Lazimlah di hari paling bahagia bagi setiap pengantin yang melangsungkan perkahwinan mahukan penampilan mereka kelihatan sempurna dan cantik ketika bersanding di atas pelamin.
Justeru itu, peranan MUA atau mak andam amatlah penting dalam memastikan pengantin kelihatan menonjol. Tetapi ada juga yang kurang bernasib baik bila majlis istimewa jadi hari yang paling memalukan.
ARTIKEL MENARIK:Terkejut bila Dr Amalina dedahkan dia sudah berkahwin dengan pilihan hati. Rupanya dalam diam ini tarikh kahwin dia.
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Yana Nazaruddin di FB selepas didandan dengan sambil lewa oleh mak andam dan hasilnya sangatlah mengecewakan. Terangnya, dia berasa di4nayai apabila jurumekap menatarias wajahnya dan menyediakan veil serta crowndengan sambil lewa. Tambah menyakitkan hati, bila dihubungu untuk dapatkan penjelasan hanya bluetick ws sahaja diterima.
Ini penjelasan dari pengantin. “Assalamualaikum .dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tp yg dapat hanya bluetick sahaja .Entahlh sedih kecewa semua ada tak thu nak rasa apa bila kena ani4ya mcm ni,”tulis Yana.Tambah Yana lagi, tiada langsung permohonan maaf diterima apabila ditegur dan pihak mereka seakan tidak boleh terima kenyataan apabila hasil kerja mereka dipertikai pelanggan.
“Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang. Bagi crown yg dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dgn veil yg dh colour lusuh putihnya. Tak thu lh nk cakap apa dh. Niat nk berbincang dgn baik tapi yg dapat ibarat dihalau.” –tambahnya.Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang bersimpati dengan pengantin tersebut telah meninggalkan komen diruangan Facebook pengantin itu.
Majoriti mengkritik tindakan yang dilakukan pihak butik kerana memperlakukan pengantin dengan sebegitu lebih-lebih lagi di hari bahagia mereka dan sudah pun telah mengeluarkan modal yang besar untuk perkahwinan.Tambahan pula, warganet juga turut mulai menularkan butik pengantin tersebut di ruangan komen yang dipercayai terletak di Kuala Selangor.Disebalik kesedihan tersebut, seorang MUA terkenal iaitu MUA Bellaz telah tampil untuk membantu dengan cuba menghubugi Yana Nazaruddin.Jadi, sama-sama kita nantikan hasil mekap dari MUA Bellaz.
Dah 11 Tahun Kahwin Tapi Tak Ada Anak. Lelaki Ini Tampil Cerita Tentang Kisah Wanita Ini Dan Suami
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca. Hari ini kita akan ikuti cerita tentang seorang pekerja wanita yang dikatakan mndul gara gara tidak mempunyai zuriat selepas 11 tahun berkahwin. Kelihatan riak wajah seseorang boleh berubah sekelip mata sekiranya perihal sensitif dibangkitkan sehingga mengundang rasa sebak.Biarpun sering berperwatakan ceria, namun hanya Tuhan saja yang tahu apa kesedihan yang terbuku dalam hatinya.
Demikianlah yang dialami oleh seorang lelaki yang menyedari seorang pekerja wanita kelihatan muram di tempat kerja, sehingga menimbulkan tanda-tanya.”Saya dapati ada satu kakak yang saya selalu tegur ni muram je. Saya pun peliklah sebab setahu saya kakak ni seorang yang ceria. Saya pun ringankan mulut tegur, Morning kak. Masam je muka hari ni, dah breakfast?”Haah dik, tak ada mood. Dah makan tadi. Kenapa tak ada mood pula kak? Entahlah, semua kawan akak cakap akak mandul sebab tak dapat bagi anak lagi. Tiba-tiba mata kakak tu berkaca,” tulis lelaki itu menerusi Facebook Eddie Diana.
Lelaki tersebut, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh dimaklumkan oleh wanita itu bahawa usia perkahwinannya memasuki tahun ke-11.”Oh, baru 11 tahun. Akak ipar saya 17 tahun kahwin baru dapat anak. Saya pun sembilan tahun tunggu baru dapat anak. InsyaAllah, akan tiba masanya nanti. Akak sabar ye.”Mendengar jawapan daripada saya barulah akak tu tersenyum sedikit. Betul ke dik, dah 17 tahun baru dapat anak. Betul, buat apa saya nak tipu,” katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya kepada pekerja wanita itu untuk memaklumkan sesuatu berkaitan kakak iparnya.
Kemudian Shahruddin yang berusia 35 tahun itu memberitahu, wanita itu kemudian mengesat air mata dengan wajah penuh berharap.”Maknanya akak ada peluang lagi la kan. Ada, akak sabar je okay. Terima kasih dik, sebab bagi akak semangat dan harapan semula.”Akak dah macam putus harap dari malam tadi. Sampai rasa nak suruh laki akak kahwin lain je supaya dia dapat anak,” ujarnya yang mengimbas semula perbualan itu sambil menambah hanya mampu tersenyum dan terus beredar.
Berikutan luahan ‘kakak’ berkenaan, dia yang bekerja di Singapura melihat situasi tersebut sebagai realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.”Ada perkara yang kita boleh cakap dan ada yang kita tidak boleh cakap. Benda ni adalah perkara penting yang kita sebagai manusia harus tahu.”Kita tak boleh sewenang-wenangnya tanya soalan-soalan sensitif kepada kawan atau sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga kita. Contoh soalan yang kita tak boleh tanya ialah, berapa gaji kau kerja dekat situ? Bila kau nak dapat anak? Kenapa kau tak kahwin? Berapa simpanan kau sekarang? Ini semua termasuk dalam soalan-soalan yang kita tak patut tanya,” ujar bapa dua anak itu.
Tak mengira rakan baik atau tidak, jelasnya, soalan sebegitu tetap sensitif melainkan empunya badan yang bercerita atau bertanyakan pendapat.”Benda ni nampak macam remeh, tapi besar kesannya kepada orang yang hendak menjawab soalan tersebut. Ia boleh menyebabkan mereka hilang mood dalam melakukan tugas seharian mereka,” ujarnya.Shahruddin yang dikurniakan cahaya mata selepas sembilan tahun berkahwin turut diajukan pelbagai soalan seumpama itu tanpa rasa segan daripada pihak yang bertanya.
“Bila kau nak dapat anak. Rugi dapat anak lambat ni. Nanti kita dah tua anak sekolah lagi? (Masa ni saya belum ada anak lagi).”Benda ni ialah soalan yang kita tak mampu nak jawab. Bukannya nak dapat anak tu macam kita nak buat kek. Masuk perisa tu, masuk tepung penaik ni. Masuk gula itu ini. Tup tup jadi kek.”Hanya Allah sahaja yang tahu bila dan ketika kita layak untuk mendapat anak. Jika soalan tu datang kepada saya, mungkinlah tak terasa sangat sebab orang laki ni memang sifat dia tak endah sangat dengan soalan-soalan macam tu. Tak terasa sampai ke hati.
“Tapi jika soalan tu datang kepada isteri saya. Di hadapan orang yang bertanya dia akan senyum dan gelak. Tapi di belakang orang yang tanya, dia akan bersedih,” katanya sambil menambah kesannya akan menimbulkan pelbagai soalan yang pelik yang boleh menjejaskan mood hubungan rumah tangga.Sehubungan itu, Shahruddin yang kini mendirikan rumah tangga selama kira-kira 10 tahun meminta semua pihak menjaga sensitiviti untuk tidak bertanya soalan yang tidak wajar.”Letak dalam diri kita macam ni. Sebelum kita nak tanya orang tu. Kita fikir apa impak atau kesan yang jadi pada orang tu kalau kita tanya.”Letak diri kita dekat orang tu dulu sebelum nak tanya apa sahaja soalan,” katanya.
Isteri Pertama Sanggup Merisik Bakal Madu Buat Suami Tersayang. Perkongsian Ini Ternyata Raih Perhatian Ramai
Bagi kaum wanita yang sudah bergelar isteri, sudah tentu kehidupan berpoligami merupaka salah satu perkara yang sukar diterima oleh setiap wanita bergelar isteri,. Namun bila si suami sudah membuat keputusan untuk berkahwin lain, sudah tentu hati isteri rasa dikhianati dan rasa tak disayangi. Berbeza pula bagi seorang wanita ini bila dia kelihatan sangat tabah hadie majlis pernikahan suaminya.
Perkongsian Nur Shalini yang merupakan adik isteri pertama di akaun Tiktok menceritakan tentang pengalaman kakaknya yang merupakan isteri pertama memberi keizinan si suami untuk berkahwin lain. Kata wanita itu,seminggu sebelum akad nikah berlangsung, kakaknya sendiri telah merisik bakal madu buat suami tersayang. Pada 16 MAc 2021, suami telah sah bernikaj dengan wanita itu yang juga merupakan isteri kedua
Secara tidak langsung menjadikan kedua-dua wanita ini menjalani kehidupan berpoligami dan berkongsi kasih sayang daripada lelaki yang sama. Berdasarkan perkongsian, kelihatan isteri pertama turut memakai pakaian sedondon berwarna kelabu. Wanita ini juga sempat membantu membetulkan sampin suami untuk majlis akad nikah yang dipercayai berlangsung di pejabat agama.Menjengah ruangan komen si adik, wanita ini memaklumkan kakaknya ikhlas dan reda dengan ketentuan tersebut selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Suami Gaji Kecil Manakala Isteri Pula Gaji Besar Sampai Shopping Pun Sakan. Satu Hari Terkejut Suami Bila Ada Penanggal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Hai min. Tlg hide profile. Saya guna fb adik saya. Saya ni umur 43, isteri umur 31. Kami kahwin dah 4 tahun tapi isteri jenis tak pandai menyimpan. Gaji saya 2100, gaji dia 6000. Kereta saya biasa je, kereta isteri saya pula besar macam badan dia. Memang la gaji besar tapi kalau bukit tinggi hari2 kena tarah, rata juga.
Saya tak pernah guna duit dia sebab saya ni jenis simple, makan dan pakai apa saja. Isteri pun macamtu, tak memilih makan.Waktu kahwin dulu pun buat satu majlis niikah, makan2 simple je. Dia tak kemaruk nak ada pelamin atau kahwin grand, walaupun dia ada master, saya cuma ada PMR.
Tapi kalau shopping, macam dirsuk. Saya risau nanti kalau ada anak, dia masih dengan habit shopping. Kalau saya pergi dulu macam mana masa depan dia, sapa nak guide dia. Saya tau tu duit dia tapi min, bila saya simpankan nanti waktu dia minta kalau saya tak kasi nanti dia buat muka sedih.
Dia ni tiap2 bulan ada je tema dia. Kalau bulan tu kemaruk beli makeup, dekat berpuluh kali la keluar masuk Watsons, Guardian, Sasa. Rumah tu dah macam gudang lipmatte. Lagi2 dia beli lipmatte yang satu kotak ada berpuluh batang tu tapi warna gelap2 macam hantu. Kalau bulan tu tema langsir, habis la semua Mr Diy dia masuk sebab nak cari langsir pattern sama. Kalau bulan tu tema pinggan mangkuk, habis la tiap2 minggu dia ajak ke Nilai 3. Kaison la, Madam King la.
Lepastu siap buat perjanjian lagi nanti bila habis PKP dia nak pergi Central Market sebab ada jual pinggan corak2 warna warni tu. Dah la rumah kami ni ada 3 kedai EcoShop, semua dekat2. Lepastu ada Zon Jimat, Mr Save, Setia rm2. Ya Allah semua dekat2. Waktu saya tidur dia duk termenung la kat dapur tu fikir apa lagi nak deko. Tolong saya para isteri. Mcm mana nak nasihat budak byk duit ni.
Bila saya marah, dia kecik hati. Dia kata dia beli barang sbb nak release tension kerja. Saya faham kerja bank mmg tekanan. Mmg bonus dia paling sikit 12 ribu setiap tahun tapi dok tabur duit beli barang tu, sampai bila. Alahai min, tolong la saya min. Dia serba serbi elok, pandai masak, pandai hias diri, pandai pulak tu bertukang. Tukul tu dah mcm kawan baik dia.
Sampaikan set screwdriver pun dia pandai beli sendiri, siap beli yg ada magnet. Kalau sofa ikea, rak ikea, trolley ikea, dia boleh pasang sendiri. Sekejap je. Kalah lelaki. Waktu PKP kami duduk rumah, dia asyik beli set periuk je sampai berpuluh dah. Seronok dia masak daging mahal2. Saya kurang makan daging, udang sbb saya suka ikan bilis, ikan masin je.
Tapi apa benda Dessini beli sampai dua set, dia cakap best sangat pakai. Tak cukup beli kedai, beli Lazada. Shoppe. Mmg dia pakai setiap hari tapi geram tu Tuhan je tahu. Skrg dia tgh teropong jenama Carote, saya tgk harga dekat 3-4 ratus satu set.
Yang rm699 pun ada. Tefal dia dah bosan. Ada sekali tu saya balik awal sebab letih kerja, tgh syok baring depan tv tiba2 Poslaju sampai. Ha kau, kotak besar Ikea. Dia beli balang Korken byk, dgn pinggan Oftast ya Allah dapur tu dah mcm gudang pinggan nak beli lagi buat apa. Dia nak cover line, dia ckp la dia ada beli sekali roller bulu kucing Bastis tu, sbb kucing kami fully indoor, roller mmg kena ada byk. Hmm..
Min, nampaknya tema bulan ni adalah tema baju. Dan tema rambut palsu. Setakat harini, dah 3 rambut palsu sampai dekat rumah. Tadi gi dapur nampak rambut palsu sangkut kat botol air Pepsi. Ingatkan hantu pennggal. Dia cakap saja pakai waktu mengemas dapur. Hm..
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Sha Hana, Maaf ya..inilah confession yg paling win. Sangat2 kelakar. Encik memang berbakat menulis dan bertuah sebab wife pun berbakat dalam serba serbi. Saya doakan kebahagiaan dunia akhirat buat Encik & wife yg comey. Part wig tu memang menghiburkan.
Uyu Hadi, Happy baca luahan tt ni…. mungkin tt stress.. tp wife dia x…. Abam tt… tu cara wife abam tt transfer perasaan excitement dia bam…labur duit utk kepuasan hati sendiri… reward dia pd diri sendiri. Mungkin melampau pd abam tp emosi wanita ni subjektif bam.. untung abam.. wife abam x ‘ganggu’ abam dgn kehendak dia. Syukur la bam… sbb bnyk wife kat luar ni yg bergantung dgn suami utk puaskan hati dan keinginan mata mereka.
yg mn rata2nya terperuk rasa sbb x dpt nk shopping kat kedai eco pun. Bagus wife abam hias deco rumah.. abam pun dok dlm rumah yg sama… mesti cantik selesa kan? Wife abam make up… bior ler bam… puas dia conteng muka… diam la tu.
Puas dia beli brg bnyk… lps ni slow la tu… setakat mn la sgt maksimum limit shopping dia tu… mn la taw koleksi yg terlebih bnyk tu nnt blh buat dia pikir beli banglo pulak utk space yg lebih luas ? Enjoy your life bam…. semoga bahagia hendaknya.
Indah Suhana, Weiii dlm bayk maslaah krt..yg ni paling win..saya suka..saya suka..weiii best laa baca ni. bini hang sama pesyeng dng perangai aku juga laa weii..jenis aku pun smaa..kku dan suka beli periuk beliii periuk smpai tak tau mna nk simpan..kku dan suka beli cadar ..beliiiiiiii sebuman tu smpi 15 set cadar tilam weiii…sebijiik smaa..
aku ingt aku ja pesyeng lagu ni..rupanyaaa ada juga lagu ni weiiu. tuan tanah weii biar pi kat dia laa dia nk beli apa pun..nnti.sampi.satu masa dia tak beli dah..lagi pun dia byk duit pakai duit sendiri ok laa tu.. untunglaa tuan tanah..beza aku lak pakai duit laki. sebb aku suri rumah..aku bagi cadahn kat tuan tanah..apa kata tuan tanah cucuk2 dia supaya dia suka beli barang kemas bagsawan pula..
mo klu dan dia suka beli emas nnti dia keja beli emas..bukan apa beli emas untung.. tuan tanah cucuk2 dia supaya dia suka emas pula. Tuan tanah oii..nak tau tak jenis gini kan mmg dia rasa bahagia tau .sbb aku oun camtu..bila dapt beli barg yg suka tu ya allah bahagianyaa hidup mmg ilamg stresss ..biar pi kat dia laa ..bahagia cara dia camtu.aku tau laa sbb aku jenis gini. sungguh pun
Sri Hana, Dia ada duit sdiri n dia mmpu biarlh dia happykn diri dia dgn cara dia.. akn sampai satu masa nnt yg dia akn bhnti.. shopping n perempuan berpisah tiada.. hobi yg setiap lelaki kna tahu.. as long as dia x susahkn tt dan bli pn guna duit sdiri biarkn aje.. yg pnting nafkah tt utk isteri tu yg tt perlu ambil berat.. jgn duk asyik kira duit bini je.
Mas Ibrahim, Seronok baca. Dapat bayangkan rumah anda mesti meriah ya… Walaupun lom ada anak.. In shaa Allah berkat doa dan nasihat tak henti2 tapi nasihat cara yg lembut tapi tegas… In shaa Allah ada anak nanti dia akan berubah sikit2… Pada itu anda simpan la juga duit gaji anda sikit.. Utk masa depan anda dan keluarga… Suatu hari dia pasti berubah.. Caya la.
Liya Wana, Alamak sy paham perasaan wife tt ni huhuu aku setiap bulan ada budget tp setiap bulan jg laa budget tu blh buang tong sampah akibat tabiat hobi shopping ni. sekali shopping hrmone kegembiraan tu melonjak naik tau . Biarkan dia sb duit dia, mesti isteri tt ada simpanan tu jgn risau psl tu. Tp tt jgn lupa bg nafkah yg sepatutnya dgn dia even gaji dia besar k. Till jannah
Suraya Azlin, Abg…kj bank ni stress dia bkn kaleng2 bang. Salah satu cara mmg soping…kalau x soping..bercuti kt hotel. Abg jgn bimbang kalau abg pergi dia xd simpanan. Sbb pekerja2 bank ni tau mana nk campak2 duit dia ni. Kalau x tau…
bos2 dia akan paksa buat bang. Insha Allah. Busuk2 asb mmg kena ada. Wajib. Bhahahaha… biarlah bang. Bese org bank ni jarang kisahkan gaji pasngan masing2. Jgnlah abg susah hati ckp gaji abg lg kecik dr dia. Banker ni…cuti pn kena hadap bos..hadap cust. So masing2 ada cara nak release stresss. Xpela..jgn risau ye.
Nisa Halim, Itu cara wife awak release stress. Lagipun guna duit dia kan? Saya pun ada perangai mcm ni jugak. Kita letih kerja. Rasa puas bila dpt beli apa kita nak. Bukan dia membazir beli benda tak berfaedah pun. Org perempuan ni awak tak perlu risau la. Kitaorg ada bajet utk shopping dan ada wang simpan utk emergency dan masa depan.
Sakura Kimura, Biarlah dia tt tu tanda kebahagiaan dia.. tp kalau dh terlalu banyak kene ckp kat dia kene bersedekah tt cari kat youtube ceramah ustaz2 berkenaan keinginan perempuan nie ada banyak salah satunye nie la shopping brg2. kalau brg banyak beli tp x gune khas utk simpan je.. nanti esk2 brg tu bley bawak masuk ke nrka.. so kene terangkan kat wife tt tu.. lainlah kalau isteri tt banyak sedekah tu saham akhirat.. try la.
Sha Zaza, Aduh seronok pulak aku baca kisah tt ni. Ok apa bini kau, takde la hidup menyusahkan ko. Cuma boros la. Tp dia guna duit dia. Semua ok kot. Pndai serba serbi. Ingt senang ke nk jumpa perempuan macam tu. harap tt bersabar ye. Tunggu tema dia seterusnya yer. Aku doakan jodoh korang kekal bahagia hingga jannah . Amiin. Tapi yg bab rambut palsu tu. sumpah lawak beb.
Rahma Dania, Sy terhibur baca cite tt ni huhu, xtau nk bg pndapat cemane sbb dy beli seme tu guna duit dy…duit suami duit isteri,duit isteri tetap duit isteri… suatu hukum dan hakikat yg seakan tidak dapat diterima pakai kebelakangan ni asbab trend isteri bekerjaya tp kene igat, hukum tetap hukum. Syarak tetap syarak yg tidak akan ditelan zaman.
Linda Lin, layankn ajerlah tt… as long as bini tu lyan elok.. masak, kemas n jaga tt tu elok… biaq lah bg dia happy … dah bini awk tu cara happy nya mcm tu… nk wat lagu mana… kang klu disekat … tt gak yg susah nti… cuma bgtaulh lembut2… nk brbelanja tu boleh… tapi menyimpan utk masa depan itu perlu… mana tau kot2 ada masa2 kecemasan perlu duit… takdelh kelam kabut.
Miyu Hana, Awak kalau nak nasihat dia mungkin sukar sebab itu memang duit dia. Jalan yang terbaik ialah beri dia agama. Agama Islam larang pembaziran.. jadi kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri. Bagi dia ilmu.. dengar kuliah agama sama2.. expecially bab beli barang yg tidak dipakai.. nanti ditanya Allah.. buat apa dengan duit yg dia dapat, berapa banyak yang disedekahkan, berapa banyak beli barang2 simpan..
dipersoal diakhirat kelak. Biar dia insaf dari ilmu yg dia dapat.. kesedaran perlu datang dari diri dia sendiri. Kuatkan diri, hormaati diri sendiri insya Allah orang akan hormat awak. Niatkan kerana Allah.. pasti Allah akan tolong.
Riena Diana, Terhibur.. Kalau sy bekerjaya, sy rase sy pun mesti mcm ni.. Sy pun bsr jg..hahahahaha..Wife tt bahagia cara dia.. Itu cara dia release stress..Sementara xde komitmen anak.. Ni la masa Dia nk ‘enjoy’ slps penat lelah berhabis mase blaja dulu utk kejar cita² skng… Bersyukur jg tu, dia blanja guna duit sendiri, serba serbi pandai plk tu.. Lainla kalau dapur berulat, kain baju bergunung ganang..Pengotor.. Tt x perlu stress.. Pasti ade ‘simpanan’ kira² yg wife tt dh rangka… Ikhlas sy doakan semoga tt dan wife berbahagia sehingga syurga dan dikurniakan anak soleh solehah.. Aamiin..
Intan Yahya, Sabar lah yer tt. Ni dulu perangai saya juga. Lama2 rumah dah jadi macam gudang. Terlalu banyak barang. Nak apa semua ada. Dari periuk, pinggan mangkuk, kain baju, kitchen organizer, electronic, tv setiap bilik, kitchen gadget, alat2 membkar kuih, skin care, makeup, kalau sasa, sephora dan faceshop tu pantang jumpa, mesti beli berbakul2. Lama2 sekarang ni saya dah tak tau nak beli apa.
Kalau pi shopping pun hanya sekadar cuci mata. Dah hiilang keinginan nak membeli bila teringat kat rumah yg hanya ada 4 orang pun rasa sempit dgn barang. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Kredit -
Post a Comment