungan cinta antara kakak selebriti terkenal Noor Neelofa, iaitu Noor Nabila dengan usahawan Engku Emran bertiup semakin kencang. Ia berikutan akhbar Harian Metro pada 11 Mac 2021 melaporkan bahawa Nabila belum bersedia membuka mulut tentang kisah itu, namun tidak pula menafikannya.

Malah pada 12 Mac 2021, Engku Emran melalui Instagramnya telah memuat naik satu hantaran. Foto yang dikongsikan itu menunjukkan skrin sentuh di dalam kereta memaparkan lagu yang sedang dimainkan. Namun menariknya, pantulan daripadan skrin tersebut menunjukkan kelibat Nabila berada di dalam kereta berkenaan.

Engku Emran sekadar menulis ringkas di ruangan caption:- “Choppy until you came along” Bagaimanapun ruangan komen untuk perkongsian tersebut telah ditutup. Hmm, nampaknya memang ada ‘sesuatu’ antara mereka. Kami di Hot FM mendoakan semoga berita baik akan disampaikan oleh kedua-dua mereka ini.

Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Namun perkahwinan itu berakhir pada Julai 2020. Engku Emran pula pernah dua kali mendirikan rumahtangga bersama selebriti terkenal Erra Fazira, dan juga selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Bagaimanapun, kedua-dua ikatan perkahwinan berkenaan berakhir dengan perpisahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : hotfm

Hangat Diperkatakan Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Bertunang. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Noor Nabila Tampil Buka Mulut Luahkan Sesuatu.

Hangat diperkatakan mengenai dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran, kakak kepada selebriti iaitu Noor Nabila akhirnya tampil membuka mulut meminta agar diberikan ruang. Nabila berkata dia akan berkongsikan lebih lanjut apabila tiba masanya nanti dan berharap permintaannya itu diterima baik serta dihormati oleh semua pihak.

“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya.

Kata Nabila lagi, dia belum bersedia bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya kepada umum kerana ketika ini anak tunggalnya, Jebat Jayden adalah fokus utamanya. “Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, gosip cinta mereka hangat diperkatakan apabila tular gambar Engku Emran yang juga bekas suami Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi usrah di kediaman Nabila.

Kredit: Harian Metro

Gosip Tentang Cinta Noor Nabila Dan Engku Emran Dah Tersebar Hingga Ke Indonesia. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Kata Kata Noor Nabila Kepada Semua Yang Tertanya Tanya.

Belum cukup sehari, kisah cinta antara Noor Nabila, 37, dan Engku Emran, 46, mula mendapat perhatian warganet di negara seberang, Indonesia. Sejak semalam, spekulasi hubungan Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami Laudya Cynthia Bella itu tular dalam pelbagai platform media sosial terutama aplikasi TikTok.

Malah, ada juga pengguna TikTok yang membuat kenyataan mendkwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah bertunang. Tangkap layar salah satu akaun TikTok yang memuat naik gosip Noor Nabila dam Engku Emran. “Engku Emran iaiatu mantan(bekas) suami Laudya dikhabarkan sudah bertunang,” tulis salah seorang pengguna TikTok @adnan_ri.

Tuan badan masih mengunci mulut

“Buat masa sekarang tidak ada apa yang saya nak komen,” demikian kata Noor Nabila mengenai dakwaan dia sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan pengacara popular, Neelofa ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan mengesahkan berita itu yang tulr di media sosial sejak hari ini.

Khabar angin percintaan mereka mula tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan Engku Emran yang juga bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila, baru-baru ini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah terbabit berakhir. Sebelum ini, hubungan pasangan itu turut menjadi tumpuan warganet apabila gambar mereka berbasikal bersama rakan lain dimuat naik di Instagram milik rakan-rakan mereka.

Tinjauan di Instagram Nabila juga mendapati dia pengikut Engku Imran di media sosial sama. Bagaimanapun, Engku Emran tidak mengikuti Nabila di Instagram. Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad, namun berpisah Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemlut rumah tangga. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.

Engku Emran juga berpisah dengan Laudya Cynthia Bella, Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Terdahulu, hasil perkahwinan dengan Erra mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya.

Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, kedua-duanya masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekvlasi tersebut. Kosmo! semalam melaporkan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mengundang teka-teki apabila did4kwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini. Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Kemudian pada 8 September 2017 dia mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian berpisah sekitar bulan Jun 2020. Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Tular Tentang Sharnaz Baru Selesai Operasi Semalam Tiba Tiba Noor Nabila Tampil Bersuara Bagi Komen Macam Ni. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Komen Noor Nabila.

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani operasi sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta. Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani operasi itu.

“Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat operasi. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah cairan merah sikit. “Saya tak boleh cakap lama, cairan merah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakt,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir. “@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.

“@acheykintangkintung: Selamattt matttt. “@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan cairan merah tu, nanti cepat cairan merah tu berhenti.  “@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada cairan merah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu. “@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin,” antara komen-komen yang ditulis.

Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar. “Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin,” kongsinya di Instagram Stories. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : -CARI

Baru Je Mahkamah Putuskan Tentang Tuntutan Nafkah. Terkejut Ini Pula Respon Dari Sharnaaz Ahmad Bila Nabila Dah Setuju Dengan Benda Ni.

”Insya-Allah, ini hari terakhir datang mhkamah. Selepas ini tak datang lagi sini. ”Benda pun dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni. Saya dan Sharnaaz pun baik dan kami buat benda itu untuk anak kami.” Demikain kata-kata bekas isteri pelakon, Sharnaaz Ahmad, Noor NabiIa Mohd Noor, 36, mengenai tuntutan nafkah edah, hadanah (hak penjagaan) dan nuusyuz yang berjaya diselesaikan dengan baik di Mhkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Sharnaaz selaku defendan juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan nuusyuz yang difailkan terhadap NabiIa. Selain itu, defendan juga bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM500 selama tiga bulan. Ini termasuk nafkah sebanyak RM1,200 sebulan dan diberi akses berjumpa anak mereka sehingga usianya mencapai empat tahun.

Sharnaaz turut bersetuju mengeluarkan namanya sebagai pemilik bersama untuk sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. NabiIa yang juga kakak kepada selebriti popular, Neelofa berkata, dia lega kerana tidak perlu lagi hadir ke mhkamah untuk perbicaraan kes mereka.

”Proses perpisahan, hak anak dan datang ke mhkamah adalah benda-benda yang memenatkan. Ia mengambil energi serta emosi saya terganggu.”Setiap kali nak datang saya berat hati. Jangan ada dendm dan marah kerana ia akan bawa kita ke belakang. ”Paling tak bagus kerana apabila bangun tidur anda akan masam, m4rah dan berdndam. ”Anda akan cari perkara yang boleh untuk kenakan bekas suami. Ia tak baik lagi-lagi untuk anak kita,” katanya.

Ini pula respon Sharnaaz Ahmad

Sementara itu, Sharnaaz, 37, berkata, dia bersyukur kerana peguam kedua-dua belah pihak dapat memainkan peranan menyelesaikan kes dengan baik. ”Buat NabiIa saya ucapkan terima kasih kerana kita dapat kata sepakat. Ada benda yang selama ini tak jelas, diperjelaskan dan diletakkan dalam kertas supaya semuanya takkan jadi masalah suatu hari nanti.

”Hari ini saya sangat bersyukur kerana bagi kami keutamaan kami ialah pada Jebat. ”Walaupun saya dengan NabiIa tak dapat teruskan sebagai suami isteri, tapi saya tetap kawan dia,” katanya. Menurutnya NabiIa seorang kawan yang baik dan dia ingin meneruskan hubungan ini.

” Saya kenal dengan dia dulu pun sebagai seorang kawan. Tak guna nak brbalah kerana yang rugi ialah Jebat. Saya tak nak perkara ini berlaku. Tumpuan kami 100 peratus pada Jebat,” katanya.

Sharnaaz dan NabiIa berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mhkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com

Kes Perpisahan Sharnaaz Dan Nabila Selesai. Ini Komen Mengejutkan Noor Nabila Di Luar Mahkamah. Sampai Macam Tu Sekali Yang Dia Cakap.

Kemelut antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, usahawan Noor Nabila berakhir apabila kedua-duanya bersetuju dengan tuntutan yang dimeterai dalam satu perjanjian. Persetujuan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Antara persetujuan tersebut termasuklah kes berkaitan pembatalan kes nusyuz, hadanah (hak penjagaan) dan nafkah edah. Peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Nabila sebagai plaintif berkata, persetujuan itu dibuat menerusi satu proses mediasi (bagi membincangkan penyelesaian saman) yang dilakukan secara awal tahun ini.

Dalam prosiding di mahkamah itu, Zainul telah membaca tuntutan-tuntutan tersebut dan antaranya adalah nafkah edah perlu dibayar Sharnaaz sebanyak RM500 sehingga tiga kali suci (tiga bulan). Selain itu, Sharnaaz juga bersetuju membayar nafkah anaknya, Jebat Jayden sebanyak RM1,200 sebulan selain pembatalan permohonan nusyuz difailkan oleh defendan.

Sharnaaz juga bersetuju penjagaan anak diberikan kepada Nabila mengikut syarak. Selain itu Sharnaaz juga diberi akses lawatan secara komprehensif terhadap anaknya selama empat tahun termasuk sebuah rumah yang terletak Taman Tun Dr. Ismail juga dipersetujui untuk dipindah milik kepada plaintif.

Pada masa sama, peguam mewakili Sharnaaz, Ummi Kartini Abdul Latif mengesahkan bersetuju dengan terma-terma yang dikemukakan pihak plantif. Sementara itu, Sharnaaz dan Nabila ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka apabila kemelut rumah tangga dapat diselesaikan secara aman.

Menurut Nabila, dia lega apabila kes dapat diselesaikan secara baik. “Saya lega sebab proses perpisahan, hak anak, datang mahkamah ini dia ambil kita punya tenaga. “Emosi pun agak terganggu juga setiap kali nak datang mahkamah, berat hati.

“Tapi Insya-Allah ini kali terakhirlah saya datang ke sini,” katanya. Pada masa sama, Sharnaaz turut berterima kasih kepada Nabila kerana dapat mencapai kata sepakat. “Apa yang jadi hari ini saya sangat bersyukur. Paling penting keutamaan saya dan Nabila ada anak kami Jebat,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, 19 September lalu. Untuk makluman, nusyuz membawa maksud seorang isteri yang ingkar terhadap perintah suami.

BACA : “Sebab Utama Adalah Untuk…”- Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Nabila

Sekadar info, Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 2 tahun.

Sumber : GEMPAK

Mengejutkan Sharnaaz Ahmad Pergi Bercuti Dengan Bekas Isterinya. Jadi Tanda Tanya Pada Warganet. Akhirnya Terbongkar Rupa Rupanya Ini Hubungan Sharnaaz Dan Nabila Sekarang.

Meskipun pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sudah berpisah sejak 9 Julai lalu, hubungan mereka dilihat sangat baik sehingga menerima pujian warganet. Malah sebelum ini, Noor Neelofa turut melahirkan rasa kagum dengan sikap profesional Noor Nabila dan Sharnaaz demi kebahagian anaknya Jebat Jayden.

Terbaru, Sharnaaz dilihat bercuti di Langkawi bersama keluarga Noor Nabila menerusi foto-foto yang dikongsi di akaun Instagram milik Jebat Jayden. Untung Jebat dapat rasa kasih sayang kedua-duanya sekali. Warganet doa semoga mereka berdua bersatu kembali.

Perkongsian itu menarik perhatian warganet yang rata-ratanya tumpang gembira dengan kerjasama mereka dalam membesarkan anak-anak. Tak kurang juga mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih. Terdahulu Noor Nabila pernah memberitahu hubungan mereka kini lebih tenang dan matang. Malah mereka berdua sangat baik demi anak-anak.



Kredit -



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post