Sukatan Untuk Bancuh Tepung Pisang/Keledek Goreng Supaya Hasilnya ‘Crunchy’. Boleh Guna Untuk Berniaga Juga!

Sukatan Untuk Bancuh Tepung Pisang/Keledek Goreng Supaya Hasilnya ‘Crunchy’. Boleh Guna Untuk Berniaga Juga!

Pisang atau keledek goreng terutama yang tepungnya crunchy memang layan. Cicah pula dengan sambal kicap, terbaik rasanya.

Sukatan Untuk Bancuh Tepung Pisang/Keledek Goreng Supaya Hasilnya ‘Crunchy’. Boleh Guna Untuk Berniaga Juga!



Kalau nak buat sendiri di rumah pisang goreng yang crunchy sama macam yang dijual di gerai pun boleh. Cara bancuhannya boleh ikut perkongsian oleh Normala Kori.

ARTIKEL MENARIK:Nikmati Hidangan Eksotik di Faridah Mentarang Bakar (SEDAP)


Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.

Jadi tak perlu beli tepung segera, kita bancuh sendiri ya.

Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap


Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.



Loading...


1.Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung jagung ecawan
-1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
-1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
-1/2 sudu teh serbuk kunyit
-4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).

2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.

3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.


5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.

6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.

Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.

Selamat mencuba

Sumber: Normala Kori via Vanilla Kismis




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post