Kena Kecam Sebab Muatnaik Foto Nora Danish Ketipkan Kuku Kaki

Kena Kecam Sebab Muatnaik Foto Nora Danish Ketipkan Kuku Kaki

Siapa tidak mengenali pasangan bahagia suami isteri ini iaitu Nora Danish dan Nedim Nazri. Boleh dikatakan pasangan ini kurang terpalit dengan mana-mana kontroversi melibatkan rumah tangga mereka.

Kena Kecam Sebab Muatnaik Foto Nora Danish Ketipkan Kuku Kaki



Terbaru, Nedim memuat naik foto memaparkan isterinya sedang memotongkan kuku kaki suami, tetapi foto berkenaan timbul rasa kurang puas hati dalam kalangan netizen. Malah, menasihati Nedim supaya tidak melayani isteri seperti seorang pembantu rumah. Lihat apa respon Nedim ini…

ARTIKEL MENARIK:‘Kau Dah Lafaz Cer4i Empat Kali’ – Isteri D4kwa Penyanyi Rap Popular Cur4ng


‘Isteri cinta hatiku’


Foto memaparkan Nora Danish sedang mengetip kuku kaki suaminya itu dimuat naik melalui laman Instagram Nedim sendiri. Disertakan dengan kapsyen gurauan yang ditulis Nedim.

Ingatlah wahai isteriku, duniyaku… kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang.

Namun, foto berkenaan timbul rasa kurang senang netizen lalu memperingatkan Nedim untuk tidak memperlakukan seorang isteri seperti pembantu rumah.



Loading...


‘Isteri bukan pembantu rumah’


Bagaimanapun, segelintir netizen menyifatkan perbuatan mengetipkan kuku suami itu adalah sunnah dan merupakan salah satu cara untuk pasangan suami isteri mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara mereka.

‘Pembantu rumah kena potongkan eh?’


Bukan itu saja, Nedim juga memberi respon terhadap teguran pengguna media sosial itu. Nedim mempersoalkan adakah memotong kuku kaki suami dilakukan oleh pembantu rumah? Tambah Nedim lagi, berkemungkinan seorang isteri itu sanggup untuk menjaga kebajikan dan kebersihan suami adalah disebabkan suaminya telah menjaga dia dengan sebaiknya.

Malah, pengikut yang lain turut kelihatan menyokong Nedim dan menyifatkan tiada masalah sekiranya seorang isteri yang memotongkan kuku suami, asalkan bukan perempuan lain.

Sumber: Boss_ned via Trending Kini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post