Bekas pesakit COVID19 dedah ramai takut nak datang dekat sampai hilang pekerjaan. Doktor ini kongsi sedih bekas pesakit covid19 bikin warganet sebak

Bekas pesakit COVID19 dedah ramai takut nak datang dekat sampai hilang pekerjaan. Doktor ini kongsi sedih bekas pesakit covid19 bikin warganet sebak

Sejak Covid19 datang dan mula menular ke seluruh dunia, banyak cerita yang mula dikongsi bekas pesakit Covid19 dan tak lupa juga daripada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat dari virus ini.

Bekas pesakit COVID19 dedah ramai takut nak datang dekat sampai hilang pekerjaan. Doktor ini kongsi sedih bekas pesakit covid19 bikin warganet sebak



Pelbagai pengalaman dan lebih menyedihkan apabila ada segelintir daripada bekas pesakit ini terpaksa hadap dengan stigma negatif masyarakat

ARTIKEL MENARIK:Bayi masih tak nak keluar walaupun sudah diazan dan guna pelbagai ikhtiar. Akhir sekali terbongkar punca jadi macam tu


Bukan sahaja dipulaukan orang sekeliling malah ada jiran tetangga dan rakan sekerja juga sama. Lebih menyedihkan sekali apabila ada yang juga kehilangan kerja . Menerusi perkongsian seorang Doktor di FB, dia berkongsi bahawa pesakitnya adu kepadanya yang dia telah hilang kerja gara gara dijangkiti Covid19. Jelas Dr Kamarul, dia dijangkiti oleh ahli keluarga , jadi telah dikuarantin dan dirawat di hospital selam dua minggu.

Sebaik sahaja telah disahkan sihat dan dibenarkan pu;ang, dia kembali berkerja tapi bila sampai sahaja di tempat kerja, dia dimaklumkan untuk membuat ujian calitan sekali lagi. Nak tak nak kalau positif lagi, tak boleh kerja dan ini akan menjadi satu masalah. Kata Doktor ini lagi, ikutkan individu yang pernah dijangkiti berkemungkinan besar akan menunjukkan keputusan positif sekiranya membuat ujian calitan sekali lagi.

“Seorang individu yang telah pulih dari jangkitan Covid-19, masih boleh beri keputusan swab positif untuk beberapa minggu. “Malah, CDC (pusat kawalan sakit berjangkit) kata, kalau keputusan dah disahkan positif, tak usah buat saringan dalam masa 90 hari. Ini kerana dalam tempoh itu, kemungkinan keputusan akan masih positif.”Namun kita kena faham bahawa, walaupun keputusan itu akan positif, tak bermakna individu tu masih akan menjangkiti orang lain. Covid-19 ni berjangkit pada tempoh 14 hari yang awal tu sahaja,” terang Dr Kamarul Ariffin. Gara gara situasi sukar yang ditempuhi itu, cerita doktor ini, pesakitnya kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana majikannya tetap bertegas mahu dia mengulangi ujian saringan bagi virus tersebut.

“Selain itu, pesakit saya ni juga ada mengadu dia sering dielak dan dijauhi oleh beberapa kenalan dan ahli keluarga yang tahu dia pernah dijangkiti Covid-19. Katanya, rasa seperti dipulaukan. “Ya, jangkitan Covid-19 ni amat merisaukan. Tak ada orang yang mahu dijangkiti. Namun, janganlah sampai kita meletakkan stigma pada bekas pesakit Covid-19. Itu dah kira penndasan.

“Covid-19 ni bukan penyakit yang sekali dapat, sampai bila bila akan ada pada tubuh, dan menjangkiti orang lain. Kalau seseorang dah pulih dari jangkitannya, maka dia tak menyebarkan jangkitan lagi. “Oleh itu, kita kena lengkapkan diri dengan ilmu dan informasi yang betul tentang penyakit ni. Elakkan bersangka-sangka, memandai-mandai atau buat andaian sendiri. Jika ada kekeliruan atau kesangsian, rujuklah pada yang ahli,” katanya lagi.

Pergi Check Kat Hospital Disahkan Positif Covid19. Wanita Ini Sanggup Bohong Sakit Biasa Dan Mengejutkan Sekali Ini Yang Berlaku Kat Keluarga Sendiri

Tak terlintas di fikiran, di kala masyarakat dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid19, ada juga sesetengah individu yang bersikap tidak jujur berkaitan status mereka ketika pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bila tiba di hospital,memang dah lama positif Covid19. Bila dah jadi macamtu,dah susahkan pula staf di hospital yang merawat. Untuk kali ini,kisah yang lebih kurang sama berlaku di Venezuela. Difahamkan wanita ini memilih untuk berdia diri dan meraahsiakan keputusan diagnosis Covid19 miliknya. Lebih menyedihkan lagi apabila rahsia itu memakan diri dan menyebabkan suami dan tiga orang anaknya pergi buat selamanya.

Menerusi laporan Newsweek, wanita yang dikenali sebagai Veronica Garcia Fuentas,36, mengalami demam panas pada pertengahan Disember lepas. Lepas sahaja menjalani ujiantindak balas rantai polimerase iaitu PCR, dia telah disahkan psoitif Covid19 dan dia teris asingkan diri di rumah.

Namun begitu,Veronica bertindak memberitahu suaminya,Jose Antonio dan anak anaknya yang dia hanya mengalami selsema teruk.Menurut laporan akhbar di Venezuela, Verónica mungkin memilih untuk menyimpan rahsia mengenai keputusan ujian PCR itu kerana takut. Tak lama kemudian, wanita itu akhirnya berterus-terang dengan memberitahu suaminya yang dia positif COVID-19 pada lewat Disember ketika pasangannya itu dalam perjalanan ke sebuah parti keluarga.

Tamabhan pulaKesihatan Verónica mula merosot pada Januari lalu. Manakala, suami dan tiga anak mereka yang berusia 17 tahun dan sepasang kembar berumur empat tahun juga disahkan positif wabak sama namun mereka asymtomatic (mereka yang dijangkiti tapi tak menunjukkan sebarang simptom).

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Verónica dan suaminya meninggal dunia selepas lelaki itu menunjukkan simptom wabak yang teruk.Pada penghujung Januari, ketiga-tiga anak mereka juga dilapor sudah tiada akibat virus sama.

Ternyata kes menyayat hati itu mendapat perhatian pihak berkuasa perubatan di daerah itu yang terus mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memakai face mask, membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.Sehingga bulan ini, terdapat 127,346 kes Covid-19 disahkan di Venezuela dengan 1,196 pemergian, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Bau Kopi Macam Asap Kereta Dan Ubat Gigi Rasa Macam Petrol. Wanita Ini Dedah Kesan Selepas Terkena COVID19 Sehinggakan Mengambil Masa Untuk Pulih

Seorang wanita yang pernah dijangkiti COVID-19 mendakwa virus itu menyebabkan deria baunya berubah, lapor Metro UK.Kongsi Sarah Govier, 44, kini bau kopi seakan asap kereta, ubat gigi berasa seperti petrol dan coklat juga menjadi jijik bagi dirinya.Menurut portal itu, Sarah yang menghidap COVID-19 pada Mei lalu telah kehilangan deria bau. Namun selepas berbulan-bulan, dia kini menjadi terlebih sensitif terhadap bau urin dan peluh.

“Bawang putih dan merah berbau sangat teruk. Saya tak boleh gambarkan. Dan disebabkan ia ada hampir dalam setiap resipi atau makanan, ia membuatkan tugas memasak cukup mencabar.“Saya perlu membau semua benda sebelum makan dan rasanya seperti binatang yang pelik,” katanya seperti dilapor Metro UK.

Katanya, rakan sekerjanya disahkan positif pada April namun tidak menunjukkan simptom kebiasaan COVID-19 seperti batuk dan demam. Namun suatu hari, Sarah mengalami rasa letih dan sakit tekak selepas pulang ke rumah.Dia kemudiannya menjalani ujian COVID-19 dan disahkan positif virus itu serta mengalami simptom hilang deria bau.

“Saya sedang masak kari dan sekejap saya boleh bau masakan itu. Tetapi apabila saya cuba rasa, saya tak rasa apa-apa,” katanya.Malah wanita itu juga menyembur minyak wangi dan cuba menghidunya namun tidak dapat mengesan apa-apa bau, tulis portal itu.

Simptom itu dikatakan berterusan selama lima hingga enam minggu sebelum deria baunya kembali pulih.Bagaimanapun, lapor portal itu, wanita itu menghadapi masalah lain apabila semua makanan dirasakan terlalu masin dan pelik.Deria baunya yang terlalu sensitif membuatkan bau peluh menjadi lebih menyengat berbanding biasa buat wanita itu.

“Saya boleh bau peluh dalam situasi yang anda jarang perasan. Contohnya semasa pulang daripada menghantar anak ke sekolah, sedikit peluh pada baju pun membuatkan saya rasa seperti bau kobis buruk. Dan bila anda boleh membau diri sendiri, ia membuatkan anda menjadi sangat paranoid,” ujar wanita itu.

Berdasarkan laporan Metro UK, para doktor mendapati individu dijangkiti COVID-19 kehilangan deria bau akibat kerosakan pada saraf di dalam hidung yang disebabkan oleh virus.Saraf yang mengesan bau ini memberi maklumat kepada otak untuk mentafsir maklumat kimia yang membentuk bau, dan jika ia rosak, boleh menyebabkan parosmia.

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.



Loading...


Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing.

Sumber: Mstar

COVID-19: Haiwan peliharaan individu positif perlu dikuarantin

KUALA LUMPUR: Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). “Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil dan tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah. Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19. “Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda, pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi, namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet. “Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia. “Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan, namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan. Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya. Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. – BERNAMA

Kucing peliharaan dijangkiti COVID-19

LONDON: Seekor kucing peliharaan didiagnos menghidap COVID-19, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan haiwan di United Kingdom (UK) dan ia disahkan kerajaan. Kucing itu dipercayai dijangkiti virus daripada pemiliknya, yang semuanya sudah sembuh sepenuhnya.

Haiwan itu hanya menunjukkan gejala ringan, sekali gus dipercayai tidak menjadi punca menyebarkan penyakit berkenaan kepada pemiliknya atau manusia dan binatang lain. Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Jangkitan itu disahkan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu. Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya. Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.

“Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COVID-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan. “Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.

“Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya. Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan.

Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COVID-19. Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. 


Kredit - 



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post