Kuala Lumpur: “Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang warganet nak sebenarnya?” soal penyanyi Datin Alyah mengenai sikap warganet yang menulis di ruangan komen Instagram miliknya.
Alyah berkata, komen berbaur sindiran muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suami, Datuk Ramli MS, semalam. Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Hidup berumahtangga tak selalunya indah. Wawa Zainal akui sampai pernah minta untuk berpisah dengan Aeril Zafrel. Rupa rupanya ini yang terjadi.
“Tak fahamlah dengan orang yang busuk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran. “Kalau nak caci, mki dan hna saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli,
tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam. “Saya mesti simbah air pans dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.
Alyah menjelaskan keterangan gambar ‘I’m not ur bibik anymore, Kita seri bro’ itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu. “Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu.
“Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu,” katanya. Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.
Alyah Tak Faham Sikap Warganet
MUAT naik gambar sedih kena kritik, muat naik gambar gembira pun tak boleh. Apa yang warganet nak sebenarnya?,” kata penyanyi popular, Datin Alyah mengenai sikap segelintir warganet yang kurang senang dengan setiap perkara dimuat naik di Instagram (IG) mahu pun IG Stories.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, berkata dia sendiri tidak faham apa yang diinginkan warganet dalam media sosial hari ini. Malah, dia beranggapan sepatutnya setiap daripada mereka perlu muhasabah diri dan tidak bersikap busuk hati dengan sesiapa saja.
“Kadang-kadang tak faham sikap warganet ni. Serba serbi tak kena. Seolah-olah mereka lebih tahu dan ingin menentukan hala tuju hidup seseorang. “Cuba sesekali bersikap rasional dan terbuka tanpa memandang negatif pada setiap apa yang dimuat naik. Saya pun ada kehidupan sendiri dan ingin bebas macam orang lain.
“Lagi pula, IG saya adalah hak saya. Apa yang dimuat naik ini adalah apa yang dilalui. Saya tak ada masa nak berpura-pura di IG,” katanya kepada Harian Metro. Bagaimanapun, Alyah yang kini muncul dengan single Meluruh tetap memuji dan berterima kasih kepada pihak yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.
“Saya tak kata semua negatif, sebab masih ramai lagi yang positif dalam perkara sebegini. Malah, mereka sentiasa memberikan kata-kata semangat. “Bagi saya, orang seperti mereka yang patut diberi perhatian. Apatah lagi, saya pula jenis yang tidak sukakan aura negatif dalam hidup,” katanya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/datin-alyah-nak-sim-dgn-air/
Alyah rindu masakan bapa
SETIAP kali Ramadan menjelma, tentunya kenangan bersama mereka yang tersayang terutama bagi insan sudah pergi tinggalkan kita akan bermain di fikiran. Bagi penyanyi, Datin Alyah yang popular dengan lagu Jutaan Purnama, kehadiran Ramadan mengimbau kenangannya bersama bapa, Abu Hassan yang pernah bekerja sebagai tukang masak.
“Salah satu perkara yang saya rindukan apabila terkenangkan ayah adalah masakannya dan paling digemari ialah tauhu taucu. Ayah saya bekerja di atas kapal, jadi dia tidak banyak masa untuk bersama kami sekeluarga. “Jadi, apabila dia pulang ke rumah, dia akan memasak untuk kami. Resipi ini selalunya ayah masak ketika Ramadan dan boleh dimakan bersama roti mahu pun nasi,” katanya.
Berkongsi mengenai resipi unik itu, bahan yang digunakan sangat mudah didapati. “Bahan-bahannya adalah bawang putih, bawang besar atau bawang Holland, halia, tomato, cili besar merah dan hijau, cili padi, tauhu, taucu, asam jawa, telur, pati santan dan ia boleh dimasak sama ada dengan menggunakan daging lembu, ayam atau pun udang,” katanya.
Cara penghasilan resipi ini juga begitu unik dengan menggabungkan campuran pati santan dan telur sebagai kuah. “Selalunya saya akan masak resipi ini dengan menggunakan satu kilogram daging dan boleh dimakan lima hingga enam orang. Pertama sekali, panaskan minyak masak dan selalunya saya gunakan minyak kacang soya.
“Kemudian tumis bawang putih dan kemudian bawang besar atau bawang Holland yang dibelah empat. Selepas itu masukkan sedikit pula cili padi . “Masak sehingga cili betul-betul masak dan masukkan taucu. Saya pilih taucu yang ada rasa kacang dan sedikit berlemak untuk menambah kelazatan masakan,” katanya.
Langkah seterusnya adalah untuk memasukkan daging lembu yang dihiris nipis. “Sebelum itu, saya akan perap terlebih dahulu daging dengan hirisan halia dan kemudian barulah dimasukkan dalam periuk dan diadun dengan bahan lain yang sedia ada tadi.
“Selepas air daripada daging itu mula kering, masukkan 20 cili besar merah dan 20 cili besar hijau yang dibelah empat menjadi bentuk bunga. Jangan risau kerana ia tidak pedas. “Selepas itu, masukkan bahan perisa seperti garam dan serbuk perasa. Kemudian, masanya untuk kita masukkan pati santan dan sekiranya masakan itu terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air,” katanya.
Tidak terhenti di situ, masakan itu menjadi lebih pekat selepas ditambah telur. “Kacau sehingga mendidih dan kecilkan api. Kemudian, masukkan asam jawa dan diikuti, telur untuk pekatkan kuah. Siap!” katanya. Menurutnya, ada beberapa pengikut di Instagram yang bertanya sama ada resipi ini akan menimbulkan rasa muak atau tidak memandangkan ia mengandungi santan dan telur.
“Kepada yang bertanya soalan itu kepada saya, sebenarnya asam jawa yang kita masukkan sudah menyeimbangkan rasa lemak santan dan telur itu. Sekali gus, tak ada rasa muak. “Ramai juga yang dah cuba sendiri resipi ini dan mereka pun tak sangka yang rasanya sangat sedap,” katanya. Yang pasti, resipi ini adalah antara menu yang mudah, tetapi unik dengan cita rasa yang tentunya membuka selera ketika berbuka puasa.
Kredit - apampink
Post a Comment