Cucur ikan bilis ini memang kegemaran untuk makan waktu pagi atau petang. Nampak macam mudah saja nak buat tapi ramai juga yang tak menjadi bila buat cucur bilis ini.
Asyik keras saja, tambah pula bila sejuk jadi liat pula. Untuk dapatkan cucur bilis yang lembut di dalam dan rangup di luar ada beberapa petua yang biasa dikongsi, antaranya guna air panas.
ARTIKEL MENARIK:Cucur Udang 3 Bahan. Simple & Rasa Sedap Tahap 5 Bintang!
Tapi kalau guna air panas pun cucur tak juga menjadi, boleh guna pula tip ini pula. Masuk nasi kisar dalam adunan, Insya-Allah cucur bilis lembut walau dah sejuk. Caranya dikongsi oleh Noriza Jaja.
Tip cucur bilis lembut, campur nasi kisar dalam adunan
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan nasi (kisar)
- Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
- 1/2 biji bawang Holland atau bawang besar (hiris)
- Daun bawang,tauge,kucai, cili merah
- 1 biji telur
- Garam,serbuk kunyit,
- 1 sudu teh baking powder(tak letak pun tak mengapa)
- Air sejuk
Loading...
Cara membuat:
- Campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.
- Kemudian tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.
- Letak garam, serbuk kunyit dan baking powder (jika mahu).Kacau sebati. Pastikan adunan tak cair nanti sebab nanti cucur akan jadi leper. Mesti pekat macm dalam gambar.
- Panaskan minyak kemudian ceduk adunan boleh guna jari jemari untuk nak dapat bentuk bulat. Goreng sampai kekuninggan atau garing. Angkat dan hidang waktu masih panas.
Tip
- Jika tak guna baking powder pun tak mengapa janji adunan pekat.
- Boleh juga letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan. Cara ini cucur rangup di luar dan lembut di dalam.
kredit vanilla daily via Kartel Dakwah
Post a Comment