Bahaya Warna Lidah Selain Merah Jambu, Ia Mungkin Menjadi Petanda Bahawa Anda Tidak Sihat!

Bahaya Warna Lidah Selain Merah Jambu, Ia Mungkin Menjadi Petanda Bahawa Anda Tidak Sihat!

Lidah merupakan satu elemen rangka otot pada mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia merupakan deria utama bagi rasa. Bagi yang belum tahu, warna lidah ini sebenarnya memainkan peranan dalam menjadi petanda aras kepada tahap kesihatan seseorang.

Bahaya Warna Lidah Selain Merah Jambu, Ia Mungkin Menjadi Petanda Bahawa Anda Tidak Sihat!





ARTIKEL MENARIK:Ganti ubat gigi dengan baking soda, beri risiko rosak enamel pada gigi


Cuba anda perhatikan warna lidah anda sekarang atau di setiap anda memberus gigi. Apakah ia berwarna merah jambu, merah pekat ataupun berwarna putih? Menurut Hello Doktor, warna lidah ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan tertentu. Warna lidah selain merah jambu merupakan petanda anda mempunyai penyakit yang merbahaya seperti masalah jantung. Jadi jangan ambil mudah!

Adakah anda tergolong dalam kumpulan di bawah?

Merah Jambu

Tahniah jika lidah anda berwarna merah jambu! Ini merupakan tanda anda mempunyai lidah yang sihat. Jika ada sedikit tompokan putih pada atas lidah, jangan risau, itu adalah normal.

Lidah yang sihat sepatutnya bebas daripada sebarang ulser, kesan gigi ataupun keretakan. Jika anda rasa seperti ada biji-biji kecil pada lidah anda, itu adalah papillae yang mengandungi tunas rasa anda

Merah

Jika lidah anda berwarna merah, mungkin itu tandanya lidah anda sedang mengalami keradangan! Glossitis merupakan reaksi lidah kepada keradangan yang menyebabkan lidah anda sedikit bengkak dan kemerah-merahan. Papillae yang berada di atas permukaan lidah juga akan menjadi licin jika anda menghidap glossitis.

Glossitis mungkin disebabkan oleh luka-luka ringan pada permukaan lidah ataupun jangkitan kuman pada luka tersebut. Salah satu bentuk glossitis ialah geographic tongue. Lidah anda akan dipenuhi tompokan-tompokan putih yang berbentuk seperti peta. Lidah berwarna merah juga mungkin tanda badan anda mengalami kekurangan vitamin B-12 ataupun asid folik.

Cuba lebihkan makan makanan seperti daging, ikan, ketam dan kerang-kerangan untuk dapatkan vitamin B-12 yang cukup untuk badan. Amalkan juga makan brokoli, asparagus dan buah betik untuk tingkatkan kadar asid folik dalam badan anda.

Kuning

Jarang untuk lidah bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Namun, jika ia berlaku, mungkin adalah disebabkan jaundice atau penyakit kuning. Penyakit kuning biasa menyerang bayi, lebih-lebih lagi bayi yang usia gestasinya tidak lebih daripada 38 minggu (bayi pramatang).

Kondisi ini terjadi kerana hati bayi tidak matang lagi untuk membuang bilirubin di dalam darah. Demam kuning boleh juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Punca utamanya ialah jangkitan pada hati seperti hepatitis, ataupun pembentukan batu karang.

Jika anda merokok, lidah berwarna kuning mungkin merupakan tanda awal perubahan warna pada lidah anda. Lama-kelamaan, lidah perkokok akan bertukar ke warna coklat gelap dan akhirnya hitam.



Loading...


Ungu

Lidah berwarna ungu mungkin adalah tanda anda mempunyai masalah jantung! Lidah ungu merupakan tanda statis darah. Ini bermaksud darah tidak dapat beredar secara normal kepada semua bahagian pada tubuh badan anda.

Selain itu, lidah ungu juga mungkin disebabkan oleh masalah paru-paru. Masalah ini mungkin berkait rapat dengan masalah hati. Kekurangan oksigen dalam darah akan menyebabkan warna lidah menjadi ungu kebiru-biruan.

Putih

Lidah berwarna putih boleh disebabkan oleh masalah dehidrasi. Minum air dengan mencukupi mungkin boleh jadi penyelesaian mudah untuk keadaan lidah berwarna putih. Namun, kadangkala, lidah berubah warna kepada putih disebabkan oleh jangkitan yis.

Jangkitan Kandida ataupun oral thrush merupakan sejenis jangkitan yis yang akan membuatkan warna lidah putih seperti dilapisi satu lapisan keju. Jangkitan candida membuatkan lidah anda rasa sakit dan anda sukar untuk menelan makanan.

Satu lagi punca lidah putih mungkin disebabkan oleh leukoplakia oral (leucoplakia)Leukoplakia oral merupakan sesuatu yang sangat biasa bagi perokok. 80% daripada perokok mempunyai leukoplakia oral pada lidah mereka. Namun, keadaan ini tidak patut dipandang remeh kerana leukoplakia oral berpotensi menjadi tanda-tanda awal kanser.

Hitam

Lidah anda berwarna hitam? Ia mungkin disebabkan jangkitan bakteria ataupun fungi. Black hairy tongue merupakan jangkitan pada lidah yang akan membuatkan lidah anda berwarna hitam dan berbulu. Namun, keadaan ini bukanlah kekal! Ia bersifat sementara.

Walaupun keadaan ini mungkin nampak serius, sebenarnya dengan mengamalkan kebersihan oral yang baik, jangkitan ini dapat dielakkan. Lidah berwarna hitam juga lebih biasa dalam kalangan perokok, dan akan terjadi jika anda minum terlalu banyak kopi ataupun teh hitam.

Warna lidah tanda kesihatan mulut

Warna lidah biasanya akan berkait rapat dengan penjagaan oral anda. Jika anda menjaga kebersihan mulut dengan baik dan memberus gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari, anda mungkin dapat elakkan hampir kesemua jangkitan di atas.

Namun, jika anda nampak apa-apa perbezaan pada lidah anda yang membuatkan anda rasa risau, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya!

Pesakit kanser mulut tidak berasa sakit pada waktu awal mengalami kanser. Jumpa doktor jika luka pada mulut anda tidak pulih dalam masa dua minggu.


Kredit - dailymakan



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post