Kalau ada buah epal di dapur yang sudah terlalu masak hingga mula ada kesan ‘lebam’ tu, biasanya anda akan buat apa?
Ada sesetengah orang yang jenis ‘sayangkan’ makanan, mereka akan kisar buah epal tu menjadi jus dan bolehlah diminum dengan keluarga.
ARTIKEL MENARIK:Siapa Yang Belum Pernah Try Makan Latok, Rasanya Sangat Ranggup! Ini Kebaikan Latok Yang Anda Perlu Tahu
Ada pula sesetengah orang, buah epal lebam itu akan dipotong-potong dan diletakkan di pangkal pokok atau tanaman supaya mereput dan menjadi baja organik.
Tapi tahukah anda, buah epal yang sudah lebam juga boleh dijadikan jem atau puri yang dimasak sendiri? Mari ikuti lima langkah mudah seperti resipi yang dikongsikan oleh Mohd Radzi Zakaria di bawah ini.
5 langkah mudah buat jem & puri epal yang dimasak sendiri
Gambar: Mohd Radzi Zakaria
Semalam tengok epal yang dibeli hampir kesemuanya terlalu masak, terlalu gebu dan lembut sehingga sedikit lebam.
Makan pun dah kurang sedap sebab tak rapuh.
Tetapi keadaan epal macam ni bagus untuk dibuat puri atau jem.
Mudah sahaja caranya:-
- Buang semua kulit dan kemudian potong.
- Lepas dicuci masukkan dalam periuk atau kuali beserta air.
- Boleh kisarkan tapi saya kecaikan dengan tangan je sebab tak mahu bagi terlalu hancur, biar ada ‘chunky’ sikit macam kita macam Apple Pie McDonald.
- Masukkan gula. Macam saya ni lima biji epal masukkan gula dalam tiga senduk.
- Rebus sampai pekat sambil kacau-kacau. Siap.
Pagi ni orang rumah masak pancakes. Maka sarapan harini makan pancakes dengan puri epal.
Gambar: Mohd Radzi Zakaria
kredit siakap keli via Kartel Dakwah
Post a Comment