Buat kejutan sambut ulangtahun Ardell awal 10 hari. Nadzmi Adhwa sanggup bagi hadiah istimewa ini
Tambahan pula, mereka tidak lokek berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di media sosial masing masing. Terbaru, Nadzmi telah membuat satu perkongsian di IG yang dia membuat kejutan khas buat isterinya iatu menghadiahkan sebuah kereta berjenama Toyota Alphard berwarna hitam untuk isteri tersayang sempena ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.
ARTIKEL MENARIK:Nak saman Neelofa kalau tiada permohonan maaf dlam masa 24 jam. Terkejut bila tiba tiba Ustaz Abu Syafiq dedahkan puncanya.
Difahamkan walaupun ulang tahun kelahiran Ardell Aryana berlangsung pada minggu hadapan, namun Nadzmi tetap memberikan kejutan dengan memberikan hadiah pada 10 hari awal dari tarikh tersebut. Kongsinya lagi , kereta itu juga difahamkan diberi bagi menggantikan kereta Ardell yang sebelum ini dijadikan pengangkutan misi kemanusiaan yang disertai oleh mereka.
Selepas sahaja membuat perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji tindakan pelakon kelahiran Sarawak itu yang sangat menghargai jasa isterinya.Mereka turut mendoakan agar hubungan perkahwinan Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak-anak dan keluarga tersayang.
Niat Pergi Sabah Untuk Hantar Bantuan Jadi Pertikaian Warganet. Mengejutkan Sampai Ada Yang Cakap Macam Ni Pada Ardell Aryana.
Niat pergi Sabah untuk hantar bantuan jadi pertikaian warganet. Mengejutkan sampai ada yang cakap macam ni pada Ardell Aryana.
Niat murni pelakon Ardell Aryana menjadi salah seorang sukarelawan bagi misi bantuan penduduk di kawasan pedalaman di negeri Sabah telah disalah erti oleh segelintir warganet. Seperti sedia maklum, Ardell kini sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya bersama dengan pasangan yang juga merupakan pelakon, iaitu Nadzmi Adhwa.
Menurut segelintir warganet, Ardell tidak sepatutnya menyertai misi bantuan itu kerana dia masih mempunyai anak kecil di rumah dan dia sepatutnya menjaga keperluan suami dan anak sahaja. Mereka beranggapan Ardell seperti mengabaikan keluarganya yang lebih memerlukan dirinya di rumah berbanding penduduk di Sabah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertikaikan tentang tahap kesihatan Ardell sendiri kerana sebelum ini dia pernah disahkan menghidap sakit tahap 3.
Dalam masa sama, mujur ada juga warganet yang memahami niat murni pelakon tersebut yang mana dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan. Ardell sebelum ini memang terkenal dengan sifat prihatinnya yang sering menyertai misi kemanusiaan dalam membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Rata-rata netizen berasa bangga dengan pengorbanan Ardell dan menyifatkan dia sebagai seorang yang gagah dan berani. Semoga kita semua dapat mencontohi sikap murni Ardell ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HOTFM
Didatangi Puluhan Bot Ketika Sampaikan Bantuan. Perkongsian Ardell Aryana Di IG Membuatkan Ramai Warganet Sebak Dengan Kisah Realiti Sebenar Di Sabah
Baru dua hari yang lepas, pelakon Nadzmi Adwa, sempat berkongsi sebuah video sebak, perpisahan dia bersama isterinya. Difahamkan isterinya, yang dikenali sebagai Ardellaryana akan berangkat ke Sabah menyertai satu badan sukarelawan yang membantu individu-individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Menerusi Instastory Ardellaryan, cukup membuatkan ramai orang sebak dengan realiti sebenar apa yang terjadi di Sabah. Video tersebut yang berdurasi satu minit 13 saat itu memaparkan Ardellaryan bersama pasukannya yang dikenali sebagai MyFundAction, sedang mengagihkan bekalan makanan kepada mereka yang telah siap sedia menunggu. Bantuan yang diberikan merupakan barangan asas seperti beras, gula dan susu.
Tambahan pula, video tersebut jelas menunjukkan mereka (penerima bantuan) ini sudah ternanti-nanti akan bantuan yang bakal tiba dan berebut antara satu sama lain. Paling menyedihkan, apabila bantuan ini disampaikan di atas bot sahaja dan pasukan ini terpaksa memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) di bawah terik panas matahari bagi memastikan keselamatan diri mereka daripada ancman virus Covid-19.
Selain itu Ardell turut memaklumkan rakan artis, Janna Nick turut memberikan sumbangan kepada dirinya diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah.Tidak berakhir di situ, Ardell turut mendoakan individu-individu yang telah memberikan sumbangan selama ini supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat.
Ardell turut menceritakan perjuangan petugas media TV3, yang sanggup menahan panas dan terdedah kepada ancaman virus Covid-19 bagi membawakan berita-berita terkini kepada rakyat Malaysia. Tambahan pula, bantuan yang diberikan bukan di atas darat seperti lazim yang dilakukan, ia dilakukan di laut yang memerlukan tenaga fizikal dan mntal yang kuat.Apa yang dinampak tak semudah dengan apa yang terjadi.
Dikhabarkan Turut Terbang Ke Negeri Sabah Untuk Laksanakan Satu Misi Ini. Ardell Aryana Dedah Dia Menangis Selepas Dia Terpaksa Tinggalkan Orang Tersayang Sehinggakan Meraih Perhatian Ramai
Melihatkan situasi COVID-19 di Sabah semakin membimbangkan dengan peningkatan kes baharu mendadak, pelakon Ardell Aryana dikhabarkan turut terbang ke negeri Sabah untuk misi bantuan kemanusiaan.Menerusi perkongsian di Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa turut memuat naik video Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.Nadzmi turut memohon para peminat dan warganet mendoakan agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang keberadaannya di Sabah.Melihat Ardell menangis sebak ketika memeluk cium anak mereka, Nadzmi berkata dia terpaksa menahan air mata di hadapan isterinya tercinta.Diruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan segala urusan Ardell disana akan dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi di sana.
Jalani Operasi Major Selama 11 Jam. Nadzmi Adhwa Mohon Orang Ramai Doakan Ibunya Dan Agar Operaasi Tersebut Berjalan Dengan Lancar Dn Bebas Daripada Sebarang Masalah
Pelakon, Nadzmi Adhwa, menerusi sebuah posting di Instagram memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu operasi awal pagi tadi.Menurut Nadzmi, dia berharap agar operasi tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah.“Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik operasi pada pagi ini untuk major operation.“Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala sakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.“Angah sayang mak ! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak,” tulisnya.
Difahamkan prosedur operasitersebut bakal berjalan selama 11 jam.Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik operasi. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu operasi dipermudahkan.Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa
Ardell Aryana sebak apabila perlu pergi tinggalkan keluarga hanya untuk menghantar bantuan di negeri Sabah
Situasi Covid-19 di Sabah semakin meruncing dengan peningkatan kes baharu dan juga kes pemergian semakin mencatat angka yang membimbangkan.
Prihatin dengan nasib penduduk di Sabah, pelakon dan juga usahawan, Ardell Aryana, dikhabarkan akan pergi ke negeri itu bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Ardell pergi Sabah hantar bantuan
Menerusi perkongsian di Instagram suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa, memaparkan video saat Ardell mengucapkan selamat tinggal kepada anak dan suami sebelum berangkat ke Sabah.
Di dalam entri Nadzmi, dia memohon doa daripada orang ramai agar isterinya pergi dan pulang dalam keadaan selamat serta dilindungi sepanjang berada di Sabah. “Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu di Sabah. Bantulah mereka sepenuh daya mu. Doa saya sentiasa mengiringimu…” Di ruangan komen, rata-rata pengikut juga turut mengutuskan doa agar Ardell berada dalam keadaan selamat sepanjang menjalankan misi bantuan.
Sumber : Nadzmi Adhwa
Ardell Aryana alami pendrhan teruk selepas bersalin – “Umi munth sampai pngsan, turun drah banyak”
Keadaan Ardell sangat lemah selepas melahirkan cahaya mata pertama.PELAKON Ardell Aryana mengalami pengeluaran cecair merah yang teruk sehingga menyebabkan dia mntah tanpa henti selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Jumaat lalu.Perkara itu dikongsikan di laman sosial milik anak mereka @babyahwardell yang dipercayai ditulis oleh suaminya pelakon Nadzmi Adhwa.”Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umi. Selepas saja selamat melahirkan saya, umi mntah terus pngsan sampai keesokkan harinya.
“Umi cuba bangun, jururawat mandikan umi mntah lagi kemudian umi pngsan terus dalam tandas sebab umi turun banyak drah tapi umi tetap juga kuat.”Alhamdulillah hari ini (Ahad) umi saya dah semakin kuat, tak pngsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umi sekejap semalam dan pagi tadi. Semoga cepat sembuh umi. Baby dan abie doakan,” katanya.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.Ardell dan Nadzmi sambut kelahiran bayi sulung mereka pada Jumaat lalu.Pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya itu mnhn kesakitan selama 16 jam.Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan tersebut masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.-mstar
Hamil 6 bulan… Ardell Aryana dinasihatkan bawa kerusi roda, dikhuatiri pngsan walaupun sedang duduk
MENGHITUNG hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya, Ardell Aryana yang sedang sarat hamil tujuh bulan.Nadzmi berkata biarpun doktor menasihati Ardell menggunakan kerusi roda berikutan dikhuatiri pngsan pada bila-bila masa namun isterinya itu tetap berdgil.Bagaimanapun, Nadzmi tetap memberi sokongan kepada isterinya yang gemar mencabar diri untuk berjalan lebih dua kilometer dalam masa satu hari.Nadzmi berkongsi video memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat kepenatan.“Doktor kata bila-bila masa saja dia boleh pngsan walaupun waktu sedang duduk. Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi deg1l.
“Come on sayang awak boleh buat. Dia selalu cabar diri dia jalan kaki dua kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ini tapi tak tercapai.”Tak apa sayang cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh! Awak salah seorang wanita paling kuat yang saya pernah jumpa sejak kita jadi kawan baik beberapa tahun lalu,” katanya.Nadzmi turut memuat naik video yang memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat di ruang barangan elektrik di sebuah pusat membeli-belah.
Rata-rata warganet berharap Ardell mendengar nasihat doktor agar tidak memudaratkan diri serta bayi dalam kandungannya.Selain itu, ada juga segelintir warganet yang berkongsi pengalaman mereka mengalami masalah yang sama ketika sedang sarat mengandung.”Kalau memudaratkan untuk ibu dan bayi, ada baiknya ikut nasihat doktor ya Ardell. Apa-apa pun korang lebih tahu keadaan diri masing-masing.
“Harap terus kuat dik… jaga kesihatan tu, ikut nasihat doktor. Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik buatmu dalam apa juga keadaan.Ardell dan Nadzmi bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.“Ya. Saya pernah pngsan masa kandungan empat bulan. Jatuh hmpap troli lebam habis badan. Setiap kali nak pitam, saya mesti terus terduduk takut nak berdiri,” komen warganet.
Menerusi laporan mStar pada 20 Disember tahun lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira isterinya sedang hamil empat bulan.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah perempuan di Seri Kembangan, Selangor.-mstar
Terlalu pan1k, Ardell rasa seperti tak mahu kahwin
KUALA LUMPUR: “Kalau ikutkan hati, saya memang nak lari sebelum perkahwinan berlangsung.”Demikian kata pelakon, Ardell Aryana, yang menjadi bualan ramai rentetan reaksinya yang terketar-ketar ketika suaminya, Nadzmi Adhwa, hendak menyarungkan cincin ke jari manis pada majlis pernikahan mereka, 1 September lalu.
Reaksinya pada hari bahagia mereka itu mengundang pelbagai maklum balas warganet, dengan sebahagiannya mengkritik konon ia dibuat-buat, manakala sesetengahnya berasakan ia sangat ‘comel’.Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin menjelaskan, reaksinya bukan dibuat-buat, sebaliknya dia memang berdepan masalah kemurungan dan kebimbangan melmpau, hingga diserang pan1k.
“Ketika akad dilafazkan, saya rasa kehidupan ini berubah sepenuhnya. Pelbagai perkara berlegar di fikiran, saat itu. Saya macam tidak percaya sudah menjadi isteri orang.“Saya memang ada masalah kebimbangan dan kemurungan teruk. Saya tidak boleh berdepan dengan ramai orang. Ia membuatkan saya berasa takut. Waktu itu, saya sendiri jadi keliru apabila gementar. Saya tak pasti sama ada nak marah atau sebaliknya.
“Sebelum akad nikah, saya menggeletar ketika bersiap. Ketika itu, saya memang rasa seperti tidak mahu kahwin sahaja. Saya sendiri tidak boleh membayangkan, bagaimana kalau serangan panik melanda ketika atas pelamin? Ternyata, saya memang sangat panik,” katanya.Ujar Ardell, masyarakat tidak tahu apa sebenarnya berlaku, namun dengan cepat membuat telahan sendiri.
“Ada orang cop saya sebagai ‘minah gig1l’, sakit parkinson dan c4cat. Tidak kurang juga yang menyentuh isu malam pertama. Jujur, saya memang tertekan dengan semua itu.“Hanya selepas dua hari kami bernikah, baru saya memberanikan diri untuk keluar rumah. Itupun selepas dipujuk suami,” katanya.Kata Ardell, dugaan diterimanya tidak terhenti setakat di situ.
“Lebih memritkan, ketika bersetuju untuk keluar makan di sebuah premis di Shah Alam, ada sekumpulan orang merakamkan kami berdua dari dalam kereta menggunakan telefon bimbit, sambil ketawa. Sampai begitu sekali sikap sesetengah manusia,” katanya.
Sementara itu, Nadzmi mengakui kasihan dan sedih melihat nasib isterinya yang dipersendakan.“Dalam kegembiraan mendirikan masjid, saya sedih apabila hal sebegini terjadi. Jujurnya, saya tidak tak rela apabila isteri dihiina.“Dia bersedih beberapa hari selepas kami berkahwin. Bagi kami, apabila dipersenda dan ditertawakan, ia bukan perkara kelakar. Malah, ia menyerlahkan sikap bvli siber dalam kalangan masyarakat kita,” kata Nadzmi.
Nadzmi menambah, mereka tidak pernah berniat untuk mencipta cerita sensasi sebegitu.“Ketika di pelamin, saya cuba mengawal keadaan isteri yang panik. Apabila tenang, baru saya sarungkan cincin ke jari manisnya dengan perlahan-lahan.
“Memang ada jurugambar dan wartawan meminta kami memberikan pelbagai gaya, termasuk mencium dahi untuk mendapatkan gambar cantik. Tetapi, kami masih tebal dengan sikap malu, sekalipun hubungan sudah halal.“
Hakikatnya, mungkin ada yang tak faham, isteri begitu gementar. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kami berdua. Kami juga mengucapkan Alhamdulillah bagi yang bercakap sebaliknya,” kata Nadzmi.-bh
‘Jodoh kami kuat’ – Nadzmi & Ardell
BERKALI-KALI lamarannya ditolak namun kata orang usaha itu tangga kejayaan dan kalau sudah jodoh tidak ke mana. Begitulah juga dengan ikatan cinta pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa, 27, dan Ardell Aryana, 29, yang akhirnya bersatu sebagai suami isteri pada 1 Muharam (1 September) lalu selepas lapan tahun berkenalan.
Sama cantik sama padan, keikhlasan Nadzmi meruntun jiwa Ardell yang pada awalnya hanya selesa sebagai kawan dan akhirnya Ardell sendiri merisik serta mengajak Nadzmi berkahwin.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, pasangan yang mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015 itu sepakat melakukan persiapan dalam tempoh dua bulan saja.
Bersyukur segalanya berjalan lancar, dengan sekali lafaz Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri Nadzmi Adhwa Nor Adzmi. “Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan.
“Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” katanya. Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid al-Muttaqin, Ustaz Mohd Hafiza Hafiz Baharuddin di rumah Ardell di Seri Kembangan, Selangor.
Ardell menerima dua dulang hantaran dibalas dua dan senaskhah al-Quran sebagai wang hantaran manakala mas kahwin RM300. Berkongsi mengenai perasaannya yang terbuka untuk menerima Nadzmi, Ardell berkata, dia tersentuh melihat keikhlasan Nadzmi yang setia bersamanya dalam keadaan susah dan senang.
Katanya, Nadzmi kawan bermain futsal dan disebabkan dia muda daripadanya, perasaan itu lebih kepada menganggapnya sebagai adik. Lagipun, dia pernah kecewa, jadi takut untuk bercinta lagi. “Tetapi apabila melihat dia sanggup menunggu dan sentiasa ada ketika susah dan senang, sedih dan kecewa saya cuba menerimanya perlahan-lahan.
“Walaupun sebelum ini sudah banyak kali dia melamar, bukan kerana saya tidak mahu tetapi perasaan bercampur baur antara takut dan suka. “Dek sedar terlalu banyak kekurangan pada diri dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri itu bukanlah mudah, saya bimbang tidak mampu melaksanakannya dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Nadzmi pula berkata, apabila Ardell menerima lamarannya tanpa meletakkan sebarang nilai wang hantaran dan hanya senaskhah al-Quran ia sesuatu yang sangat mahal dan begitu berharga. “Ardell tidak meminta wang hantaran sebaliknya al-Quran yang sebelum ini dia pernah berikan dan minta saya khatamkan serta memahami maksudnya. Al-Quran ini kemudian saya berikan kepadanya semula sebagai hantaran. “Bagi saya, ia perkara yang sangat bernilai dan paling mahal di dunia. Ardell wanita luar biasa dan perkara terbaik dalam hidup saya,” katanya.
BULAN MADU KE MAKKAH, BELUM TETAP TARIKH RESEPSI
Berkongsi mengenai majlis resepsi, pasangan itu belum menetapkan sebarang tarikh tetapi berharap ia dilaksanakan dalam tahun ini. “Sebenarnya kami sendiri tidak menyangka akan bernikah secepat ini dan pada tahun ini. Namun, saya yakin perancangan Allah adalah terbaik.
“Walaupun persiapan pernikahan tidak lama, ia berjalan lancar berkat sokongan dan bantuan ahli keluarga. Selepas bernikah saya akan mula sibuk berlatih untuk menunaikan misi kemanusiaan ke Yaman dan Syria pada November ini.
“Insya-Allah kalau tiada halangan saya berharap resepsi dapat diadakan pada Oktober,” kata Ardell. Belum merancang bulan madu, namun pasangan itu bakal mengerjakan umrah hujung tahun nanti. “Kami tidak ada perancangan berbulan madu namun berhasrat menunaikan umrah dan menganggapnya sebagai bulan madu.
“Selesai misi kemanusiaan, kami akan pergi umrah. Saya perlu melunaskan misi ini dulu kerana ia sudah dirancang sebelum kami bernikah,” kata Ardell. Dalam pada itu, mereka masing-masing tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menimang cahaya mata. “Kami tidak merancang mengenai anak, cepat atau lambat terima saja dengan hati terbuka,” kata Nadzmi pula.Tagged Ardell Aryana
Kredit -
Post a Comment