“Tiga Hari Mimpi An3h..” Ratu Balqis Padam Gmbar S3ksi. Mula Tutup Aurat

“Tiga Hari Mimpi An3h..” Ratu Balqis Padam Gmbar S3ksi. Mula Tutup Aurat

Tampil dengan imej bertudung, penyanyi Ratu Balqis berkata dia kini dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Tiga Hari Mimpi An3h..” Ratu Balqis Padam Gmbar S3ksi. Mula Tutup Aurat



Menurut Balqis, 22, dia mula mengubah penampilan menvtup avrat termasuklah mendekatkan diri dengan agama selepas mengalami mimpi aneh, awal tahun ini.

ARTIKEL MENARIK:[Video] Didkwa Terp4lit Isu Kontr0versi ‘Blackp1g’, Ini Jawapan Pelajar Malaysia Di Korea



“Tak mahulah cakap sudah bertudung sepenuhnya kerana saya masih lagi dalam proses belajar, tapi apa yang boleh saya cakap sekarang saya cuba perlahan-lahan belajar menutup aurat.

“Hati saya mula terdetik selepas tiga hari didatangi mimpi yang sama sehinggalah saya terfikir untuk cuba berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.

“Ibu pun nasihat saya untuk berubah, dekatkan diri dengan Allah, jaga solat dan sebagainya… sebab itu saya cuba dengan menutup aurat terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, bekas peserta program Mentor Milenia 2017 ini didapati memadam gambar lamanya yang tidak menutup aurat.

Tindakan penyanyi lagu Buaya ini menerima komen positif peminat yang turut memuji penampilan baharunya itu.

“Alhamdulillah ramai yang puji dan beri kata-kata semangat… dalam keadaan sekarang ini saya perlukan sokongan semua pihak.

“Sejujurnya banyak lagi yang saya perlu belajar kerana diri ini masih belum sempurna. Doakan saya istiqamah dan kekal dengan imej begini,” ujarnya.




Loading...


Meskipun sudah mengenakan hijab, Balqis berkata dia akan tetap meneruskan karier nyanyian.

“Bidang nyanyian akan diteruskan… mungkin lagu selepas ini akan disesuaikan dengan penampilan saya.

“Sebelum ini orang memang tahu lagu-lagu saya berentak rancak dan ada tarian, kita tengoklah lagu akan datang macam mana.

“Selepas lagu Buaya, saya ada perancangan nak rakam lagu mengenai anak yang memang saya tujukan kepada anak lelaki saya iaitu Hamka… lagu dan lirik saya dah buat, InsyaAllah,” katanya. 

Sumber: mStar Online

Sumber: cari via Teh Tarik Kaw




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post