Terbaru, Datuk Fazley Yaakob telah mengambil keputusan untuk hentikan persekolahan 3 anaknya di sebuah sekolah antarabangsa bagi mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian darri rumah mengikut sistem yang disediakan Wolsey Hall Oxford dari UK.
Jelas Fazely, ketiga tiga anaknya yang berumur sekitar 10 hingga 13 tahun, sudah beberapa bulan bersekolah secara dalam talian di rumah sejak PKP 2.0 mengikuti sistem itu.”Saya bersyukur kerana mereka gembira, selesa dan lebih fokus pada pelajaran. Kaedah ini tak jauh beza dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, cuma kaedah yang kami pilih ini saya dan isteri harus memainkan peranan 100 peratus memantau urusan pembelajaran anak-anak mengikut sistem ditetapkan. Pada masa sama, ia juga menjimatkan kos,” katanya
ARTIKEL MENARIK:Lepas Azhar Sulaiman bagi ayat padu dekat warganet gara gara mengata ank dia. Terkejut bila tiba tiba ada sesuatu terjadi dekat laman fb Azhar Sulaiman.
Jelas Fazley, sebelum ini anak-anaknya bersekolah di sekolah antarabangsa, namun penularan Covid-19 membuatkan dia dan isteri, Datin Azrene Ahmad sepakat mencari kaedah pembelajaran yang baru dan bersistematik untuk anak mereka. Apaa yang berlaku ketika ini membuatkan kami bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah. Jadi, kami berbincang dan terfikir untuk mengguna kaedah pembelajaran di rumah tapi mengikut sistem yang berkesan. Maka, kami berusaha mencari kaedah diinginkan.
“Justeru, selepas membuat pencarian didapati sistem pembelajaran di
rumah disediakan Wolsey Hall Oxford ini sangat sesuai untuk anak-anak
kami. Namun, saya ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan
memberhentikan anak-anak di sekolah antarabangsa dan bersekolah di
rumah,” katanya.Fazley berkata, keputusan itu juga memberi peluang
kepadanya menguruskan anak-anak di rumah sekali gus merapat dan
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dia dan isteri berganding bahu dan saling membantu memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak mereka.
Terakhir Sekali Bersua Muka Kira Kira 13 Tahun Lalu. Fazley Yaakob Luah Terkesan Dengan Pemergian Tun Rahah Dan Cerita Detik Pertemuan Mereka
” Tun Rahah adalah pendukung kuat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) selama ini.”Itu kata-kata Datuk Fazley Yaakob iaitu cucu menantu kepada Allahyrhmh Tun Rahah Mohamad Noah.Fazley berkata, mereka amat terkesan dengan pemergian wanita itu dan satu kehilangan besar buat keluarganya.
” Kehilangan ini bukan sekadar buat keluarga Datuk Seri Najib tetapi juga mencetuskan kesan mendalam terhadap sejarah negara.” Beliau juga individu yang memberi sumbangan besar dalam kekuatan keluarga dan setiap anak dibesarkan dengan baik sehingga menjadi pemimpin korporat.
Tun Rahah letakkan tangan di kepala ketika isteri bersalam cium tangan.” Kali terakhir kami bersua muka hanya pada awal perkahwinan saya dan isteri (Datin Azrene Soraya Abdul Aziz) kira-kira 13 tahun lalu.” Ketika itu isteri sempat bersalam dan menc1um tangan beliau dan beliau meletakkan tangannya di kepala isteri,”
Fazley berkata demikian ketika ditemui pemberita di pekarangan Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, hari ini.Beliau yang juga menantu Datin Seri Rosmah Mansor bersama isterinya tiba di masjid kira-kira jam 9 pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah yang juga nenek Azrene.
Fazley dan Azrene iaitu anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu berkahwin pada 2007.Pada May 2018, kisah pendedahan yang dibuat Azrene tentang hubungan dengan ibunya telah membongkar kisah yang ingin diketahui ramai.Menurut Fazley ketikat itu, dia dan isteri tidak akan berputus asa untuk memulihkan hubungan mereka sekeluarga dengan ibu Azrene, Datin Seri Rosmah Mansor.
Kata Fazley, sebagai menantu, apa yang paling diinginkan adalah untuk mereka sekeluarga menjalani kehidupan seperti keluarga lain.” Saya tidak pernah putus memberi galakan kepada isteri agar terus mencuba memperbaiki hubungan mereka anak-beranak.” Buat masa ini, hubungan dengan beliau masih tidak ada perubahan, tapi kami tidak akan berhenti mencuba dan berdoa.
” Sehingga kini, pendirian beliau nampaknya tidak berubah dan masih enggan membuka hatinya untuk Azrene.” Tapi sebagai anak, walau apa pun yang berlaku, kami sentiasa doakan dia dipelihara Allah dan tenang menjalani hari-hari mendatang,” kata Fazley ketika dihubungi Astr0AWANI pada May 2018.
Dalam pada itu suasana suram di Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam di sini, apabila lebih 200 ahli keluarga, ahli politik dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamad Noah.
Turut kelihatan hadir memberi penghormatan ialah Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.
Orang ramai yang menyanjungi jasa dan sumbangan Tun Rahah kepada negara mula beratur di pekarangan masjid seawal 8 pagi sebelum dibenarkan masuk.Jnzah dibawa ke Masjid Ar-Rahah dari rumah beliau di Jalan Eaton off Jalan Tun Razak, kira-kira 7 pagi tadi sebelum dimandi dan dikafnkan oleh petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Jnzah dijangka dibawa ke Makm Pahlawan, Masjid Negara untuk disemadikan selepas solat Zohor hari ini.Tun Rahah, 87, sebelum ini mendapat raw4tan di Pusat Perub4tan Prince Court dan disahkan sudah hembuskan nafas terakhrnya 4.45 petang semalam.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube
Sebak Fazley Yaakob Kongsikan Kisah Sedih 12 Tahun Lalu Ketika Kehilangan Seorang Anak Disebabkan Sesuatu Ini Dan Ini Luahannya Bersama Isteri Dalam Menempuhi Dugaan.
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya iaitu Fariedz sempena ulang tahun ke-12 kanak-kanak itu pada Khamis lalu. Fazley, 42, berkata isterinya iaitu Datin Azrene Ahmad melalui pelbagai cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka itu. Malah mereka juga kehilangan seorang anak lelaki yang juga merupakan kembar kepada Fariedz atau nama panggilan manjanya Payish.
Fazley berkongsi video koleksi momen bersama anak sulungnya. “Mama perlu lalui banyak cabaran untuk dapatkan awak, malah kami kehilangan kembar lelaki awak. “Saya masih ingat hari di mana kami bawa awak pulang ke rumah, mama masih lemah daripada operasi yang dilakukan. “Saya perlu dukung awak yang kecil di tangan saya. Saya bantu mandikan awak dan bersihkan uri awak dan tanamkannya. “Bergegas pulang untuk peluk awak dengan bangganya, anak pertama saya,” katanya.
Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish, dida sangat berbangga dengan awak.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini turut memuat naik video koleksi anak sulungnya di laman Instagram. Dalam pada itu, Fazley turut meluahkan rasa bangga melihat anaknya itu semakin membesar dengan baik. Fariedz juga pernah mengikuti dia, isteri dan rakan baiknya iaitu penyanyi Imran Ajmain ke Tanah Suci, Makkah, pada awal tahun ini.
Fazley bersama anak sulung, isteri dan rakan baiknya, Imran. “Anak lelaki sulung saya, anak pertama saya, Payish. Dida sangat berbangga dengan awak. Setahun sudah berlalu dan awak semakin membesar dengan baik. “Alhamdulillah awal tahun ini awak dipilih menjadi tetamu Allah untuk pertama kali bersama dida, mama dan Nanan (Imran Ajmain).
“Awak cakap yang awak mohon pada Allah untuk dikurniakan kebahagian dan keluarga yang sentiasa menyayangi. Saya sayang awak. Happy 12th birthday to you,” ujarnya. Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2006 dan selain Fariedz, mereka juga mempunyai tiga lagi cahaya mata.- MSTAR
Ibarat bagi duit raya. Usaha Fazley hargai penghantar makanan raih perhatian ramai. Ini penjelasan lanjut dari Datuk Fazley Yaakob susulan perkongsiannya itu
Mengagumkan sekali,sebagai tanda penghargaan kepada penghantar makanan atau rider yang mengambil tempahan dari restoran Minangkapau, cef selebriti negara kita Datuk Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan. Fazley Yaakob sanggup menyediakan sampul berisi duit serta baucer di hadapan restorannya untuk dipilih oleh setiap rider yang datang mengambil tempahan.
“Kepada abang atau adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucher makanan di Minangkapau.“Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,” katanya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memasukkan duit kertas RM50 dan kertas baucher yang ditulis sendiri. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya di laman sosial tersebut apabila rata-rata menyokong usahanya itu.“Baik hati abang, macam bagi duit raya je,” puji salah seorang warganet“Alhamdulilah semoga murah rezeki Datuk sekeluarga,” doa salah seorang warganet. “Amazing gesture bro,” kagum seorang pengikut laman sosialnya.Fazley memiliki restoran MinangKapau sejak setahun yang lalu.
Terkedu Fazley Yaakob Mula Bersuara Mengenai Sesi Persekolahan Yang Berjalan Seperti Biasa Ketika Penularan Wabak Covid 19 Yang Semakin Meningkat Setiap Hari. Ini Komennya Mengenai Perkara Itu.
Susulan peningkatan mendadak angka pesakit COVID-19 semasa, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menggesa agar pihak berwajib menangguhkan sesi persekolahan dengan segera. Kata Fazley, situasi membimbangkan ini secara tidak langsung akan mendedahkan risiko kepada pelajar dan guru sekolah.
“Cikgu-cikgu dan murid-murid harus mula dicutikan sekolah sebelum terlambat! “Korang tak risau ke? Setuju tak apa yang saya sarankan. Dalam diam saya amat yakin ramai ibu bapa bersependapat dengan saya,” tulisnya di Instagram.
Fazley turut membuka ruang undian di Instagram Storiesnya memohon pandangan umum mengenai cadangannya. Cadang Fazley lagi, sesi persekolahan pelajar sekolah rendah harus ditangguhkan terlebih dahulu berbanding sekolah menengah yang punyai komitmen lebih besar seperti peperiksaan utama. Dalam pada itu, ada juga pihak yang menzahirkan kebimbangan terhadap punca rezeki peniaga di kantin sekolah seandainya sesi persekolahan ditangguhkan lagi.
“Habis keringlah mak cik kantin,” komen salah seorang pengguna. Namun, jawab Fazley; “Rezeki boleh dicari, nyawa Allah bagi sekali sahaja.” Ruangan komen Instagram Fazley terus dihujani pelbagai komen dan pandangan mengenai risiko semasa pelajar di sekolah harian.
Sumber: Gempak
Sebak! 30 hari terpisah… akhirnya Fazley Yaakob dapat peluk cium anak-anak – “Kaki saya longlai, air mata mengalir tanpa henti”
Terdahulu, setelah hampir sebulan tidak bertemu keluarga kerana terikat dengan kerja di luar negara dan melalui tempoh kuarantin diri, akhirnya chef selebriti Datuk Fazley Yaakob dapat bertemu isteri dan anak-anaknya. Menurut Fazley, sepanjang tempoh tersebut dia terpaksa menahan kerinduan sehinggalah bertemu semula di kediaman mereka pada Selasa.
“Saya akhirnya di rumah… 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan kuarantin diri sesuatu yang saya tak jangkakan. “Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luruh, air mata saya mengalir tanpa henti. “Rindu yang teramat sangat!,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram.
Video dikongsi Fazley mengundang sebak pengikut. Dalam video itu, Fazley tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata ketika memeluk isteri Datin Azrene Soraya dan empat orang anaknya. Pada 24 Mac lalu, Fazley mengakui emosinya terganggu apabila anak bongsu iaitu Alayna Selma menangis kerana tidak dapat memeluknya. Ini berikutan dia baru pulang dari Singapura selepas tiga minggu berada di negara republik itu atas urusan kerja.
Fazley kuarantin diri setelah pulang dari Singapura atas urusan kerja. Bagaimanapun, demi keselamatan keluarga dia mengambil pendekatan dengan mengasingkan diri secara sukarela dan selama dua minggu. Sementara itu, rata-rata pengikut memuji tindakan Fazley mengikut saranan kerajaan dengan kuarantin diri setelah pulang dari luar negara meskipun tiada sebarang simptom jangkitan Covid-19.
“Bagus cara Datuk kuarantin diri, Alhamdulillah home sweet home. Keluarga bahagia. “Akhirnya Datuk dapat jumpa famili… setiap kali post video keluarga air mata akan jatuh, saya doakan semoga famili Datuk sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” komen pengikut.-MSTAR
Muat Naik Gambar Dengan Anak Tapi Ada Pula Yang Kritik Wajah Ank. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Individu Tu Komen Sampai Ramai Yang Marah.
Baru-baru ini, pelakon jelita Mawar Rashid berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua bulan untuk tatapan para peminat di laman sosial Instagram. Menerusi gambar-gambar tersebut, Mawar dilihat tersenyum gembira saat memegang dan mendukung anaknya yang memakai baju berwarna merah jambu bersama reben comel di kepala.
Aww. Comel sangat!. Tidak dinafikan lagi, ramai peminat yang teruja melihat perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu dan memuji kecomelan bayinya. Malah, ada yang menyatakan pendapat anaknya itu mirip bapanya, Raf Yakob.
Komen tidak berasas
Namun dalam ramai yang memuji, ada seorang warganet yang kurang sopan tinggalkan komen tidak berasas mengkritik wajah kedua-dua anaknya, Raden Rosabella serta anak lelaki Mawar iaitu Raden Muhammad Rafael yang disifatkan tidak secantik dan setampan ibu bapa mereka. “Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal ‘mommy daddy’ cantik dan ‘handsome’,” tulis warganet itu di ruangan komen.
Budak pun nak ‘body shming’ ke?
Berikutan komen negatif daripada individu berkenaan, ramai peminat dan pengikut Mawar tampil mempertahankan anak-anak Mawar Rashid. Mana tidaknya, masing-masing masih kecil lagi. Tiada hati perut sungguh kritik ciptaan Allah! Bawa mengucap sebelum menghna. Kecil hati Mawar kalau baca komen. Kalau tiada benda baik nak diluah, lebih baik diam
Mawar berkahwin dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, Mawar dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta manakala dua lagi adalah anak tiri.nya.
Jarang ‘upload’ foto bersama anak tiri, Mawar Rashid minta warganet tak menggelbah – “Saya sayang mereka… Allah sahaja yang tahu”
PERKONGSIAN foto pelakon Mawar Rashid bersama suami dan anak-anaknya di laman Instagram pada Sabtu mengundang pertanyaan segelintir warganet. Mawar menerusi laman InstaStory memuat naik paparan skrin komen warganet yang mempersoalkan kenapa aktres tersebut jarang berkongsi foto bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Raf Yaakob.
Terima beberapa komen yang sama, Mawar menjelaskan dia tidak pernah mengetepikan anak tirinya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang kini menetap bersama ibu mereka. “Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.
Mawar beri penjelasan menerusi Instastory pada Sabtu. “Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kjm ke tak nak masukkan anak yang lain.
“Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu,” kata Mawar. Pertanyaan tersebut timbul selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik gambar bersama seluruh ahli keluarganya di Instagram.
Selain komen pertanyaan itu, pelakon berusia 25 tahun ini turut berkongsi paparan skrin mesej positif daripada warganet yang memintanya mengabaikan sahaja perkara tersebut. Cukup-cukup buat dsa. Jangan nak cepat hkm seorang ibu tiri.
Dalam pada itu, pelakon filem Ibu, Kasih Suci ini menegaskan dia tidak perlu memberi penjelasan atau membuktikan kasih sayangnya terhadap keluarga kepada orang luar. Bagi Mawar, hanya Allah yang mengetahui isi hatinya dan turut menganggap wanita yang bergelar ibu tiri akan mendapat pahala yang banyak dengan menjaga dan mendidik anak-anak dengan baik.
“Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak. “Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan ftnah la!
“Cukup-cukup buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini… tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencci. “Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun,” ujarnya.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, 2 dan Raden Seri Rossabella Cinta yang hampir berusia dua bulan. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Dilahirkan Secara Normal Dan Dia Sangat Bersyukur Dengan Kurniaan Tersebut. Raf Yaakob Dedahkan Sesuatu Tentang Anaknya Di Instagram
Pelakon kelahiran Kelantan, Mawar Rashid telah selamat bersalin anak keduanya bersama Raf Yaakob.Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh suaminya menerusi Instagram dengan memaklumkan bahawa bayi dan Mawar berada dalam keadaan sihat.
Menurut Raf Yaakob, bayi perempuan mereka telah dilahirkan secara normal dan dia sangat bersyukur dengan kurniaan tersebut.Adik kepada chef selebriti terkenal, Datuk Fadzley Yaakob itu juga sempat mengucapkan rasa bangganya kepada isteri tersayang apabila selamat menjalani proses bersalin. Dalam pada itu, Raf juga turut mendedahkan nama anak perempuannya iaitu Raden Seri Rossabella Cinta.
“Macam tak suka anak tapi sibuk bunting lagi!” – Mawar Rashid beristighfar dikatakan malas jaga zuriat sendiri, lepas tangan kepada ‘maid’
TINDAKAN pelakon Mawar Rashid menghantar anak
sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang
kritikan warganet . Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan
skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan
malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.
Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri.Antara mesej negatif dan positif yang diterima Mawar.“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia.
“Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak… tapi sibuk bunting lagi,” tulis individu tersebut.Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastorymemperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah.
Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni.Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.
Biarpun menerima kritikan dan mesej negatif, namun isteri kepada Raf Yaakob ini tetap meluahkan rasa syukur kerana masih ramai peminat yang memberi kata-kata positif kepadanya.“Astaghfirullah… semoga Allah bersihkan hati awak. Apa-apa pun, saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat dan cakap tentang kebaikan.
“Semalam dapat DM negatif ini tapi satu ini saja la yang negatif macam ini. Semua DM lain sangat positif. Terima kasih semua,” balas Mawar yang kini sedang hamil lapan bulan.Mawar sekeluarga tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri RaysaaChanela yang berusia lima tahun.
Kredit -
Post a Comment