Kecoh pasal majlis nikah Neelofa tak patuh Sop. Lepas Neelofa dan suami rupanya Menteri Agama pun dipanggil untuk ambil keterangan tentang isu ini.

Kecoh pasal majlis nikah Neelofa tak patuh Sop. Lepas Neelofa dan suami rupanya Menteri Agama pun dipanggil untuk ambil keterangan tentang isu ini.

MENTERI (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri tidak terkecuali daripada dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan ingkar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail.

Kecoh pasal majlis nikah Neelofa tak patuh Sop. Lepas Neelofa dan suami rupanya Menteri Agama pun dipanggil untuk ambil keterangan tentang isu ini.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Zulkifli merupakan antara individu terawal tampil membantu polis berhubung isu berkenaan. “Kita sudah ambil keterangan YB (Yang Berhormat) berkenaan, dia juga hadir sebagai tetamu jemputan.

ARTIKEL MENARIK:Tiba di Ipd untuk bagi keterangan tentang isu yang viral. Ramai yang tak senang duduk bila tengok Neelofa pergi Langkawi. Rupanya ini antara 2 keterangan yang Neelofa beri pada pihak polis.


“Keterangan beliu lebih awal diambil berbanding yang lain kerana kita juga nak pastikan apa yang ditularkan itu betul atau tidak. “Maklumat yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu kita meneliti lebih dalam mengenai apa sebenarnya yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya dalam pertemuan eksklusif bersama mStar pada Selasa.

Difahamkan Zulkifli dijemput ke majlis berkenaan bagi memberikan khutbah nikah dan tazkirah ringkas. Pada Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris atau Pencetus Ummah (PU) Riz, 26, tampil memberi keterangan berhubung siasatan kes pelanggaran SOP majlis pernikahannya 27 Mac lalu.

Bagaimanapun menurut polis, pihaknya perlu mendapatkan keterangan beberapa lagi ahli keluarga mereka sebelum tindakan lanjut dapat diambil. Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Mengulas kebimbangan ramai berhubung wujud isu pilih kasih atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes ini kerana ia melibatkan golongan selebriti dan VIP, Mohamad Zainal bagaimanapun menafikannya. SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa.

Jelas Mohamad Zainal, tiada sebab untuk pihaknya melindungi pihak terbabit jika mereka didapati bersalah. “Tiada apa-apa kepentingan untuk kita lindung, tindakan akan diambil. Malah kalau kita keluarkan kompaun pun, mereka mampu nak bayar. “Jadi tiada sebab untuk kita tak mahu ambil tindakan,” katanya.

Ujar Mohamad Zainal lagi, siasatan bagi kes yang ditularkan sememangnya memerlukan sedikit masa untuk siasatan berbanding jika pihak berkuasa berada di lokasi pada hari kejadian. “Kalau masa itu (majlis berlangsung) aduan dibuat, saya percaya pada masa itu juga kompaun akan dikeluarkan. “SOP pihak polis adalah sama di mana-mana pun, jika tular kita perlu siasat… tak kira majlis VIP atau orang biasa,” katanya.



Loading...


Warganet kecewa terhadap kenyataan Neelofa – “Purdah Tak Mampu Menutup Sifat Seakan Sombong Dan Angkuh”

Kehidupan seorang selebriti sudah semestinya tidak akan lari jauh daripada perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila perwatakan dan imej segelintir selebriti tanah air kita sering menjadi tumpuan dan dianggap sebagai idola oleh peminat mereka.

Meskipun gelaran ‘selebriti’ diberikan kepada mereka, namun mereka juga merupakan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Lumrah menjadi seorang selebriti ini akan sentiasa dikecam lebih-lebih lagi apabila perkara yang dimuat naik oleh mereka sangat terkesan oleh warganet.

Terkini, isu yang masih hangat menjadi perbulan warganet di media sosial mengenai usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mengundang amarah warganet apabila beberapa kenyataannya di sidang akhbar baru-baru ini berbaur seperti angkuh dan riak.

Menerusi sidang akhbar tersebut, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada warganet kerana disebabkan warganet yang membuat ‘free marketing‘ ini, beliau mendapat peluang untuk membuka lebih banyak cawangan air yang berjenama itu.

Menurut warganet di Twitter, perbuatan Neelofa diungkapkan seperti menyiram bara api yang sedang hangat membara dek kerana isu ini masih belum diselesaikan. Meninjau di Twitter, majoriti daripada warganet meluahkan perasaan kecewa dengan kenyataan Neelofa yang dianggap bongkak serta tidak menyangka beliau akan berkata seperti itu.

Kenyataan Neelofa yang dikatakan berbaur seperti angkuh ini telah membuatkan sesetengah warganet untuk tidak menyokong produk-produk Neelofa lagi. Bagaimanapun, dalam sidang akhbar tersebut, Neelofa meminta ruang privasi untuk beliau menyelesaikan kemelut ini bersama pihak atasan.

Apa-apa pun, kita mengharapkan ada penjelasan di atas setiap perkara berlaku. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak Neelofa dan pihak berkuasa untuk isu ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Koolfm




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post