Helah Untuk Halau Warga Emas Keluar Rumah, Keluarganya Ajak Pergi Solat Jemaah Di Surau.

Helah Untuk Halau Warga Emas Keluar Rumah, Keluarganya Ajak Pergi Solat Jemaah Di Surau.

Shah Alam: Seorang warga emas tidak menyangka ajakan ahli keluarga untuk solat berjemaah di surau hanya helah untuk membawanya keluar dari rumah dan seterusnya ditinggalkan sendirian di sebuah surau di Pulau Indah, Klang.

Helah Untuk Halau Warga Emas Keluar Rumah, Keluarganya Ajak Pergi Solat Jemaah Di Surau.





ARTIKEL MENARIK:(Kempunan KWSP), Sebak Apabila Isteri Cerita Tentang “Arwh” Suami Teringin Nak Keluar DUIT KWSP




Difahamkan selepas tiga hari berada di surau itu, lelaki berusia 68 tahun itu dibawa seorang kenalan ke sebuah surau di Subang sebelum diselamatkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menerusi perkongsian LZS di Facebook rasminya, pihaknya segera ke surau berkenaan selepas menerima maklumat mengenai warga emas yang dilaporkan tidur di surau.

Menurut LZS, warga emas terbabit ditemui dalam keadaan lapar, keletihan dan mengalami sakit kaki akibat jangkitan kuman.

 


KAKITANGAN LZS membantu warga emas yang ditinggal di sebuah surau. FOTO ihsan LZS

 

“Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di sebuah surau, kami bergegas untuk membantunya memandangkan Selangor adalah negeri tertinggi kes Covid-19 buat masa ini.



Loading...


“Tentunya bahaya sekiranya golongan berisiko tinggi tidur di tempat-tempat awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, warga emas berkenaan memaklumkan dia tidak mempunyai zuriat kerana belum pernah berkahwin.

Menurutnya, dia sebelum ini tinggal sendirian dan kemudian dijaga oleh anak saudaranya sejak setahun yang lalu.


“Kesihatannya semakin merosot ditambah dengan suasana tidak menentu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli keluarga yang menjaganya meninggalkannya di surau berkenaan.

“Pilu hati kami ketika dia berkongsi cerita bagaimana ditinggalkan di sebuah surau yang mana pada peringkat awal dirinya tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian.

“Pujukan ahli keluarga mengajaknya ke surau untuk berjemaah adalah perancangan untuk meninggalkan dia di surau berkenaan. Pakaian juga sudah siap diletakkan di dalam beg,” katanya.

LZS memaklumkan, warga emas berkenaan kini ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil.

“Alhamdulillah, selepas berunding, warga emas itu bersetuju ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Dengkil dan LZS akan menanggung kos penjagaan dan juga kos rawatannya.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Kami cuba sedaya upaya untuk salurkan zakat anda kepada mereka yang berhak. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.

 

sumber : hmetro via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post