Nikmati Hidangan Eksotik di Faridah Mentarang Bakar (SEDAP)

Nikmati Hidangan Eksotik di Faridah Mentarang Bakar (SEDAP)

Pernah terdengar tentang restoran Faridah Mentarang Bakar?

Nikmati Hidangan Eksotik di Faridah Mentarang Bakar (SEDAP)



Ianya merupakan restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Bukan sahaja menjual makanan laut yang mudah djumpai, malah yang sukar dijumpai pun ada disediakan di sini.

ARTIKEL MENARIK:Mudah Rupanya Buat Kuih Bakar Pandan. Kisar, Tapis, Bakar, Siap!


Jumlah pelanggan yang sentiasa ramai jelas membuktikan popularitinya. Agak-agak kenapa Faridah Mentarang Bakar begitu terkenal?

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Mentarang Bakar, Segar dan Jarang Dijumpai

Pernah mencuba mentarang bakar atau terdengar tentangnya? Anda pasti tertanya-tanya apakah ia, bukan?

Mentarang merupakan hidupan laut spesis siput yang boleh dimakan. Ianya jarang didapati di negara kita, namun di Pantai Sabak, Selangor, spesis siput ini ada banyak di situ.

faridah mentarang bakar

Imej via Foursquare

Disebabkan keunikannya, restoran Faridah Mentarang Bakar ini kerap diserbu oleh pencinta makanan laut. Bukan sahaja menyajikan mentarang yang sedap, malah kualitinya juga terbaik.

Bukan sahaja menyajikan mentarang bakar, malah mentarang masak lemak cili api, mentarang rebus dan mentarang goreng turut disajikan di sini. Sedap, wajib pesan lebih!



Loading...


Belangkas Masak Lemak yang Padu

Satu lagi menu yang lain daripada yang disajikan di Faridah Mentarang Bakar ialah belangkas masak lemak.

Kami yakin pasti ramai di kalangan pembaca yang pernah terdengar tentang belangkas, namun pernahkah anda mencubanya?

Jika belum, cuba sahaja di restoran ini! Belangkas merupakan jenis makanan laut yang terlaris di sini, jelas menunjukkan yang ianya digemari ramai.


Imej via Instagram

Restoran ini ada menyajikan beberapa jenis cara masakan untuk belangkas, namun belangkas masak lemak dan belangkas masak sambal merupakan antara yang menjadi rebutan ramai.

Belangkas yang segar, telurnya yang sedap serta kuah masak lemak yang pekat membuatkan ramai pelanggan memuji hidangan ini. Rugi jika tak cuba!

Sambal Pepahat yang Cukup Menggiurkan

Pepahat atau siput buluh juga turut disajikan di restoran ini. Jika anda penggemar siput, inilah sajian yang wajib anda cuba.

faridah mentarang bakar

Imej via Instagram

Cara masakannya juga ada berbagai, namun kebanyakan pelanggan lebih menggemari hidangan sambal pepahat dan asam pedas pepahat.

Sambal yang cukup rasa manis dan pedasnya dan pepahat yang berkualiti tinggi merupakan antara tarikan istimewa menu ini. Jangan lupa cuba ya!

Banyak Lagi

Ingin mencuba menu lain? Tidak dinafikan makanan eksotik di sini memang banyak. Anda boleh cuba belut, ikan haruan, lokan, ikan sembilang, lala dan kepah.


Imej via Instagram

Cara masakan juga semestinya berbagai. Kari ikan haruan dan asam pedas ikan sembilang merupakan antara menu yang pasti bikin kecur air liur.

Kesimpulan

Bagaimana? Anda pasti terliur kerana terbayangkan keenakkan makanan eksotik yang segar di Faridah Mentarang Bakar ini. Restoran yang terletak di Sekinchan ini juga menyajikan hidangan berkualiti tinggi, pasti lebih memuaskan hati!

Jika berkesempatan ke Sekinchan, jangan lupa untuk singgah di sini. Singgah pada waktu yang bersesuaian, takut terlepas peluang pula. Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasinya:

Alamat: Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 10 am – 7 pm


Kredit - Saji.my.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post