Polis Sendiri Pun Keliru Dengan SOP PKP..?

Polis Sendiri Pun Keliru Dengan SOP PKP..?

POLIS mengakui ramai anggotanya yang ada kala keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan ada yang ‘tersalah’ kena kompaun.

Polis Sendiri Pun Keliru Dengan SOP PKP..?



Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Abd Rahim Jaafar sebagai berkata, pihaknya sedang memperbaiki perkara ini dari semasa ke semasa.

ARTIKEL MENARIK:Kes Profesor Doa Org Awam Kena C0vid, Ketua Polis Sendiri Tampil Dgn Kenyataan Berikut


Hmm.. kalau Polis yang menguatkuasakan undang-undang pun keliru dengan SOP PKP ni.. maka tak hairanlah kalau rakyat juga turut keliru.

Seramai 100,000 pegawai dan anggota polis di negara ini diakui masih keliru dan bercanggah pendapat berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ada segelintir rakyat ‘tersalah’ dikenakan kompaun.

Itu tidak termasuk 13 lagi agensi terlibat dengan empat daripadanya turut diberikan kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu ingkar SOP iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar mengakui masih terdapat kekangan daripada pihak penguatkuasaan sendiri dalam proses menyalurkan maklumat kepada semua peringkat mengikut SOP dikeluarkan Majlis Kese­lamatan Negara (MKN).

Ujarnya, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana setiap orang mempunyai pemahaman berlainan dan pelbagai ragam dapat dilihat dalam kelompok penguat kuasa yang semakin bertambah dalam pelaksanaan pematuhan SOP.

“Kita tak nafikan kadangkala pemahaman setiap orang berlainan jadi memang akan terbit masalah mengenai hal ini. Kita pun masih dalam proses untuk memahamkan anggota dan pegawai kita mengenai undang-undang SOP dalam tempoh PKP ini.

“Kalau dilihat dari segi komunikasi biasa pun, apabila kita sampaikan maklumat kepada orang pertama nanti orang ke 10 akan dapat maklumat berbeza. Jadi, cuba bayangkan penyaluran maklumat terhadap 100,000 pegawai dan anggota seluruh negara, sudah tentu akan wujud masalah.


Loading...


“Perkara ini kita perbaiki dari masa ke masa tambahan pula SOP sentiasa berubah mengikut keadaan semasa penularan wabak Covid-19 ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Walau bagaimanapun menurut Abd. Rahim, berbanding sebelum ini, pihak berkuasa terlibat semakin peka dan lebih memahami situasi yang membolehkan mereka mengeluarkan kompaun dan sebaliknya.

Jelasnya, dalam mesyuarat yang diadakan setiap minggu juga pelbagai penambahbaikan diutarakan antaranya meminta Ketua Polis Daerah sendiri turun padang untuk maklumkan SOP kepada anak buah masing-masing supaya pematuhan dapat dilaksanakan secara konsisten.

“Dulu memang banyak (kesalahan kompaun tidak wajar) namun sekarang dapat lihat sudah berkurangan. Sebagai contoh, ada yang keluarkan kompaun kerana individu ini berada di luar lebih dari pukul 9 malam sedangkan tak ada dalam undang-undang yang melarang perbuatan itu.

“Namun, undang-undang tidak boleh keluar rumah tanpa sebab yang munasabah itu memang ada. Oleh itu, pegawai yang memahami undang-undang dari sudut itu mungkin merasakan tindakan kompaun itu adalah betul.

“Jadi, kita normalisasikan brief and debrief. Sebelum pasukan pematuhan SOP keluar menjalankan pemantauan kita akan jelaskan SOP kepada mereka, kemudian bila mereka balik daripada penugasan kita akan periksa semula kompaun dikeluarkan adakah dibuat mengikut SOP,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai penguatkuasaan SOP bersama 13 agensi terlibat, beliau menegaskan setakat ini tiada masalah dari segi percanggahan lokasi penugasan dan semua agensi menjalankan pemantauan mengikut bidang masing-masing ~ Utusan

Macam mana tak keliru.. SOP boleh berubah-ubah setiap hari.. hari ini umum lain.. esok umum macam lain pula.. 


Anak Sungai Derhaka
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post