Tanam Lobak Guna Botol Air Mineral, Jimat Kos Dan Tanaman Menjadi Ikut Tip Ni!

Tanam Lobak Guna Botol Air Mineral, Jimat Kos Dan Tanaman Menjadi Ikut Tip Ni!

Tanam Lobak Guna Botol Air Mineral, Jimat Kos Dan Tanaman Menjadi Ikut Tip Ni! | Seronok pula tengok perkongsian CT Hamisah Ahmad yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.

Tanam Lobak Guna Botol Air Mineral, Jimat Kos Dan Tanaman Menjadi Ikut Tip Ni!



 


Maknanya kalau tiada laman pun boleh saja nak cuba tanam lobak ini. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh CT Hamisah.

ARTIKEL MENARIK:Penyakit Baru Yang Sukar Diubati, Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Mangsa Sakit Tulang Belakang Gara-Gara Henfone


Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih

tanam lobak

1. Lobak ini saya tanam dari dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).

2. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.

3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.

Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.



Loading...


4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.

5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.

tanam lobak
Ini lobak putih, elok suburnya.

6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.

7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.

tanam lobak
Ini lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih.

INFO

  • Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
  • Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
  • Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
 



Kredit : petuaibu



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post